Assalamualaikum semua,
Biasalah hari jumaat masih takde cerita pasal resepi lagi. Jadi kita kongsi la cerita rewang kami adik beradik di hari majlis. Selalunya memang gini lah kami gilir-gilir jadi kendarat. Penatnya jadi tuan rumah bila buat majlis kahwin ni kan. Mak abah duduk je untuk terima salam kaut kami la yang penat jadi pembantu. Gambar random ini dari jurugambar.
![]() |
| Kami kalau bergambar memang tak tolak |
![]() |
| ramai yang singgah untuk berborak dengan atok dan nyai |
![]() |
| adik dejay ni atok yang sponsor, pilihan lagu dia memang best, cara mengacara pun best |
![]() |
| Ini la baju abah mula-mula pakai sebelum bertukar jadi warna biru |
![]() |
| Paksu kene tolong abah, aku tolong emak |
![]() |
| Adik-adik sepupu kat khemah belakang, sebab pakai katering jadi mereka melepak jelah |
![]() |
| Sepupu sebelah abah antara yang awal sampai |
![]() |
| tengah bertugas la aku ni |
![]() |
| Edy je yang ada rasanya Aiyan tengah main telefon dengan Ecah kat dalam rumah |
![]() |
| salam kaut |
![]() |
| Adik emak bagi bunga pahar |
![]() |
| abang-abang abah yang jadi penyambut tetamu kat depan rumah |
![]() |
| pakcik ni kawan baik abah tapi dia musuh paksu hahahahah |






















apa motif pakcik tu jadi musuh paksu?
ReplyDeleteKisahnya dulu sebelum paksu dapat panggilan cikgu pakcik ni suka buat2 tanya dia dah kerja ke belum, lepas tu asal jumpa mesti dia akan cerita psl anak dia, anak dia dh kerja itu, anak dia beli itu beli ini. Macam sengaja je tau, itu yg kami dok kata pakcik ni musuh paksu hehehhe.
Deletejangan bermusuh sangat paksu..risau jadi pakmentua nanti hehehe
ReplyDeletewalau katering tapi kalau dah nama kenduri memang penat,sebelum kenduri dah penat,lepas kenduri btambah juga penat
anak pakcik tu semua dah kahwin hahahha.... paksu ok je tapi pakcik tu yg suka main jiwa . Itulah bila dah rewang walaupun takde rewang masak tetap jugak penat tu.
DeleteWalau katanya guna katering, tetap juga penat bila jadi tuan rumah kenduri ni kan. Penat persiapan dan melayan tetamu. Tapi legaaa bila majlis selesai dengan jayanya.
ReplyDeleteTak jadi nak tanya apesal jadi musuh paksu, dah baca jawapan atas 😄
Itulah kak oi sama je penatnya... heheheh itulah musuh gurau2 je bukan la betul2
DeleteKenduri walau guna katering tetap guna kederat tuan rumah untuk hal2 lain...
ReplyDeleteYa betul jugak tu penatnya sama juga
Deletelancar sempurna majlis kenduri alhamdulillah
ReplyDeletealhamdulillah kak
DeleteRewang adikberadik seronokkk kan
ReplyDeletePenat tu mestii walau hanya bantu sikit2
Alhamdulillah seronok tgk makayah Dana
Walaupun guna katering, tetaplah penat..
ReplyDeleteKenduri selalunya macam tu lah.. Banyak juga yang nak dibuat..
Kikiki.. Pakcik tu main jiwa.. Saja nak mengusik paksu lah tu.. Kesian paksu..
Ini kalau masak sendiri lagi berganda penatnya tapi memang happening jika kita sebagai host, akak paling suka ambil gambar - ni mengelak dari buat kerja dapur.. hehehe..
ReplyDeleteTengok baju purple sedondon teringat kenangan pergi kenduri anak kawan en. Hubby, boleh sama dengan warna tema tuan rumah. Masa tu tiba-tiba terus jadi anak tuan rumah.. hahaha..
Guna catering pun penatnya tetap sama kan...apapun bagus merewang macam ni...mengeratkan silaturrahim dengan orang kampung...dulu kami memang rewang kenduri kahwin...masa akak kahwin tu je yang guna catering..tapi tetap ada masak2 lauk tambahan jugak...
ReplyDelete