Assalamualaikum semua,
Maaf kawan-kawan semalam ada urusan di hospital lepas habis hd. Gini la orang tak sihat hospital tu dah kira macam rumah kedua kan hehehhe. Tahun lepas pertama kali aku hd tapi masa tu aku tak buat dialisis lagi masa balik kampung tapi tahun ini dah mula. Dalam bulan puasa aku dah telefon beberapa pusat dialisis swasta di kampung Johor dan Terengganu untuk tumpang buat dialisis dekat sana. Macam dialisis di Kuala Lumpur ni bayaran dibuat oleh JUPEM. Jadi kalau aku tumpang buat di kampung kene la bayar sendiri. Takpe lah janji dapat balik kampung beraya kan. Sekarang dah mudah banyak tempat ada perkhidmatan hemodialisis ni, nak bercuti pun dah mudah dah.
Raya kedua aku dah hd di Pontian pukul 11 pagi habis pukul 3 petang, ini bayaran dia RM260.
Raya keenam aku hd pulak di Kemaman pukul 3.30 petang sampai 8 malam, bayaran dia RM300.
 |
| Khamis pagi sebelum balik kampung tu hd di KL dulu, kene ambil iron dulu sebab hb aku rendah |
 |
| balik hb sampai rumah terus pergi hantar Cik Bu ke hotel cuti raya |
 |
| Malam tu lepas berbuka kami gerak balik kampung |
 |
| Raya kedua, masa ni tunggu tetamu datang |
 |
| hd di Pontian |

 |
| Petang lepas hd tu entah perut buat hal, cirit birit raya ke3 pagi ke klinik mujur la esok tu dah ok |
 |
| Ini masa hd di kemaman pulak |