Friday, March 13, 2026

MEHUN SUP SIMPLE @ MEHUN THENG

 Assalamualaikum semua,

Menu ini aku masak awal-awal puasa aritu mudah simple dan sedap betul. Aku kan sejenis kurang rajin jadi menu ini memang sesuai betul lah. Jom tengok la resepinya ya.

Bahan-bahan:

1 Plastik mehun- celur

1 labu bawang putih, cincang

3 ketul ayam bahagian dada

Sedikit tulang ayam

1 sudu kecil serbuk lada sulah

1 kiub ayam

1 batang sawi

1 pokok daun sup

2 plastik bebola

Tauge

Garam secukupnya

Air secukupnya

Cara masak:

- Tumiskan bawang putih dengan minyak dan api kecil, bila dah tukar warna kekuningan asingkan separuh bawang putih tu.

- Bawang putih yang lebih tinggal dalam kuali, masukkan ayam gaul-gaul lepastu masukkan air 4 cawan masukkan kiub ayam, masakkan ayam tu untuk 10 ke 15 minit api sedang. Keluarkan ayam bahagian dada untuk kita carik-carik.

- Masukkan lada sulah, bebola dan sawi.

- Akhir sekali bila mendidih masukkan garam dan daun sup. Siap

- Letakkan mihun, tauge, ayam carik dan letak la kuah dalam tu. Jangan lupa bawang putih goreng atas tu dan tambah sambal kicap. Siap pastinya sedap











4 comments:

  1. kalo cuaca sejuk dpt menu bihun sup2 camni sedap

    ReplyDelete
  2. waahhh sedapnyaaaaa letak fishball banyakkk banyaakk! ehehehe

    ReplyDelete
  3. Menu ni simple tapi boleh cuba ni, setakat ni takde lagi buat sup untuk berbuka

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...