Friday, July 15, 2022

RESEPI ROJAK KATEH

 Assalamualaikum semua,

Hari ini resepi yang nak aku kongsikan ringkas dan agak eksotik. Rojak kateh ni terkenal di Terengganu, dibuat dari urat atau tunjang lembu dan dimakan dengan sos. Kebetulan pak mentua dapat kaki di hari kedua raya, jadi dia pun buatla rojak kateh ni. Sedap bagi aku, sebab tu aku kongsikan.

Bahan-bahan:

Urat atau tunjang lembu, di rebus hingga lembut dan potong kecil

2 senduk cili giling

1 ketul nipis nise @gula melaka

2-3 sudu besar cuka

Air secukupnya

Gula/ garam

Cara masak:

- Dalam periuk masukkan cili giling, nise, cuka dan air masak hingga larut semua. Tambahkan gula garam akhir sekali. Perlu ada rasa pedas manis masam

- Masukkan tunjang atau urat kaki yang dah siap di potong ke dalam sos tu,gaul sebati dan siap untuk di makan. 


Rojak kateh yang dah siap digaul dengan sos


Banyak ni makan kongsi-kongsi




18 comments:

  1. belum pernah rasa..tapi nampak macam sedap aje

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau yang suka makan kenyal2 urat tu memang akan suka

      Delete
  2. Boleh bayang ada kenyal-kenyal.

    ReplyDelete
  3. X pernah rasa...mesti sedap ni....

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ada beli urat atau tunjang boleh cuba nanti kak

      Delete
  4. Urat atau tunjang tu yang kat kaki lembu ke kak? Kalau kaki lembu, biasa mak saya buat sambal tahun. Hihihi. Macam sedap ye dibuat rojak gitu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul yang kat kaki tu, belah selangor memang dibuat sambal tahun tapi di belah terengganu buat rojak gini

      Delete
  5. Tak pernah jumpa atau makan. Agak mudah cara buatnya tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya mudah kak cuma tang nak merebus tunjang n urat tu lah lama sikit

      Delete
  6. betul2 eksotik ni....mesti kena rebus lama ni..kan?

    ReplyDelete
  7. Pertama kali dengar. Nampak sedap ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini terkenal di terengganu negeri lain memang tak kenal selalunya

      Delete
  8. wah rojak terengganu ya sedap tu

    ReplyDelete
  9. First time dengar jugak. Sedap cam rojak biasa tu ke? hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. orang luar terengganu selalu memang tak kenal, rasa dia kenyal-kenyal dalam sos yang masam manis pedas

      Delete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...