Friday, February 21, 2020

RESEPI KUIH SIPUT KU

Assalamualaikum semua kawan-kawan,

Tiba juga kita di pagi jumaat yang indah, seperti biasa hari jumaat adalah hari untuk kongsi resepi. Cumanya ini resepi yang aku biasa buat dari ajaran Mak Nor, lain tempat , lain orang lain lah caranya ya.

Aku kekadang teringin nak makan kuih siput, tapi yang biasa orang jual tak sama macam yang biasa mak aku buat. Rasa berempah dia tu tak sama, jadi sabtu lepas pagi tu aku call mak Nor dulu untuk comfirmkan resepi. Petang lepas asar aku pun mula lah buat dan menggentel.

Bahan-bahan:

1 kilo tepung gandum
2 senduk minyak panas
2 sudu besar planta
1 sudu besar ketumbar, tumbuk
1 sudu kecil jintan manis, tumbuk
3 ulas bawang putih, tumbuk
3-4 biji bawang merah kecil, tumbuk
1 sudu kecil serbuk kari
sedikit garam
air secukupnya
minyak masak untuk menggoreng

Cara masak:

- Gaulkan semua bahan mula dengan tepung, bahan tumbuk, minyak panas, planta, garam dan serbuk kari dengan air sedikit demi sedikit hingga jadi doh yang boleh di gentel
- Rehatkan doh sebentar sebelum menggentel menjadi siput
- Gentel denga saiz sekata dan kecil supaya masak sekata
- Masak dengan minyak banyak dengan api sedang  hingga kekuningan

bahan-bahan tumbuk, kalau rajin tumbuk halus lagi ye hehehe... 

gunakan besen yang besar untuk menguli doh

ini rupa bila dah siap uli ya... aku suka ada rasa bawang dan rempah tu
pastikan korang ada cetak ini baru boleh mengentel siput

gini lah rupa siput yang di gentel tuh

ini baru separuh, tapi aku dah mula goreng... jadi sambil menunggu siput di goreng aku pun menggentel la sebelah kuali

api jangan besar sangat, kang siput hangus isi dalam lak masih tak masak

siap dah siput ku, bau dia semerbak harum

belum siap goreng sekilo tu dia dah duk cukai, mulut dok puji sedap,
`terima kasih mama sebab buatkan siput untuk aiyan `

29 comments:

  1. dulu masa budak-budak. Nenek aku selalu ajak buat kuih siput.

    ReplyDelete
  2. Terus rasa eh..macam nak raya dah...teringat masa kecik2 dulu mak selalu buat bila nak raya..

    ReplyDelete
  3. Pernah terpk nak try buat ni jugak. Anak anak suka. tapi lenguh jugak jari jemari kan dok tenyeh benda nih.

    ReplyDelete
  4. Kakcik memang kagum dengan kerajinan Dana memasak. Teringin je, terus buat. :)

    ReplyDelete
  5. Waa jelesnye tengok Dana masak. Semua nampak best jer. Kak Feni ni tunggu angin rajin baru nak masak.

    ReplyDelete
  6. EllyMatin- kami tiap kali raya mesti mak buat

    k SA- heheheh tekak bila dah tingin tak boleh nk buat apa kak, layankan je

    k NA- betul, bila time tak raya kena buat sendiri

    IbuLala- takdelah lenguh sangat kak, minta la anak-anak buat sama cepat sikit

    kakcik Seroja- hehehe teringin nya dah lama kakcik tapi rajin nya tu yang lambat

    k Feni- ini pun rajinnya sebulan sekali kot hahahhaa

    ReplyDelete
  7. antara menu yang saya sangat suka pada musim raya..

    sedap & rangup tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tuh... kuih dari dulu sampai sekarang yang orang suka

      Delete
  8. terbayang rasanya. sedap arrr. lama sangat dah tak buat

    ReplyDelete
    Replies
    1. tryla buat, ko kan rajin... minta tolong askar ko

      Delete
  9. aiyan, mintak mama buatkan untuk cik sunah gak!

    ReplyDelete
  10. favorite! 3 tahun buat kuih siput ni dan nak buat lagi tapi kena tunggu anak2 balik boleh tolong sesama..tapi akak campur jemuju....ahh terasa nak buat malam ni jugak..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooohh kalau jemuju selalu mak campur dalam maruku, mesti sedap jugak kan kak... kat kampung ini kuih wajib ada

      Delete
  11. Adoi teringat suatu masa lalu, mesti ada kuih ni dahulu masa raya kat kampung..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau di rumah saya di kampung, memang setiap tahun ada siput ni

      Delete
  12. My name is Mrs.Aisha Mohamed, am a Citizen Of Qatar.Have you been looking for a loan?Do you need an urgent personal loan or business loan?contact Dr James Eric Finance Home he help me with a loan of $42,000 some days ago after been scammed of $2,800 from a woman claiming to been a loan lender but i thank God today that i got my loan worth $42,000.Feel free to contact the company for a genuine financial service. Email:(financialserviceoffer876@gmail.com) call/whats-App Contact Number +918929509036

    ReplyDelete
  13. Akak bab nk mengentel tu yg surrender..kejap lg jadi siput bab* haha.. besar2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tunggu anak dara ada kat rumah kak baru ramai sikit askar menggentel

      Delete
  14. Assalamualaikum, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
    Allahu, cantiknya kuih siput. Lama sungguh tak tengok kuih siput. Biasa musim raya baru ada, rajin saudari buat hehe. kalau dekat mmg nak suruh hantar juga sebalang heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam, saya tak minat macam yang orang biasa jual di kedai besar, suka kecil comel gini jadi kenelah buat sendiri hehehe

      Delete
  15. sedap ni kuih siput! kalo start mkn xleh benti..

    ReplyDelete
  16. kunyah ni ralit...pandai dana buat

    ReplyDelete
  17. waalaikumussalam. dulu paksu selalu kata kat saya, asal raya ja kuih siput. hahaha

    ReplyDelete
  18. sana sini nampak resepi kuih siput. favourite mama ni sedapnya alahai

    ReplyDelete
  19. Rajinnya Dana.. amik order tak..hehehe

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...