Monday, November 14, 2016

Aku mama yg jahat

as salam semua kwn2,

Smlm tadika aiyan ada year end Grand Ihtifal utk 4, 5 dan 6 tahun.

Jahatnya aku bila terlintas dalam hati kenapa aiyan tak dpt jd pelajar cemerlang
Tak dapat jd little Qari, tak jd cemerlang hafazan, Tak jadi cemerlang reading....

Allah, aku hampir terkhilaf, semalam aiyan hepi je masa bt concert n persembahan, dia blh ikut arahan teacher masa bt concert pun ptt aku dh bangga....
Allah, berdosanya aku, jahatnya aku.... dia anak teristimewa yg patut aku banggakan

Betapa dia survive utk jadi seperti sekarang
Dia anak yg perlu makan 3 jenis ubat setiap hari dari umurnya 2 bulan lebih hingga 4 tahun
Dia anak yg perlu di belah dadanya utk membesar spt skrg... bkn semua bdk2 alami
Allah, jahatnya aku....
Moga aku sempat berubah jd mama yg lbh baik

pagi2 sarapan dulu sebelum pi bt concert


beria takmo bukak kain pelikat tu sampai balik umah

15 comments:

  1. Insha Allah kak ada bakat bakat aiyan yang akan ditonjolkan akan datang :) Hihi, suka sangat pakai macam tu, sebab tu nak tanggal.

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah Dana..
    Ayyan ada keistimewaan yg lain kita tak tahu..
    Allah jua yang maha mengetahui...
    Sebab apa dikurniakan Ayyan se istimewa macam tu..
    Mungkin bukan dalam bidang akedemik tapi dalam bidang lain..
    Doa banyak2 Dana untuk yg lebih baik utk Ayyan..

    Akak teringat masa ihtifal anak akak di Sek Hira' dulu..
    Saya Pengetua PIBG .. anak2 saya tak pernah naik pentas untuk terima anugera..
    saya tidak sedih dan sentiasa beri galakkan pada anak saya..
    Rupa2 nya bila dah dewasa baru terserlah keistimewaan masing2..
    Jadi ibubapa jgn kecewa sangat jika anak2 masih belum berjaya..

    ReplyDelete
  3. insya Allah kak , dia akan membesar menjadi seorang yang hebat.

    kadang kadang kita pun sama kak, selalu terlintas kenapalah anak kita ni macam ni, anak orang boleh je macam tu blabla. Ya Allah

    ada anak tu pun dah satu nikmat.

    ReplyDelete
  4. aku faham perasaan ko dana...
    semua mak nak anak2 berjaya...tapi tak semestinya bila anak tak dapat anugerah, bukan bermaksud dia tak pandai...
    percayalah, teruskan berdoa, InsyaAllah ko akan nampak bakat aiyan satu hari nnt...
    dia boleh perform depan org ramai buat concert itu dah kira satu kejayaan buat dia...sebab ramai anak2 yg takut berdepan bila tgk ramai manusia depan dia...

    kau adalah mama yang terpilih dana...serius aku bangga dengan kau dan suami atas kegigihan kau membesarkan aiyan yg sgt istimewa ni...
    jgn sedih2 tau...meh sini nak hug...love u dana...

    ReplyDelete
  5. takperla dana..aku mcm ko jugak..zahirah tak macam yg lain.. org pergi hafazan dia tak pergi... dia tak brapa nak fokus mana apa yg cikgu suruh.. tapi dia bijak ..apa yg aku suruh semua dia buat.. dia tahu.. dan mmg little helpher..cuma dia tak suka dipaksa.. Anak kita ada kelebihan tersendiri.. aku doakan aiyan dan zahirah membesar dengan sihat dan berjaya setanding dengan yang lain.. kadang2 tu kejayaan masa kecik bukan pengukur kejayaan hidup dia.. terlalu panjang lagi masa untuk dia.. kita pakat bagi ruang dan peluang untuk dia tunjukkan kebolehan diri sendiri..insyaaallah dana..

    ReplyDelete
  6. Setiap anak anugerah Nya ada keistimewaan tersendiri..

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah dana..semuanya perancangan Allah..ada hikmah nya

    ReplyDelete
  8. Kita ni mak mak mmg kadang ada perasaan gitulah Dana.... biasalah. Mak kan kalau boleh nak semuanya perfect. Ko ni sama je mcm hakak dulu dulu. Tapi sekarang dah bertaubat haha.....

    Anak anak kita berbeza keupayaan dia Dana. Tak pe, terimalah seadanya...Insyaallah anak kita ada kelebihannya yg tersendiri

    ReplyDelete
  9. Kadang kita tak sedar kan Dana..betapa istimewa nya anak kita.. kdg kita terleka cuba nak banding2kan dgn anak org lain..ambil pengajaran, moga kita jadi ibu yg lebih baik selepas ini... sama2 perbaiki diri.. aiyan sungguh istimewa..moga Allah memelihara nya sllu :)

    ReplyDelete
  10. Kiranya Dana ni mama yg kuat juga..
    Dr usia Aiyan 2 bln hingga kini...sentiasa bersama...apa yg berlaku nmpk di dpn mata..
    Ujian Allah tu berbeza buat umatnya..moga Aiyan sentiasa cemerlang dlm hidup...

    ReplyDelete
  11. Setiap anak ade kelebihan yang tersendiri.. semoga aiyan terus tabah menghadapi dugaan yang diterimanya dan terus berjaya di kemudian hari

    ReplyDelete
  12. Insya Allah Dana, Aiyan ada kelebihan sendiri yang belum terserlah.
    Yg pasti anak2 ni tetap cemerlang di mata kita sebagai ibunya..

    Teringat masa parent meeting dgn cikgu Irfan masa dia 6 tahun..
    usahkan cemerlang, siap kena perli lagi dgn cikgu tadika sbb Irfan dapat keputusan agak corot...

    Bayangkan dah nak masuk darjah 1 masih tak pandai baca.. huhuhu

    Saya tak kisah pun cikgu cakap mcm tu...

    Saya tahu yang Irfan perlukan masa dan lebih sokongan utk serlahkan potensi diri :)

    ReplyDelete
  13. Aiyan pasti anak yang baik permata hati ayah dan bondanya. Sinar kebahagiaan buat ayah bonda. Bagi saya tu pun dah cukup membahagiakan... sebab setiap anak itu anugerah 😊

    ReplyDelete
  14. insyaAllah bila aiyan besar nanti terserlah la kelebihan dia.. yang penting kite as parents kena sentiasa support 😃

    ReplyDelete
  15. Bacanyer buat akak rasa akak lagi double jahat... selalu terfikir yang kurang baik tentang anak2 masa diaorang tak dapat buat macam anak orang... tapi yerler emaknya sendiri bukan lakukan apa2 yang hebat untuk mereka macamanalah diaorang nak jadi hebat.. moga kita jadi ibu yang hebat yer dana... moga Allah ampuni dosa kita yang selalu bersangka2 yang bukan2ni...

    psss... dana thanks sudi singgah blog akak walaupun akak sekarangni kurang berblog walking... akak sangat terharu punya kawan macam dana..

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...