Tuesday, March 3, 2026

MENU BERBUKA HARI KE 12,11,10,9, 8

 Assalamualaikum semua,

Baru masuk minggu kedua puasa aku dah mula malas untuk ambil gambar sahur, masak pun kadang apa yang ada je. Sahur selalunya Aiyan dengan Edy makan nasi aku kadang makan kuih atau roti, tapi bila hari aku hd aku akan sahur nasi nak cukupkan tenaga sampai ke petang. Kalau ikutkan memang tak digalakkan puasa takut jadi apa-apa kan itu pasal aku makan menu yang tahan sikit. Buat masa ini aku memang puasa walaupun hari hd selagi masih larat dan tak memudaratkan.

Menu berbuka hari ke 12, aku beli nasi bungkus lepas tu tambah dengan prata inti kentang emak bagi, ada roti bom, karipap dan popia

Menu berbuka hari ke 11, mee kari dan kuih muih

Hari ke 10 nasi lemak dan kuih muih

Nasi putih lauk kupang masak sos dan pelbagai kuih

Suhun goreng, murtabak dan cucur jagung

16 comments:

  1. Sedapnya kupang masak sos tu...selain hari HD, Dana puasa tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tak hd mestilah puasa kak... takkan tak puasa hahahah. Hari hd pun puasa takkan tak hd tak puasa hahahah rasa berdosa pulak.

      Delete
    2. Ooo puasa.....HD pun puasa..bagus la macam tu...

      Delete
  2. Lauk kupang, jarang-jarang jumpa. Bukan semua tempat ada jual kupang, kalau kat Pontian mudahlah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu memang beli dari pontian kak, ada sepupu yang jual

      Delete
  3. maap wak x fhm, hd tu apa? huhu
    btw, selamat berpuasa mbakyu dana itttewww ;p

    ReplyDelete
  4. Kalau larat ok je puasa. Selalunya yang berusia sikit memang tak puasa waktu HD.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul kak, tapi tahun lepas banyak hari jugak dana tak puasa masa hd... masih baru2 tak boleh nak agak lagi tapi tahun ni alhamdulillah

      Delete
  5. Cucur jagung sedapnya tapi kita malas menggoreng lah Dana. Hehe. Buat lempeng jagung kot.

    ReplyDelete
  6. Meriah juga menunya..macam² tp yg paling craving kt situ mee kari tu lah.. hehehe

    ReplyDelete
  7. hari bekerja jarang2 ada gambar menu berbuka sebab lately memang terpaksa berbuka dalam bus je. hauk betullll traffic sekarang ni

    ReplyDelete
  8. Kalau dah puasa begini, macam sedap2 sangat semua makanan yg terlihat 😄😄😍

    ReplyDelete
  9. Encik Suami rajin panaskan baki makanan waktu berbuka untuk bersahur. Kak Amie pula hanya minum ovaltine atau horlick saja, kadang makan kurma atau leur rebus.

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...