Monday, May 4, 2026

FISTULA BARU

 Assalamualaikum semua,

Jumaat cuti hari pekerja tapi aku kene masuk ward di KPJ Tawakkal. Masuk jumaat sabtu pembedahan dan ahad keluar ward. Macam duduk hotel dan bercuti. Alhamdulillah semua dipermudahkankan.

Sabtu pukul 8.30 pagi dah masuk dalam bilik bedah, mula pembedahan pukul 9, dibagi bius penuh sedar dah luar bilik bedah pukul 12 lebih. Bila dah sedar dia tolak semula ke bilik. Mamai2 dalam pukul 1 lebih maktek datang melawat. Dapatla suruh dia bantu tukarkan baju sebab tangan kiri memang kebas tak bolrh rasa. Sejam jugakla dia dok teman borak apa semua. Malam pukul 8 baru Edy dengan Aiyan datang sebab dia kerja.

Aku buat pembedahan untuk tapak fistula, sebab susah nak cari urat jadi terpaksa buat kat swasta. Kawan2 doakan aku cepat sihat ya dan fistula ni boleh segera digunakan.

Macam ini la prosedurnya

Hari jumaat


Sabtu pagi sebelum masuk bilik bedah

Lepas bedah doktor cek tangan tu

Camni la rupa luka tu

Hari sabtu malam ahad aku sorang je, katil sebelah takde orang



Ubat tahan sakit

No comments:

Post a Comment

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...