Assalamualaikum semua,
Ini cerita hari ahad lepas ini, dalam pukul 6 pagi maktek call aku. Katanya dia dah keluar darah mintak aku tolong jagakan anaknya 2 orang tu. Nak hantar ke rumah aku tapi dua orang tu tengah tidur. Jadinya mintak Edy hantarkan ke rumahnya. Tak jauh dekat jugak masih di tempat sama cuma blok lain. Maktek ke Hospital Ampang, sampai sana dalam pukul 7 lepas dah periksa dalam pukul 8 lebih doktor cek dah ada bukaan 3cm. Maktek baru 33 minggu, nampak nya yang ini pun cepat macam yang nombor 2 tu 33 minggu juga.
Maktek baru pindah rumah ni, dalam 2 minggu kalau tak silapnya. Memang dia tak jangka pun akan bersalin awal jadi memang tak besiap langsung cuma baju bayi semua memang dah disediakan dalam beg tu la. Tunggu la budak-budak bangun tidur dalam pukul 8 lebih masakkan sarapan lepas tu si kecik tu nak susu je. Jaga sampai pukul 12 lebih, ayah mereka balik rumah nak rehat kejap. Lepas asar hantar mereka berdua ke rumah aku pulak mintak tolong jagakan sebab ayahnya nak tengok maktek kat hospital.
Malam mereka balik rumah, ayahnya ambil lepas habis waktu melawat. Nak tunggu pun takut lama, adik aku suruh suaminya balik rumah. Dalam pukul 2 pagi maktek masuk labour room dan 2.15 dah selamat bersalin. Memang cepat je, suaminya memang tak sempat la nak datang teman. Alhamdulillah semua selamat, petang isnin maktek boleh balik dah. Bayi je kene tinggal sebab belum cukup bulan kan.
 |
| alhamdulillah la kami rumah dekat, kalau apa-apa mudah boleh tolong menolong |
 |
| minum milo dan roti |
 |
| request nak telur rebus pulak |
 |
| masuk ward,dapat antibiotik dan ubat kuatkan paru-paru |
 |
| layan la upin ipin, rumah ni astro tak pasang lagi boleh bukak you tube je |
 |
| tengahari mandi dah dua orang ni |
 |
| rumah aku yang ada pokok kemboja tu nampak tak? |
 |
| Balik tu jalan kaki je, Edy sibuk pi beli barang belanja |
 |
| Suka betul dia dengan biskut deluxe tu |
 |
| lepas mandi, bagi susu |
 |
| bermanja dengan abang Aiyannya |
 |
| 2.15 pagi selamat dah maktek |
Syukur alhamdulillah, semoga semuanya baik-baik sahaja
ReplyDeleteALHAMDULILLAH SELAMAT SEMUANYA ADIK BERADIK SALING MEMBANTU KESUSAHAN
ReplyDelete