Friday, August 2, 2024

RESEPI NASI IMPIT GORENG

 Assalamualaikum semua,

Selalu hari jumaat memang takde buat entri, selalu sunyi blog ini. Takde idea nak kongsi resepi sebenarnya, masak pun dah makin jarang. Lagipun blog aku ni bukan ada orang baca sangat, yang komen selalu pun seorang dua je, jadi kalau takde entri takde apa kot. Dah jadi blog hidup segan mati tak mau kan hehehhehe. 

Aku ada cuba guna perencah Cik Suri  (* terima kasih pembaca yang tegur, memang sejenis rabun makcik ni) yang aku beli kat EcoShop sedap jugak rasanya tau. Jom tengok resepi yang ada. 

Bahan-bahan:

2 keping perencah Cik Suri)

4 ulas bawang putih, tumbuk kasar

4 biji bawang merah kecil, tumbuk kasar

5 biji cili api, tumbuk kasar

Sepokok daun bawang

1/2 batang lobak merah potong dadu

10 ekor udang

1 mangkuk kecil dada ayam, potong dadu

10 biji nasi impit, potong 4

2 biji telur

Cara masak:

- Tumiskan daun bawang dan bumbu tumbuk, masak hingga naik bau.

- Masukkan udang, ayam gaul sekejap bila setengah masak masukkan lobak merah dan perencah.

- Kacau-kacau biar lobak masak, masukkan nasi impit gaul lagi biarkan masak untuk 5 minit.

- Tambahkan telur kacau hingga semua rata , masakkan untuk 2-3 minit dah boleh matikan api.








Sedap, suka bersalut gini rupanya.

23 comments:

  1. Assalam Puan… maaf yaaa .. boleh betulkan balik nama rempah yg digunakan? Tengok dlm gambar nama rempahnya Cik Suri tetapi mungkin typo ditulis Cik Siti (hampir satu jenama popular tuu..)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih ye yang tegur, silap saya la sebab tengok sekali imbas je... Betul ada 1 lagi jenama jugak mujur bagitau, terima kasih ya.

      Delete
  2. Wah, interestingnya Dana. Tini tak pernah lagi masak nasi impit goreng macam ni. Anak-anak, kalau nasi impit, memang kuah kacang dengan rendang ayam je la gu dia. Nak cuba la nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau belah johor ini selalunya menu kalau hari raya jugak, sebab banyak nasi impit masa tu hehehe. Cuba jangan tak cuba tau.

      Delete
  3. Ehhhh sedap je kata blog dia takde org baca. Kita baca tau

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheheheh macih kak, kdg yg menulis blog tu pun ke laut

      Delete
  4. akak tak pernah makan lagi nasi himpit camni, nampak sedap lebih2 bahan campurannya mmg sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. cer try sekali kak, mana tau kene dengan selera

      Delete
  5. Ada jer yang baca, jangan risau.. nampak sedap sangat masakannya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. maklum la kadang sendu no, entri kejap ada kejap tidak

      Delete
  6. W'salam Dana..
    Mengancam betul resepi kali ni, baca auto lapar.. Jangan berhenti blogging okay. Nanti sis miss your story. Walaupun kami ni tak boleh dilihat, tapi kami ada.. Terus kongsi cerita okay ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahhah baik kak.... terima kasih selalu jenguk blog dana

      Delete
  7. Sedapnya Dana. Boleh try nanti ni, thanks kongsi resepi.

    ReplyDelete
  8. ada pembacanya i/allah. saya salah seorang silent reader yg hari2 akan baca blog puan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, seronok bila ada yang suka baca blog ini

      Delete
  9. Ni kegemaran anak kite yang Ucid tu. Berpinggan pinggan dia boleh bedal.

    ReplyDelete
  10. Akak x pernah makan lagi nasi impit goreng....betul Dana, kadang kita salah info/typo kan..nasib baik ada pembaca yang prihatin..

    ReplyDelete
  11. assalamualaikum...kita baca lah blog awak. Dari awak mengandung lagi . Kita panggil awak mak labu masa tu...

    ReplyDelete
  12. Pernah nampak nasi impit goreng cumanya tak pernah buat lagi.

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...