Assalamualaikum semua,
Hari ini aku bersiaran dari pejabat, BDR 2 hari dah hari ini aku kerja di pejabat. Perjalanan ke pejabat pun lancar, jalan lenggang je pagi tadi. Aku keluar rumah jam 7.00 pagi, dalam 7.15 sampai pejabat dah. Tiada polis buat roadblock ke apa memang lancar walaupun aku dari selangor ke kuala lumpur.
Resepi ini dah viral dari masa musim PKP hari tu. Aku je yang terlambat nak mencuba hehehhe. Tapi biar lambat janji buat kan. Cumanya resepi asal menggunakan kari kambing adabi tapi memang cari sana sini takde jadi kita ganti dengan kari daging adabi.
Bahan-bahan:
1 tin kari daging adabi
3 cawan beras basmathi
4 cawan air
1 biji tomato potong dadu
1 biji bawang besar mayang halus
rempah 4 sekawan
3 sudu besar @ 1 senduk planta/ mentega
1/2 cawan susu cair
1/2 kiub ayam @ daging
2 helai daun pandan
1 batang akar ketumbar ( kalau takde takpe)
sedikit garam
Cara masak:
- Masukkan planta dan 4 sekawan tumiskan hingga naik bau lepas tu masukkan bawang merah, tomato dan daun pandan.
- Tumiskan hingga layu dan masukkan air, kari daging, kiub ayam dan susu cair gaulkan hingga rata
- Masukkan beras dan sedikit garam gaulkan hingga sebati dan masakkan hingga masak, atau HP selama 7 minit
- Buka penutup, masukkan kismis dan kacang gajus serta daun ketumbar, gemburkan nasi
- Sedia di makan begitu sahaja atau dengan acar dan kuah kari
* Aku sarankan gunakan 2 tin kari supaya lebih banyak daging dan perasa dalam nasi beriani tu ya
 |
ini bahan utamanya ya
|
 |
tumiskan hingga layu tau
|
 |
tomato tu kene potong kecil lagi lain kali heheheh
|
 |
masa ini bau dia semerbak harum
|
 |
masukkan air, kari daging dan susu cair
|
 |
masukkan beras dan gaulkan supaya rata dan sebati
|
 |
lepas ni tutup dan masak seperti biasa, aku HP 7 minit
|
 |
lega hasilnya cantik
|
 |
boh gajus, kismis dan daun ketumbar
|
 |
aku ada buat acar nenas sikit, makan gini je pun dah wallah
|
 |
memang sedap nasi nya... kawan-kawan wajib cuba tau
|