Assalamualaikum semua,
Selalu hari jumaat memang takde buat entri, selalu sunyi blog ini. Takde idea nak kongsi resepi sebenarnya, masak pun dah makin jarang. Lagipun blog aku ni bukan ada orang baca sangat, yang komen selalu pun seorang dua je, jadi kalau takde entri takde apa kot. Dah jadi blog hidup segan mati tak mau kan hehehhehe.
Aku ada cuba guna perencah Cik Suri (* terima kasih pembaca yang tegur, memang sejenis rabun makcik ni) yang aku beli kat EcoShop sedap jugak rasanya tau. Jom tengok resepi yang ada.
Bahan-bahan:
2 keping perencah Cik Suri)
4 ulas bawang putih, tumbuk kasar
4 biji bawang merah kecil, tumbuk kasar
5 biji cili api, tumbuk kasar
Sepokok daun bawang
1/2 batang lobak merah potong dadu
10 ekor udang
1 mangkuk kecil dada ayam, potong dadu
10 biji nasi impit, potong 4
2 biji telur
Cara masak:
- Tumiskan daun bawang dan bumbu tumbuk, masak hingga naik bau.
- Masukkan udang, ayam gaul sekejap bila setengah masak masukkan lobak merah dan perencah.
- Kacau-kacau biar lobak masak, masukkan nasi impit gaul lagi biarkan masak untuk 5 minit.
- Tambahkan telur kacau hingga semua rata , masakkan untuk 2-3 minit dah boleh matikan api.
Sedap, suka bersalut gini rupanya. |
Assalam Puan… maaf yaaa .. boleh betulkan balik nama rempah yg digunakan? Tengok dlm gambar nama rempahnya Cik Suri tetapi mungkin typo ditulis Cik Siti (hampir satu jenama popular tuu..)
ReplyDeleteTerima kasih ye yang tegur, silap saya la sebab tengok sekali imbas je... Betul ada 1 lagi jenama jugak mujur bagitau, terima kasih ya.
DeleteWah, interestingnya Dana. Tini tak pernah lagi masak nasi impit goreng macam ni. Anak-anak, kalau nasi impit, memang kuah kacang dengan rendang ayam je la gu dia. Nak cuba la nanti.
ReplyDeleteKalau belah johor ini selalunya menu kalau hari raya jugak, sebab banyak nasi impit masa tu hehehe. Cuba jangan tak cuba tau.
DeleteSedap
ReplyDeleteInsyallah
DeleteEhhhh sedap je kata blog dia takde org baca. Kita baca tau
ReplyDeleteheheheheh macih kak, kdg yg menulis blog tu pun ke laut
Deleteakak tak pernah makan lagi nasi himpit camni, nampak sedap lebih2 bahan campurannya mmg sedap.
ReplyDeletecer try sekali kak, mana tau kene dengan selera
DeleteAda jer yang baca, jangan risau.. nampak sedap sangat masakannya :)
ReplyDeletemaklum la kadang sendu no, entri kejap ada kejap tidak
DeleteW'salam Dana..
ReplyDeleteMengancam betul resepi kali ni, baca auto lapar.. Jangan berhenti blogging okay. Nanti sis miss your story. Walaupun kami ni tak boleh dilihat, tapi kami ada.. Terus kongsi cerita okay ;-)
hahahhah baik kak.... terima kasih selalu jenguk blog dana
DeleteSedapnya Dana. Boleh try nanti ni, thanks kongsi resepi.
ReplyDeletecuba ye kak... sama2
Deleteada pembacanya i/allah. saya salah seorang silent reader yg hari2 akan baca blog puan
ReplyDeleteTerima kasih, seronok bila ada yang suka baca blog ini
DeleteNi kegemaran anak kite yang Ucid tu. Berpinggan pinggan dia boleh bedal.
ReplyDeleteAkak x pernah makan lagi nasi impit goreng....betul Dana, kadang kita salah info/typo kan..nasib baik ada pembaca yang prihatin..
ReplyDeleteassalamualaikum...kita baca lah blog awak. Dari awak mengandung lagi . Kita panggil awak mak labu masa tu...
ReplyDeleteSedapnyer ketupat goreng
ReplyDeletePernah nampak nasi impit goreng cumanya tak pernah buat lagi.
ReplyDelete