Assalamualaikum semua,
Ini cerita khamis lepas, biasanya ada 2 bas yang pergi tapi sebab murid PPKI dah makin bertambah ramai jadi di pecahkan pergi 1 bas dulu bulan ini, 1 bas lagi bulan 9 nanti pulak . Kali ini dia tengok filem `Minions and Monsters` best katanya, masa ambil dia tu adalah diceritakan jalan ceritanya. Dia cakap best mama, nanti boleh tengok pulak dengan adik Ecah. Dia akan main boling dulu lepas tu baru tengok wayang. Itu yang balik pukul 2 petang. Dari sekolah rendah memang dah ada terapi boling ni dan audio visual. Dulu mamanya dah belajar dekat Universiti baru reti main boling, dia dari sekolah rendah dah dapat main.
Murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) didedahkan dengan aktiviti seperti terapi boling dan terapi audio-visual (menonton wayang) kerana ia mempunyai pelbagai fungsi dan manfaat penting untuk perkembangan mereka. [1, 2]
Berikut adalah sebab utama mengapa aktiviti ini dijalankan:
1. Terapi Boling
- Kemahiran Motor: Membantu melatih dan menguatkan koordinasi motor kasar dan motor halus murid (contohnya, mengimbangi badan dan menghayun bola).
- Fokus dan Konsentrasi: Memerlukan murid untuk memberi tumpuan (fokus) kepada sasaran (pin boling) sebelum membaling.
- Kemahiran Sosial: Mengajar murid tentang giliran, mematuhi peraturan permainan, dan berinteraksi dengan rakan-rakan. [1, 2]
2. Terapi Audio-Visual (Menonton Wayang)
- Pengamatan dan Deria: Merangsang deria penglihatan dan pendengaran murid melalui visual berwarna-warni dan kesan bunyi yang dinamik di pawagam. [1, 2, 3]
- Pengurusan Emosi dan Sensori: Bagi sesetengah murid (seperti autisme), suasana gelap dan bunyi yang kuat membantu mereka membiasakan diri dengan persekitaran mencabar (latihan desensitisasi) selain belajar mengawal emosi. [1]
- Pembelajaran Tingkah Laku: Mendidik murid tentang peraturan sosial di tempat awam, seperti duduk diam, tidak bising semasa tayangan, dan menghormati penonton lain. [1]
Tujuan Keseluruhan (Objektif)
Secara keseluruhannya, aktiviti di luar bilik darjah ini adalah sebahagian daripada proses Pendidikan Sepanjang Hayat dan Pengurusan Kehidupan. Ia bertujuan untuk memberi pendedahan kepada dunia luar, membina keyakinan diri, mengelakkan rasa terasing, dan menyediakan murid ini untuk berdikari apabila berhadapan dengan masyarakat pada masa hadapan. [1, 2]
Ini kita tanya kt google. Sebab tu dari sekolah rendah mereka dah ada terapi-terapi ini. Tapi kan memang betul semua ini, sebab dulu Aiyan takut bila dengar bunyi kuat, dia akan nangis sambil tutup telinga, sekarang dah ok je.
![]() |
| masa balik tu |
![]() |
| Pergi 1 bas dan 1 van |







Seronok ya Rayyan, buat banyak aktiviti.
ReplyDeleteItulah memang seronok dia, ada je aktiviti nya
DeleteTak terfikir pulak kan, main boling dan menonton wayang boleh jadi terapi untuk mereka. Bagus Dana share carian Google tu, sama-sama dapat ilmu.
ReplyDeleteDana main boling zaman U kan, akak sampai sekarang masih belum pernah main boling 🤭😆
Itulah kak, memang dulu ada cikgunya beritahu kenapa diberi terapi itu semua. Sebab ppki Aiyan ada pelbagai jenis oku, terapi ini semua memang membantu.
DeleteRUpanya dua aktiviti ini boleh jadi terapi.. Baru tahu..
ReplyDeletemurid ppki ni dia selalu tak suka bunyi bising, jadi bila dok tengok wayang ni dapat la dia adaptasi diri dia dengan bunyi bising. Boling tu pulak untuk dia boleh fokus sebab anak-anak ppki memang selalu kurang bab fokus ni.
Deletesronok tu rayyan dpt main bowling ngan tgk wyg ngan kwn2 sekolah utk terapi bg bdk2 PPKI
ReplyDeleteKita pun jarang main boling dan tengok wayang tapi dia setiap 3 bulan dapat buat aktiviti ni
DeleteAktiviti seronoklah untuk budak-budak. Hehe muda-muda sudah didedahkan main bowling.
ReplyDeleteSalah satu terapi untuk murid ppki, dulu masa sekolah rendah ada terapi berenang
DeleteSeronoklah Aiyan dapat jalan-jalan main boling dan tengok wayang. Nampak matang dah Aiyan. Pandai Aiyan main boling ek. Kita ni sampai ke sudah pegang bola boling pun tak pernah. huhu...Agaknya kalau campak bola ke longkang terus.
ReplyDeleteItulah tu, masa sekolah rendah dulu dia tak reti jugak ni dah lama-lama main pandai la jugak kalau kita
Deletehepi aiyan beraktiviti dgn kawan2nya alhamdulillah
ReplyDeleteSeronok aktiviti..
ReplyDeleteseronoknya....mesti diaorang pun have fun sgt
ReplyDeleteSeronoknya tengok aktiviti luar kelas Rayyan, siap kombo main boling dengan tengok wayang lagi! Bagus sangat perkongsian fasal info terapi tu, baru tahu aktiviti santai macam ni rupanya besar betul manfaatnya untuk motor halus dan perkembangan sensori anak-anak PPKI. Alhamdulillah, seronok tengok perkembangan Rayyan yang dah makin berani dengan bunyi bising sekarang, memang nampak makin matang!
ReplyDeleteSeronoknya aktiviti. Moga terus sihat dan ceria ya Aiyan.
ReplyDeleteSeronoknya Aiyyan...
ReplyDeleteseronok dorang. budak-budak ni ada tak agak-agaknya yang tantrum. sebab ramai juga tu pelajarnya
ReplyDelete