Tuesday, December 31, 2019

ROTI CANAI INTI KENTANG MAK NOR

As salam semua kawan-kawan,

Masih bercerita pasal makanan lagi ye hari ini. Maafkan lah diriku kerana gallery hp aku penuh dengan gambar makanan sahaja huhuhui.  Ini permintaan bersama aku dan maktek. Dah bertahun-tahun rasanya tak rasa roti canai inti kentang yang mak buat.  

Inti dia tu sama dengan inti karipap, tapi letak kat tengah roti canai macam murtabak gitu lah. Tapi yang mak aku buat ini memang takde jual di mana-mana kecuali buatan mak Nor sahaja. Malam sebelum mak uli roti canai tuh, kami kene lah buat inti nya dulu. Bila dapat makan pagi tu, aduhai nikmatnya. Tak sedar sorang makan 2 ke 3 keping hehehhe.  Sedap dia kalah mamak wei

mak canai roti tuh kat talam je, lembut ko kalah roti canai mamak tau

kene  canaikan bagi regang gini sebelum boh inti kentang dan lipat segi empat



kita pun goreng lah roti nih dengan api kecik ya

kasi garing gini baru la sedap... 

cantik je rupa dah macam kat kedai kan, sebab aku yang kene goreng hehehe

luar garing dalam dia lembut tau 



nampak tu inti kentang nya tuh... 
gigih ambil dari segala angel 

ini mak buatkan special untuk aiyan, roti telur

Monday, December 30, 2019

MAKAN SEDAP DI KAMPUNG JOHOR

As salam semua kawan-kawan,

Balik kampung kali ini, aku tak tau berapa kilo berat aku naik. Aku sangat pasti yang berat aku memang naik banyak, walaupun aku cuba buat senaman, briswalk keliling rumah sampai lah ke rumah nenak aku selang 2 rumah. 

Bila kami balik kampung, memang banyak la permintaan dan macam-macam mak masak. Lepas tu kat kampung panas, dah seminggu tak hujan, kerjanya pi cari aiskrim. Aku pun tumpang lah sekaki, aduhai macamne lah nk kurusnya tuh kan. 


jumaat malam sabtu abah pergi kenduri tahlil, siap ada nasi ambeng lagi... makan ramai-ramai memang best
bagi kami takde istilah geli, makan sesama ahli keluarga kat dulang, makin bertambah mesra, siap main copet lauk lagi

ahad tuh mak masak sambal totok lawan kan dengan jering

mak masak lemak ranti, ikan goreng tambah lak ulam dengan sambal memang mabeles

23hb isnin pagi, ajak mak pi beli sarapan kat kedai walaupun mak dah siap masak nasi goreng, terliur tengok sambal telur kat kedai... beli jugak lah 2 biji

sebab aku jarang beli makan kat kedai tu jadi aku beli lah menu lain, mee kari, mehun sup, nasi lemak dan nasi ayam

penuh meja dengan macam-macam makanan hehehe

kat kampung puas makan mangga, mangga depan rumah pun berbuah, mana yang jiran bagi lagi

23hb menu malam, mak rebus sayur ranti dan lawankan dengan sambal merah... sedap sangat ko

menu sarapan 25hb keladi goreng dan sukun goreng

selain itu di tambah dengan mee rebus beli kat kedai aritu, dia jual mee rebus hari rabu je tau

nasi lemak dengan sambal telur, mantap betul

menu makan tengahari 25hb, mak masakkan pecal... memang layan lah

petang tu kami beli satay kat pasar malam, ini jelah makan malam kami

bila balik kampung memang kami selalu akan masak samyang dan makan sama-sama..... best tau

Thursday, December 26, 2019

BALIK KAMPUNG DARI 20/12 - 27/12/19

As salam semua kawan-kawan,

Maaf ye, minggu ni agak lemau, jarang-jarang BW blig kawan-kawan. Kadang jenguk tanpa tinggalkan pesan. Masih bercuti di kampung... rasa malas nak balik selangor 😳😳.  Aku di kampung johor, balik ber4 je papa tinggal di rumah. 

