Thursday, November 28, 2019

PHOTO DIARY #38/2019 EDISI CUTI SEKOLAH

As salam semua kawan-kawan,

Minggu ini dah bermulanya cuti sekolah yang panjang.  Jadi bermula lah tugasan tambahan aku sebagai pengasuh aiyan selama sebulan lebih ini.  Mencari-cari jugak program cuti untuk aiyan tapi banyak yang tak sesuai untuk dia.  Jadi relakan lah diri untuk jadi pengasuh dia. Penat wei jaga sehari di pejabat lepas tu sambung sampai malam.  

Oklah jom kita layan beberapa gambar sepanjang cuti sekolah ini. Macam biasa lah entry hari ini cerita bergambar.



Hari terakhir sekolah kelas dia ada buat majlis makan-makan, aku bawakkan nugget,bebola dan vitegen je

aiyan dah guru kelasnya... 

kawan kelas aiyan cuma 7 orang yang datang di hari terakhir sekolah, lagi 2 orang dah cuti
pihak sekolah sediakan nasi lemak, roti dan air kotak... yang lain ibu bapa yang sumbang

bukan main seronok budak tu... bab makan memang la dia suka

tenghari tu masa ambil dia, kene jalan kaki jauh... kat anak panah ungu tu aku paking,
ada penggambaran apa entah kat sekolah aiyan, itu parking penuh

mama yang kepenatan sebab kena jalan jauh, angkat kaki atas kerusi bagi lega sikit

khamis malam jumaat tu, mama masak makaroni goreng putih... berselera si aiyan makan sebab dia suka makaroni

isnin petang ada orang bagi aiyan pisang goreng... memang murah rezeki dia kat pejabat ni

masa rehat memang dia kene tidur,memang nyenyak dia tidur

isnin tu aku puasa, malam aku cuma masak lemak tauhu dan tauge je, lawankan dengan ikan bakar ahad tu


hari selasa 26hb masa ni tengah makan tengahari, nasi lemak kosong

lepas makan tu dia tidur, sebelum tidur dia susun dulu meja dia macamni, tuan nya dah beradu dah

malam nya tu aku masak nasi impit goreng untuk makan malam, habiskan nasi impit hari sabtu tu

27hb rabu, dia pau mama jajan kat kedai puspanita

kul 10.15 pagi dia kata lapar, bagi dia makan kuih... kat sekolah memang waktu rehat dia kan

kul 12 sempat lagi dia makan biskut tu celup coklat tu, sambil layan hp

waktu tidur selalunya antara kul 1.45 hingga 4.10 petang


28hb khamis, awal pagi aku memang suruh dia buat kerja, buat latihan main hp kul 10 ke atas, petang tidur
mengadu color pencil dia tumpul, kene lah mama yang tajamkan kalau dia yang buat jawabnya jadi pendek terus lah color tu

23 comments:

  1. bos ok ek bawa ank ke opis tu...tk pernh mkn nasi impit goreng

    ReplyDelete
  2. aiyan berapa tahun kak .? eiiii , comey la aiyan nie . gebuuuu je pipi tu geram nak cubit-cubit . Bestnyaaa boleh bawak anak kat office .

    Nasi impit goreng tu saya tak pernah makan , share la resepi . mana tau rajin nak buat memandangkan ada 2 peket besar nasi impit yang belum di rebus .

    ReplyDelete
  3. bestnya boleh bawak anak..
    jimat duit hantar babysitter haha

    ReplyDelete
  4. mamaTisya- boss ok, sebelum bawak dah mintak izin dia...

    Suhana- 8tahun dia, hehehe pipi dia tu memang ramai yang geram... akak pernah share resepi nasi impit goreng tu... try tengok kt bahagin resepi tu

    k Shiela- pernah mintak izin kat boss dan dia bagi, tapi itulah kena bagi tugasan kat dia lah supaya dia tak buat bising

    ReplyDelete
  5. alololo 7 orang je dalam kelas.kesian die kne ikot mama sebulan kat ofis tu

    ReplyDelete
  6. apa lagi aiyan dah cuti kan makan main tidur la kita kan.. hehe selamat bercuti aiyan sayang :)

    ReplyDelete
  7. nyenyak tdo kat opis mama tuuuuh.,
    lamanye tdo., hehehe

    ReplyDelete
  8. bagus aiyan, cuti sekolah pun buku tak tinggal.

