Friday, November 22, 2024

RESEPI KEK PISANG MUDAH

 Assalamualaikum semua,

Ini resepi pasti jadi, sukatan cawan untuk kek pisang. Aku suka kek pisang gini yang simple je.Dua hari berturut buat dan habis. Jom tengok resepinya.

Bahan-bahan:

1 1/2 cawan pisang berangan lenyek

3/4 cawan gula

3 biji telur

2 cawan tepung gandum

1 sudu kecil soda bikarbonat

1 sudu kecil baking powder

sedikit garam

1 cawan minyak masak

sedikit esen vanilla

1 sudu besar serbuk koko ( pilihan)

Cara Masak:

- Dalam pengisar masukkan telur, gula, minyak dan esen vanilla. Kisar hingga semua sebati

- Masukkan dalam mangkuk besar lepas tu masukkan tepung sedikit demi sedikit. Kaup balik hingga semua rata.

- Masukkan serbuk koko dan pisang lenyek. Kaup balik hingga semua sebati

- Lengserkan minyak di loyang dan masukkan adunan kek. 

- Panaskan dulu oven dan bakar suhu 200 untuk 40 ke 50 minit bergantung pada oven masing-masing. Siap












makan masa masih panas sedap nya


Thursday, November 21, 2024

PHOTO DIARY # 39/2024

 Assalamualaikum semua,

Sejak dua menjak ni memang lemau betul aku ni. Bangun pagi tu ok cuma nak masak memacam dah macam kemalasan. Menu pun selalu nya sejenis dua je tak banyak-banyak jenis macam sebelum ni. Badan dan otak dah penat hhahahha.Kawan-kawan doakan la aku kekal sihat supaya boleh niaga terus ya. Jom la tengok cerita bergambar.

Dah dua hari layan kopi o ais pepagi

hari ini ada jual pulut ikan masin, tapi aku suka makan pulut ngn kelapa je

ini pulut ikan masin yang aku jual

bila cermin mata dilepas, dekat nampakla yang jauh kelam 

ada kawan bagi jambo boll dengan kuah colek

pisang kaki

ada orang bagi kedondong

aku yang makin bulat pipinya

maktek balik dari kampung bawak bekalan lauk sedap

tauhu goreng dari kampung, entahla lemak dia lain macam sedap

ada 4 jenis lauk tau

menu sarapan sabtu lepas, permintaan si Aiyan

siap ambil gambar nak tunjuk kat kawan dia

menu jumaat malam sabtu, mee lidi goreng dengan angry bird

sampai bersila kat bawah makan colek

jumaat petang bedal ini... mangga epal dengan colek

hari  jumaat petang selalu memang gini la keadaaan meja kerja ku.

Wednesday, November 20, 2024

WW ROTI JOHN VS JOHN

 Assalamuaikum semua,

Bila ada yang minta, nak roti john tak nak roti. Jadi lah John je hahahha

Roti John

John

tanpa roti jadi john je

Tuesday, November 19, 2024

DIA YANG TERLUKA KAN

 Assalamualaikum semua,

Kisah yang terlukakan.... 

Kesian kan kaki dia



nasib ada yang pinjamkan set benang ni


dah ok semula, walaupun sebelah pendek hehhehe

Friday, November 15, 2024

RESEPI ROTI JOHN

 Assalamualaikum semua,

Dari pagi tadi sibuk betul sampai tak sempat nak buat entri, jenguk rumah kawan-kawan pun sekejap je. Menu ini selalunya paling mudah jumpa di bulan puasa, bulan biasa ada tapi tak berapa popular. Kisahnya 2 minggu lepas ada orang jual roti john aku pun beli la sebab teringin lama dah tak makan. Sekali masa makan tu, aku tercari-cari mana dagingnya sebab rasa sos je. Bila belek rupanya dia tulis roti john original, yang ada cuma roti telur dan sos je. Terus rasa macam tertipu walau hakikatnya aku yang tak baca betul-betul. Sudahnya selang 2 hari lepas tu aku pun buat roti john dan jual di kedai. Aku buat ikut cara aku biasa masak. Jom tengok resepinya ya, kot ada yang nak cuba buat kan.

Bahan-bahan:

1 pek daging kisar Ramly

4 ulas bawang putih, cincang

1/2 biji bawang holland, potong dadu

1/2 sudu kecil serbuk lada hitam

2 sudu besar serbuk kari daging

1 pokok salad

1 pokok daun sup

5 -6 biji telur

Roti panjang

sos cili

mayonis

Garam

Cara masak:

- Tumiskan bawang putih, bawang merah hingga layu. Bila dah layu masukkan daging kisar hancurkan hingga sekata. 

- Masukkan serbuk kari, gaul lagi tutupkan kuali dengan penutup biarkan daging masak sekata.

- Bila nampak daging dah masak tambahkan sedikit garam tutup api sejukkan.

- Dalam 1 mangkuk masukkan telur, daging kisar, daun sup dan sedikit garam kacau hingga semua tercampur.

- Goreng 1 senduk campuran telur, lepas tu letak roti di atasnya. Api sedang kecil je biar telur masak. Bila dah masak terbalikkan roti tu.

- Picitkan sos cili dan mayonis, tabur salad dan tutupkan. Jadilah roti john rumahan.







kalau nak campur bawang mentah pun ok ikut pada kesukaan masing-masing


biar ada daging juga tau

letak roti gini

gini rupa nya ya 


terpulang nak letak sos apa ya, boleh je

nampak seksi tak?





1 bekas aku jual RM5