Rumah kampung ku syurga ku

Sampai je dapat layan asam pedas kepala... perkkkhhh

Cuaca ok je di kampung... cerah je

Tuesday, December 24, 2019

RESEPI MEHUN SUP DAGING

As salam semua kawan-kawan,

Hari ini kita kongsi lagi resepi yek.  Sesekali bagi resepi di hari selasa mana tau nak cuba untuk hidangan di cuti Krismas kan. Masa ini aku masak pagi sabtu minggu lepas, teringin nak hirup sup pagi-pagi tapi takmo kuah soto yang pekat dengan rempah. Jadi aku masak lah sup simple ini, makan time pagi dengan cuaca sejuk memang layan tau.


Bahan-bahan:
300gm daging, hiris nipis
1 batang lobak, potong ikut suka
1 bekas fish kek, potong nipis
2 batang akar daun sup
1 biji bunjut sup ( bunjut je tau, yang lain-lain aku tak masuk)
1 sudu kecil serbuk kasar lada hitam
5 ulas bawang putih, kisar
2 ulas bawang besar, kisar
1 inci halia, kisar
air secukupnya
garam
Hirisan daun sup
tauge
Mehun yang di celur

Cara Masak:

- Tumiskan bahan yang kita kisar hingga naik minyak
- Masukkan sup bunjut, akar daun sup dan daging, masakkan hingga daging hampir masak
- Bila daging dah tukar warna, masukkan lada hitam, lobak merah dan fish kek, tambahkan 3 cawan air, biarkan hingga mendidih
- Boleh tambah air ikut pada nak masak banyak mana, tambah garam sebelum matikan sup bila dah mendidih, akhir sekali taburkan daun sup


Bahan utamanya, boleh je kalau nak tambah sikit tulang ayam dalam sup ini

Kita tumis bahan kisar hingga naik minyak, tapi kita guna minyak sikit je yek


daging ni edy beli yang takde lemak, memang cepat masak
tambahla air ikut pada kesukaan korang nak banyak mana ya 

menu sarapan pagi itu, dahla hujan memang layan lah menghirup sup

simple je mehun ni tapi layan time sejuk-sejuk tu memang best lah

budak kecik ni takmo mehun sup nak nasi lemak, gigihla mama masakkan nasi lemak sikit untuk dia

Monday, December 23, 2019

BILA TIDUR LEWAT..... INI LAH JADI NYA

As salam semua kawan-kawan,

Rayyan Izzan ni memang selalu akan bangun awal pagi ke sekolah. Waktu tidur pulak selalunya paling lewat pun kul 10.30 malam mesti tidur. Cumanya bila cuti sekolah ini selalu dia akan tidur agak lewat, lagi lah bila papa nya yang jaga. 

Malam sebelumnya tu aku tidur pun agak lewat dalam kul11.30, tapi masa tu dia tak tidur lagi. Dia tengah syok layan tengok kartun. Aku pun tak tau pukul berapa dia tidur tapi pagi tu dia bangun macam biasa cuma nampak moody sikit.  Sampai je pejabat dia terus lah melepek kat meja, aku bagitau kalau ngantuk tidur lah. Tak lama tu aku nampak dia dah lena.

Bila aku tanya papa nya, kata kul 12 baru dia tidur, patutla. 

masa ni pukul 7 lebih dia dah lena dah masa nih

Dah ngantuk sangat lah ni, selalu pagi-pagi dia akan baca buku dulu

tengok nih... geram lah tengok si pipi pau ni tidur

pukul 8.20 dia bangun minum air, lepas tu kul 8.30 dia lelap lagi... Kul 9.15 baru dia bangun hehehe... 

Friday, December 20, 2019

RESEPI KEREPEK NGAKU @ ARROWHEAD

As salam semua kawan-kawan,

Resepi hari ini adalah resepi berulang, setiap akhir tahun atau awal tahun mesti ada. Saja je kang korang tak kenal kerepek ini. Sedap tau, sekarang dah ada jual ubi nya kat pasaraya giant dah. Boleh la beli sesiapa yang berminat nak buat kerepek. Ubi ini muncul setiap kali nak CNY, lepas tu dia akan hilang. Rasa kerepeknya memang sedap, lemak manis gitu. Korang memang kene cuba lah.

