Friday, August 28, 2026

AIR KMT KOREAN HANGSUNG LEMON TEA

 Assalamualaikum semua,

Aku kan sejenis mudah terpengaruh, nampak ada kawan jual benda alah ni. Menarik jugak sebab ada lemon kan. Cuba lah beli, semalam terus buat air tapi aku suka boh ais. Memang sedap betul, dengan rasa manis, masam dan segar. Kulit lemon tu bila kita makan sedap betul. Bagus untuk yang batuk dan masalah tekak. Ini adalah hirisan lemon yang dicampur madu tanpa bahan pengawet. Paling penting disahkan halal JAKIM, boleh campur dalam air panas atau sejuk, jadikan macam jem pun boleh. 

1 botol ni RM35 aku beli





28 comments:

  1. jemput join :) https://ejulz.blogspot.com/2026/08/segmen-mencari-bloglist-2026-oleh-ejulz.html

    ReplyDelete
  2. Alamakkk...macam nak terpengaruh jugak nih hahahaha

    ReplyDelete
  3. Sedap ni. Selalu beli juga. Yang honey lemon kena ada stok kat rumah boleh minum masa batuk. Murah dah ni Kak Dana. Biasa beli di Jaya Grocer RM40 lebih. Selain honey lemon, jujube dan pomegranate pun sedap. Senang bancuh tinggal tambah air je kan. Boleh jadikan jem untuk roti juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya itulah akak nak cari jugak yang buah lain tu... betul buat jem mesti sesuai kan

      Delete
  4. Cantiklah Dana. Kak Amie pun macam nak terpengaruh juga ni.

    ReplyDelete
  5. sgt segar diminum. pasti hilang ketidakselesaan dlm tekak tu bila minum teh limau korea ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyallah harapnya dapat menghilangkan sakit tekak

      Delete
  6. Nampak menggoda
    Ramai yang terpengaruh

    ReplyDelete
  7. pernh tgk org share utk yg batuk and sakit tekak bole cuba minum ni

    ReplyDelete
  8. isi ais .. pekena cuaca panas ngam ni

    ReplyDelete
  9. Mmg sedap!! Selalu beli juga n minum esp bila tgh selsema... sangat berkesan🤩

    ReplyDelete
  10. Besar juga botolnya.Senang ya ada buat bancuhan lemon dan madu tidak payah cari satu-satu bahan.

    ReplyDelete
  11. Ni sedap ni.. Sis eprnah juga beli tapi brand lain.. memang segar rasa kalau dapat hirup panas-panas

    ReplyDelete
    Replies
    1. dana tak pernah try panas tapi mesti sedap jugak... lagi la kalau sakit tekak

      Delete
  12. dia dah teracun...pastu dia nak racun org lain pulak. jgn macam2 boleh tak dana?

    ReplyDelete
  13. Ini memang sedaaaap. Saya beli saat ke Seoul waktu itu. Dan menyesaaal beli cuma 1 botol. Di Indonesia dah masuk produknya , tp ofkors lah lebih mahal 😅..kalau teringin sangat baru beli

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...