Tuesday, June 23, 2026

BUBUR ASYURA UTARA VS PANTAI TIMUR

 Assalamualaikum semua,

Dua jenis ini je yang aku jumpa, bubur asyura Johor payah nak jumpa nak buat tak rajin pulak hahahah. Kawan-kawan suka yang mana? Kalau bagi aku semua aku suka Johor punya memang bubur betul, macam bubur lambuk tapi ada kekacang. Kalau utara dia macam manisan, manis banyak kacang sedap. Biasanya ada kacang kuda, kacang hijau, kacang merah, keledek, pisang emas, kismis dan jagung. Tapi ikut juga apa isinya ini antara yang biasanya di letak la.

Bubur asyura pantai timur pun aku suka, dia berempah, ada daging dan sedikit manis. Daging tu akan jadi hancur sebab dia masak lama. Biasanya isinya daging, jagung, keledek, kacang hijau.



Ini asyura utara

sedapnya lahai

Ini pula bubur asyura pantai timur

16 comments:

  1. Suka yang cara bubuk lambuk itu.

    ReplyDelete
  2. Linda suka yang mcm bubur lambuk.. yang manis tu tak reti makan

    ReplyDelete
    Replies
    1. style yang johor la tu tapi payah nak jumpa orang buat kat sini

      Delete
  3. Kak SA x makan...ntah pernah cuba makan tapi macam x masuk..sama macam lontong..x makan jugak...

    ReplyDelete
  4. dua2 pun sedap Dana...alahai sini tak ada dengar lagi nak buat ke tak tahun ni bubur asyura..tekak dah terasa2 ni bubur asyura utaqha tu

    ReplyDelete
  5. Pernah makan tapi sekadar merasa sebab tak biasa makan.

    ReplyDelete
  6. akak ore klate suka yg pantai timur..mak akak ada buat dlu2 time kami kecik...ltk extra daging yummyyy...yg belah utara pernh mkn juga

    ReplyDelete
  7. entahlah...macam ammi tak pernah makan pun bubur asyura ni

    ReplyDelete
  8. Makan je asyura semua tempat tapi dah biasa dengan yang pantai timur

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah dah pernah rasa 3 jenis bubur Asyura tu...unik-unik rasa walapun nama sama...

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...