Bahan-bahan:

1 kilo ubi ngaku @ arrowhead- di kupas kulitnya
garam
air secukupnya
minyak untuk menggoreng
penyagat


Cara Masak:

- Lepas kupas kulit ngaku nih, aku rendam dengan air garam dalam 30minit, air garam tu tak payahla masin sangat just nak ada rasa je
- Tunggu minyak panas, dan sagatlah ngaku tu terus ke minyak panas, kalau nak sagat dulu kat bekas pun boleh
- Goreng ngaku dengan api sedang dan sentiasa balik-balik kan supaya masak sekata
- Dah garing boleh angkat dan simpan dalam bekas


*Sebelum ini aku kan masukkan air garam masa goreng ngaku, tapi kadang terasa masin sangat jadi kali ini aku rendam kejap ngaku dengan air garam.

kira murah lagi harganya nih... ngakunya pun masih lagi besar-besar

lepas dah kita kopek kulitnya, dia punya batang tu biarkan supaya senang pegang masa nak sagat



aku pakai penyagat jenis ini, lagi senang dan ketebalan dia cun

masa mula-mula masukkan... 
dah nak garing sikit... kene sentiasa perhatikan jangan tinggal-tinggal kang hangus

gini lah colornya, kalau yang jual kat kedai kerepeknya cantik putih je... goreng sendiri coklat sikit tapi tetap sedap

dapatlah 2 bekas ini, dalam sejam jugak lah nk buat untuk 1kilo lebih tu


Thursday, December 19, 2019

PHOTO DIARY #41/2019 JAMUAN TAHUNAN KSKK 2019

As salam semua kawan-kawan,

Aku dah teringat hari ini dah jumaat, sebab esok aku nak cuti balik kampung jadi rasa harini macam dah jumaat. Selalu aku balik kampung kan hari sabtu hehehhe.

Semalam pejabat aku ada buat jamuan tahunan kelab sukan, bawak sekali si aiyan. Bendahari kelab kata bawa je, sebab makanan pun memang banyak dan ramai staf yang cuti. Si aiyan mesti lah suka, dia kan suka bila ada majlis gini sebab dia kan jenis peramah. 

Macam tahun lepas setiap staf dapat sehelai tuala, diaorang beli tuala ikea dan jahit nama kelab dan tahun. Makanan ada macam-macam jugak, jom kita tengok apa je gambar yang ada ya. 




ada macam-macam color, aku berkenan hijau atau biru tuh 

menu utama ada, yong tau fu, oden, nasi goreng, spaghetti carbonara dan ayam goreng

bahagian kuih dan manisan, ada pulut sambal, popia goreng, roti jala, kek marbel, koleh kacang, dadih dan bubur chacha

beria dia dengar ucapan dari pengerusi majlis

macam-macam gaya dia... geram nengok
sebab dia pakai baju ungu, dapat tuala sama warna baju... sopan anak bujang ku

masa penyampaian tuala, aku wakilkan dia ambil... siap cium tangan lagi tau

dia gembir lah, sebab katanya dapat hadiah

masa ni ada nyanyi untuk sambutan hari lahir bulan 10,11 dan 12, dia pun sibuk nak nyanyi jugak

semangat dia nyanyi tau, dia tak takut atau segan pun dengan yang lain-lain tu



mama ambil yong tau fu

carbonara ni untuk aiyan siap mintak tambah lagi, tapi lastnya mama yang kene abiskan
aku suruh makan sendiri je carbonara tuh

sedap katanya cuma dia tak tahan dengan lada hitam tu

tuala yang dapat tahun ini

koleh kacang ni sedap tau... memang teringat-ingat hehehe

apam polkadot ni ambil untuk aiyan... 

disebabkan masa lunch dia tak tidur, dek kerana layan jamuan dan makan dia tak tidur... masa balik masuk dalam kereta je tertidur, patutla senyap je sampai ke rumah