    ReplyDelete
  9. tu laa... bila cuti mmg masalah... cuma nasib baik nursery kat umah yang hantar anak-anak ni jenis tak berkira... kira bayar sama dengan yuran bulan-bulan biasa walaupun sehari duk kat nursery tu...

    tak laa terlari budget sangat.. cuma ni sunyi sket sebab anak-anak ikut mak sedara dia balik kampung... cuma ada laa yang sulong kata dah bosan duk kampung.. hahaha.. jenis berkawan ramai.. tertiba balik kampung ada sepupu dia dua orang.. bosan laa sket..

    ReplyDelete
  10. Hari2 seorang ibu bila anak cuti. Bawa jalan2 dan bawa ke pejabat hehe

    ReplyDelete
  11. dalam banyak2 gambar tu kan, saya geram tengok aiyan tido.. hahahaha~ adei.. anak2 saya tak reti tido tengahari.. asyik melasak je time cuti sekolah ni..

    ReplyDelete
  12. Cuti sekolah kerja Aiyan teman mama kerja. okaylah mama ada teman setiap hari. Bagus Aiyan mahu juga dia tidur siang.

    ReplyDelete
  13. AD- heheh aah kelas kt ppki memang muridnya tak ramai

    k Kamsiah- heheheh betul kak, dia menikmati

    k Ana- tulah kak, kene lah bagi kerja kalau tak mainnnn hp je kejenya

    wak Lat- memang rutin dia tu wak, tidur lepas balik sekolah

    en JMR- hehehe kene bagi kerja supaya tak bosan

    Ataicha- kalau biasa antar nursery kira ok lah, tkde risau mana nak hantar... macam si aiyan ni kalau nk hantar kt kampung, kene ada yang jaga betul2

    Aiman- heheheh tulah dia, redho jelah

    AtieHilmi- hehehe itu mmg rutin harian dia setiap hari lepas balik sekolah

    Azhafizah- itulah dia, teman sambil buat kacau pun iya

    ReplyDelete
  14. Tak puas tengok dak Aiyan tu.. alahai bilalah dapat jumpa lagi agaknya.

    ReplyDelete
  15. pensel warna kat rumah ni memang semuanya pendek umur...maklumlah..banyak tangan. semua orang nak asah

    ReplyDelete
  16. kebetulan emak abah aida ada rumah, izzat ada la penjaga kat umah, dana.
    if not, ntah ntah dia pun ada ni hah kat tepi bilik aida.
    selesa aiyan tido tu. alhamdulillah...

    ReplyDelete
  17. Sedapnya nasi impit goreng Dana Tu.. seronok tgk aiyan tido Lena sgt nampaknya

    ReplyDelete
  18. Nampak makanan je.. hahaha..
    Mujurlah Aiyan baik je tak mengganggu mak buat kerja ye..

    ReplyDelete
  19. nasi impit goreng tu da nampak macam chinese carrot cake pulak ek...ahhh sedapnyaaaaa

    ReplyDelete
  20. k Aizamia- insyallah kalau ada rezeki blh jumpa nya

    AzianKhalil- hehehe sebab tu tak kasi aiyan asah sendiri kalu tak kejap je pendek semua

    k Aida- aiyan ni kami tak berani hantar balik kampung, takut tak terjaga, sebab dia ni nak kene perhati betul tak boleh nk tinggal-tinggal

    k mamaPP- dia klau tido kat opis ni memang gitu kak, lena je

    k Sha- sebab dah biasa kak, itu pasal dia dengar kata

    SUnah- heheh tulah kan udah bentuknya pun lebih kurang

    ReplyDelete
  21. macaroni, nasi himpit goreng, fuh tengok je dah tau sedap πŸ˜‹πŸ˜‹
    bestnya dak aiyan dpt tidur kat opis tu, if opis aku camtu, silap2 aku ygn bergulung 😝😝😝

    ReplyDelete
  22. ayo daftarkan diri anda di a*g*e*n*3*6*5 :D
    WA : +85587781483

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...