Thursday, November 14, 2024

PHOTO DIARY #38/2024

 Assalamualaikum semua,

Hari ini tak menyempat nak buat entri ada kerja dari pagi tadi lepas tu tengahari tu masak lauk. Ini baru sempat nak menulis eh salah nak menaip untuk memenuhkan entri untuk hari ini. Jom layan cerita bergambar.

Dia ada aktiviti luar bowling dan tengok wayang

Untuk kawan-kawan yang berada di 4 tempat ini sila berhati-hati

menu hari ini, sup ayam hutan dan  telur dadar

sup ayam hutan

sampai 3 orang tolong boss daftar My Digital ID

berangan je

entah apa la dalam fikiran dia ni

sosej pulut 

muka ada sinyum

donat susu kawan pejabat bagi



laicikang

orderan kek gula hangus sabtu lepas

Wednesday, November 13, 2024

WW LAKSAM

 Assalamualaikum semua,

Kawan pejabat bawak

sedap sungguh laksanya... cukup sedap kuahnya

Tuesday, November 12, 2024

LONGAN BRAZIL ATAU MATOA

 Assalamualaikum semua,

Dari minggu lepas, dekat kedai borong buah aunty jual buah tu suruh cuba buah matoa atau longan brazil. Sedap katanya, tapi harga keras sikit RM20 sekilo. Ahad baru ni aku pun beli la 7 biji, saja nak buat rasa. Dah makan dah rasa, aku tak suka buahnya. Dia memang ada rasa yang unik tapi bagi aku rasanya agak kering, aku lebih pilih buah mata kucing atau laici dari matoa ini. Tapi tak tau lah kalau matoa yang kulitnya warna maroon tu lain rasanya. Ada yang kata matoa ini gabungan rasa durian, mangga dan rambutan tapi entah aku tak rasa pun gitu. 

Rupa buah sebelum dan selepas di kopek


bijinya halus ada bau macam laici tapi takde rasa laici

Monday, November 11, 2024

AL.BAIK.COM MALAYSIA SGT MENGECEWAKAN

 Assalamualaikum semua,

Al baik ini tak sama yang macam al baik saudi tu tau. Cerita minggu lepas Aiyan sibuk kata nak makan AL baik, tak tau kat mana dia nampak atau dengar boleh dia nak makan kat situ. Tapi sebab kedai al baik tu susah nak parking jadi hari Sabtu petang lepas Edy balik kerja dia pun bungkuskan la ayam di Al baik tu. Edy kata dia ambil set ayam 4 ketul, 2 fries, 2 tin air RM40.00. Mahal pulak rasanya.

Bila buka ayam tu tengok macam tak menyelerakan rupanya, bila rasa. Emmmmm... jauh lagi nak sama dengan ayam McD, KFC, MB atau fast food lain sebab memang tak sedap. Rasanya lebih sedap kalau kita goreng ayam sendiri dengan tepung bestari atau tepung spicy Bon chef. Sayangnya ayam dia macam dah diperhangatkan sebab keras. Tapi Aiyan kata sedap, yelah dia sedap je semua. Bagi aku memang kecewa, memang tak akan cuba lagi. Cukup la rasa sekali.


even ayam goreng Uncle Jack pun lebih sedap tau

fries dia je ok sebab besar




isi ayam nya keras macam dah perangat beberapa kali

Friday, November 8, 2024

RESEPI AYAM MASAK KICAP

 Assalamualaikum semua,

Ini resepi antara yang paling mudah ringkas tapi sedap. Antara lauk kegamaran kita ya. Jom tengok resepinya ya.

Bahan-bahan:

1 ekor ayam,goreng dengan bawang putih, halia dan kunyit

1/2 kotak kecil santan

2 batang serai

3 sekawan

2 biji bawang merah besar, hiris

5 ulas bawang putih, hiris

1 inci halia, hiris

1 sudu kecil serbuk lada hitam

Kicap secukupnya

1 keping asam keping

Cara masak:

- Tumiskan 3 sekawan dan serai hingga naik bau, masukkan bawang putih, merah dan  halia. Masak hingga layu.

- Masukkan serbuk lada hitam dan asam keping, masukkan kicap.

- Masukkan ayam goreng dan santan, gaul semua biar sebati, biarkan untuk 5 ke 10 minit supaya masak. Boleh masukkan garam kalau mahu.









Thursday, November 7, 2024

PHOTO DIARY #37/2024

 Assalamualaikum semua,

Pejabat aku ni memang takde fengshui ke apa entah, minggu ini dan minggu depan bangunan kami ni takde bekalan air sebab tukar tangki. Dahla kami takde lif, takde air sedih betul. Mujur la sempat penuhkan tong besar dengan air bersih dan kami perempuan pun cuma 3 orang jadi selamat la.Dugaan betul kan opis kami kali ni.

Sejak dah makin tua ni, rabun dekat pun dah ada. Nak rasa selesa bukak spek masa buat kerja tapi kalau nak berjalan kene pakai kang jadi apa

apam solo, tapi silap cara letak perwarna tu

patutnya letak belah dalam warna tu, udah bila keluarkan putih melepak gini

budak opis tengok orang main bola tampar dari kejauhan

semalam aku cuti rehat,masa tengahari ambil Aiyan selalunya memang rupa selekeh gini

nasi dagang sedap kawan pejabat yang masak

hari selasa kami ada jamuan



bunga ros untuk Iman

laicikang

tengah rajin berbunga



bangunan terbengkalai tepi JUPEM


beli kotak ini untuk simpan barang supaya tak berhabuk tapi.... eh ada penyewa lain

Wednesday, November 6, 2024

WW KUCING DAN BUNGA

 Assalamualaikum semua,

Bila bibik takde kerja, majikan redho je.


Wangi la bibik


Posing


Mangsa bibik