Assalamualaikum semua,
Semalam aku lupa nak buat entri, sedangkan masa hd tu ada masa je tapi biasa la aku manusia yang banyak memikir kan. Masa ni kat hospital tunggu Edy ambil jadi kita buat la entri resepi. Selain cucur besar yang boh yis aku suka buat cucur udang mini camni, tak payah boh yis. Boh telur udang pun aku potong kecil. Jom tengok resepinya.
Bahan-bahan:
1 mangkuk udang ( 20 ekor potong 4 buang kulit)
1 biji bawang holland, potong dadu kasar
1 batang lobak merah, potong panjang
1 mangkuk besar, kobis cincang
2 biji kentang, potong panjang
1 ikat daun kucai
1 biji telur
500gm tepung gandum
Serbuk kunyit
Garam
Sedikit serbuk lada merah
Air secukupnya
Cara masak:
- Masukkan tepung, bawang, kucai, lobak, kobis, garam, serbuk kunyit dan telur. Kacau dulu semua biar sebati baru masukkan air sedikit demi sedikit hingga jadi doh. Jangan cair sangat
- Baru masukkan udang, gaul biarkan untuk 10 ke 15 minit baru goreng dalam minyak banyak.
- Jemput kecil-kecil, api sedang biar masak lobak dan kentang dalam tu.
- Bila dah masak kekuningan dan garing angkat hidangkan dengan sos cili thai.
![]() |
| Masa ni aku nak bawak ke centre dan bag maktek |









cucur udang mini sedap ngap panas2
ReplyDeleteBetul tu kak...ranggup lg
DeleteNampak sedapnyer
ReplyDeletePuas hati makan
Kalau wak buat mesti udang sekor2
Deletecicah puak dengan sos cili .. memang ngam
ReplyDeleteBetul tu ustaz
Deletesedap tu bila dimakan semasa hujan lebat mcm skrg ni.
ReplyDeleteApa lagi cikgu, kene buat ni
DeleteSedapnya nak buat la nanti. Tapi kena buat versi la pula tanpa sayur dan bersayur.
ReplyDeleteKalau aiyan dia bedal je kak cucur ni sayurnya dlm tu banyak, klu sayur kita msk payaj nk dimkn
Deletecucur udang memang tak pernah jemu makan kan..saya suka buat juga cucur udang ni tapi versi yang tak suka letak pewarna.hihi.
ReplyDeletePutih tanpa kunyit pun cun jgk
DeleteMakan panas2 ni memang tak cukup sepinggan.
ReplyDeleteBetul sangat tu kak
DeleteAiiih kak dana, drooling saya melihatnya 😍😍😍😍🤤🤤🤤. Udang nih memang saya sukaaa. Jadi dibuat apapun, apalagi dibuat cucur memang sukaaa sangat. Kalau dah buat, makan 3 pun tak cukup 🤤😄
ReplyDeleteApa lagi, kene buat jugak tu
Deletedapnya cokodok sayur berkhasiat
ReplyDeleteBetul kak kene ada sayur
Deletesedapnya....
ReplyDeletesedap ni...lama dah rasanya x makan cucur udang...dan lama gak x buat..
ReplyDeleteBila buat sendiri ni , boleh letak bahan banyak .. bila makan baru terasa cucur udang
ReplyDeleteBuat mini macam ini lagi sedap makan kan Dana.. Lagi rangup..
ReplyDelete