Friday, March 27, 2026

TERIMA KASIH PEMBACA BLOG DAN PEMINAT AIYAN

 Assalamualaikum semua,

Selamat hari raya kawan-kawan, maaf tak sempat nak up gambar raya lagi. Raya sakan almaklumnya ini kami dah menghala balik dari Terengganu ke Selangor. 

Aku nak selit kejap, tadi masa berhenti rehat dia R&R Temerloh hala ke Kuala Lumpur. Tengah makan dengan Aiyan dan Edy tengah beli air. Ada adik cantik bagi duit raya kat Aiyan, sambil cakap terima kasih sebab terperanjat. Dia kata, dia baca blog aku dan kenal Aiyan. Tapi sebab tengah makan tak sempat nak ajak bergambar dia pun cepat je.

Buat adik tadi,terima kasih untuk duit raya Aiyan dan terima kasih jadi pembaca blog akak yang tak seberapa ini. Tanya nama pun tak sempat. Sangat hargai, moga awak dimurahkan rezeki ya.


5 comments:

  1. wah...ayyan dah ada peminat ye...rezeki dapat duit raya...

    ReplyDelete
  2. Minta dia komen pada blog Dana.
    Semoga murah rezeki si pemberi duit raya.

    ReplyDelete
  3. Selamat hari raya buat sis Dana dan keluarga..femes la Aiyan..

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...