Tuesday, October 20, 2026

MAKTEK DAH BERSALIN, ALHAMDULILLAH

 Assalamualaikum semua,

Ini cerita hari ahad lepas ini, dalam pukul 6 pagi maktek call aku. Katanya dia dah keluar darah mintak aku tolong jagakan anaknya 2 orang tu. Nak hantar ke rumah aku tapi dua orang tu tengah tidur. Jadinya mintak Edy hantarkan ke rumahnya. Tak jauh dekat jugak masih di tempat sama cuma blok lain. Maktek ke Hospital Ampang, sampai sana dalam pukul 7 lepas dah periksa dalam pukul 8 lebih doktor cek dah ada bukaan 3cm. Maktek baru 33 minggu, nampak nya yang ini pun cepat macam yang nombor 2 tu 33 minggu juga. 

Maktek baru pindah rumah ni, dalam 2 minggu kalau tak silapnya. Memang dia tak jangka pun akan bersalin awal jadi memang tak besiap langsung cuma baju bayi semua memang dah disediakan dalam beg tu la. Tunggu la budak-budak bangun tidur dalam pukul 8 lebih masakkan sarapan lepas tu si kecik tu nak susu je. Jaga sampai pukul 12 lebih, ayah mereka balik rumah nak rehat kejap. Lepas asar hantar mereka berdua ke rumah aku pulak mintak tolong jagakan sebab ayahnya nak tengok maktek kat hospital. 

Malam mereka balik rumah, ayahnya ambil lepas habis waktu melawat. Nak tunggu pun takut lama, adik aku suruh suaminya balik rumah. Dalam pukul 2 pagi maktek masuk labour room dan 2.15 dah selamat bersalin. Memang cepat je, suaminya memang tak sempat la nak datang teman. Alhamdulillah semua selamat, petang isnin maktek boleh balik dah. Bayi je kene tinggal sebab belum cukup bulan kan.


alhamdulillah la kami rumah dekat, kalau apa-apa mudah boleh tolong menolong

minum milo dan roti

request nak telur rebus pulak

masuk ward,dapat antibiotik dan ubat kuatkan paru-paru

layan la upin ipin, rumah ni astro tak pasang lagi boleh bukak you tube je


tengahari mandi dah dua orang ni

rumah aku yang ada pokok kemboja tu nampak tak?

Balik tu jalan kaki je, Edy sibuk pi beli barang belanja

Suka betul dia dengan biskut deluxe tu

lepas mandi, bagi susu

bermanja dengan abang Aiyannya

2.15 pagi selamat dah maktek

4 comments:

  1. Syukur alhamdulillah, semoga semuanya baik-baik sahaja

    ReplyDelete
  2. ALHAMDULILLAH SELAMAT SEMUANYA ADIK BERADIK SALING MEMBANTU KESUSAHAN

    ReplyDelete
  3. cepatnya bersalin, dalam 15 minit je. alhamdulillah dipermudahkan urusan maktek akak dan kak dana juga. take care akak sekeluarga

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah! Tahniah Dana dan keluarga terima ahli baru.
    Syukurlah dekat dengan rumah Dana, mudah nak tolong.

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...