Friday, December 26, 2025

RESEPI CUCUR UDANG MINI

 Assalamualaikum semua,

Semalam aku lupa nak buat entri, sedangkan masa hd tu ada masa je tapi biasa la aku manusia yang banyak memikir kan. Masa ni kat hospital tunggu Edy ambil jadi kita buat la entri resepi. Selain cucur besar yang boh yis aku suka buat cucur udang mini camni, tak payah boh yis. Boh telur udang pun aku potong kecil. Jom tengok resepinya.

Bahan-bahan:

1 mangkuk udang ( 20 ekor potong 4 buang kulit)

1 biji bawang holland, potong dadu kasar

1 batang lobak merah, potong panjang

1 mangkuk besar, kobis cincang

2 biji kentang, potong panjang

1 ikat daun kucai

1 biji telur

500gm tepung gandum

Serbuk kunyit

Garam

Sedikit serbuk lada merah

Air secukupnya

Cara masak:

- Masukkan tepung, bawang, kucai, lobak, kobis, garam, serbuk kunyit dan telur. Kacau dulu semua biar sebati baru masukkan air sedikit demi sedikit hingga jadi doh. Jangan cair sangat

- Baru masukkan udang, gaul biarkan untuk 10 ke 15 minit baru goreng dalam minyak banyak.

- Jemput kecil-kecil, api sedang biar masak lobak dan kentang dalam tu.

- Bila dah masak kekuningan dan garing angkat hidangkan dengan sos cili thai.








Masa ni aku nak bawak ke centre dan bag maktek

22 comments:

  1. cicah puak dengan sos cili .. memang ngam

    ReplyDelete
  2. sedap tu bila dimakan semasa hujan lebat mcm skrg ni.

    ReplyDelete
  3. Sedapnya nak buat la nanti. Tapi kena buat versi la pula tanpa sayur dan bersayur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau aiyan dia bedal je kak cucur ni sayurnya dlm tu banyak, klu sayur kita msk payaj nk dimkn

      Delete
  4. cucur udang memang tak pernah jemu makan kan..saya suka buat juga cucur udang ni tapi versi yang tak suka letak pewarna.hihi.

    ReplyDelete
  5. Makan panas2 ni memang tak cukup sepinggan.

    ReplyDelete
  6. Aiiih kak dana, drooling saya melihatnya 😍😍😍😍🤤🤤🤤. Udang nih memang saya sukaaa. Jadi dibuat apapun, apalagi dibuat cucur memang sukaaa sangat. Kalau dah buat, makan 3 pun tak cukup 🤤😄

    ReplyDelete
  7. sedap ni...lama dah rasanya x makan cucur udang...dan lama gak x buat..

    ReplyDelete
  8. Bila buat sendiri ni , boleh letak bahan banyak .. bila makan baru terasa cucur udang

    ReplyDelete
  9. Buat mini macam ini lagi sedap makan kan Dana.. Lagi rangup..

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...