Assalamualaikum semua,
Cerita hari terakhir sekolah, masa tengah tunggu Aiyan tu sambil borak dengan geng emak-emak. Nampak la si Aiyan jalan lemah gemalai sambil bawak beg dan makanan, maklum hari tu ada jamuan akhir tahun. Belakang tu nampak ada budak berbaju biru jalan ke arah Aiyan. Dia datang borak dan salam lepas tu dia kata, boleh peluk? dia nak peluk Aiyan. Dia peluk Aiyan lepas tu dia kata tahun ini Adib 19 tahun jadi ini tahun terakhir dia di sini. Patut la tak pernah nampak sebab dia murid tingkatan 5 PPKI. Kalau baju biru tu selalunya pengawas sekolah.
PPKI di sekolah menengah selalunya umur paling tua mereka terima hingga 19 tahun sahaja. Selepas umur 19 tahun, kebiasaannya murid akan ke Program Transisi ke Alam Pekerjaan, pusat Latihan OKU/ Vokasional atau program komuniti OKU.
![]() |
| Ada kawan Aiyan cerita, dia menangis masa salam dan peluk abang-abang yang 19 tahun masa jamuan akhir tahun di kelas. |








Alahai..sebak plak aunty SA Aiyyan...sedih rasanya..takpe la semoga ada rezeki boleh jumpa Adib lagi ye...
ReplyDeleteorang baik ramai sayang.. moga sentiasa sihat
ReplyDeleteAlaaa sedihnya tengok anak2 ni berpeluk.
ReplyDeleteNampak keakraban la peluk2 ni....
ReplyDeleteSedih tengok..bakal berpisah..dua sahabat yang baik..semoga Aiyan dan Adib sentiasa sihat cemerlang dunia dan akhirat..aamiin
ReplyDeleteKita pulak yang ikut rasa sebak, nampak keikhlasan mereka berkawan.
ReplyDeleteAlaaaa...touching pulak makngah
ReplyDeleteApapun selamat bercuti Ayyan & Adib
Saya baca ini terharuuuu pula 🥹🥹🥹. Sehat2 untuk adib dan aiyan yaaaa. Dimudahkan selalu urusan kalian berdua 🤗🤗
ReplyDeleteSedih pula baca.. Macam tu lah kehidupan.. Setiap pertemuan, akan ada perpisahan.. Semoga Adib terus cemerlang, dimana pun Adib berada.. Aamiin..
ReplyDelete