Tuesday, March 18, 2025

PROJEK KUIH DI BULAN PUASA

 Assalamualikum semua,

Hari ini lambat buat entri, tadi siapkan buat inti popia carbonara untuk jualan frozen. Bolehla buat tambah duit raya kan heheeh. Tahun ini tak dapat nak buat kuih, sebab memasing sibuk kerja luar. Sepanjang bulan puasa ni nak tengok ada 20 orang di pejabat pun susah. Minggu pertama puasa sempatla buat kuih. Kami buat agar- agar santan je. 

Bila dia tak sibuk dapatla bantu kami masak

Aku tak pernah lak jumpa agar-agar ada warna gini

Hasilnya jadi warna lain-lain

Pukul 3 petang kami potong

Santan gula merah

Santan pandan


Pelbagai warna, cantik kan



Kita edarkan untuk kawan-kawan




Tukang edar kuih

Monday, March 17, 2025

MEIJI PLAIN CRACKERS ORIGINAL

 Assalamualaikum semua,

Selepas seminggu cuti sakit otak macam tepu pagi ini untuk buat entri. Aku nak kongsi biskut yang sedap ini, kononnnya untuk diet la. Tapi sedap juga rasanya, cumanya harga dia agak sedikit mahal lah. Beli masa aku masuk hospital lah tu, buat kudap masa lapar memalam tu kan. Dia ada 3 perisa, biasa, bijan dan oat. Aku suka yang biasa, yang bijan ok jugak tapi dia ada bau `savoury` minyak bijan. Oat aku tak pernah beli cuba lagi.

Pek yang kecil isi nya ada 4 pek kecil harga dalam RM 6 ke RM7

Dalam 1 pek kecil ini ada 7 keping 

nipis dan kecil je


Aiyan makan dengan jem, sedap katanya

Friday, March 14, 2025

RESEPI MURTABAK AYAM

 Assalamualaikum semua,

Aku dah lama nak kongsi resepi ini tapi asyik lupa je. Tetiba datang idea untuk dijadikan frozen dan jual di kedai. Intinya boleh juga dibuat inti popia atau samosa. Mudah dan ini sesuai untuk bulan puasa kan. Jom tengok resepinya.

Bahan-bahan:

5 ulas bawang putih, cincang

1 biji bawang holland, potong dadu

2 pek kecil serbuk kari , bancuh dengan air panas

3 biji kentang, potong dadu

1 kiub ayam

4 keping ayam kisar Ramly

Gula dan garam

1 mangkuk daun bawang ( boleh tukar daun lain)

Kulit popia

4 biji telur

Cara masak:

- Tumiskan bawang putih dan bawang holland hingga kekuningan.

- Masukkan bancuhan kari, biarkan untuk 5 minit biar serbuk kari masak.

- Masukkan kentang dan kuib ayam. Tutupkan periuk dengan penutup masak dengan api kecil hingga kentang empuk.

- Masukkan ayam kisar, kacau hingga hancur semuanya. Tambahkan gula dan garam.

- Akhir sekali masukkan daun bawang, masak hingga inti kering dan matikan api. Sejukkan

- Ambil beberapa senduk inti, campurkan dengan telur. Letak di tengah kulit popia, dan goreng dalam kuali pan dengan sedikit minyak. Bila dan kekuningan boleh angkat dan siap.









Biarkam hancur isi ayam kisar tu

Kalau letak daun sup lagi sedap bau








Pastinya inti banyak

Untuk dibekukan

Thursday, March 13, 2025

PHOTO DIARY #07/2025

 Assalamualaikum semua,

Aku masih cuti sakit lagi selama 2 hari kat rumah. Malam semalam keluar ward, kene tunda lagi pembedahan tu sampai bulan 5. Aduhai memang dugaan betul lah kan. Kat rumah bila cuti ni aku pulun untuk buat kuih frozen untuk hantar di kedai nanti. Bolehla buat duit tambah untuk bayar dialisis nanti


Menu buka di hospital

Maktek melawat hari selasa, dibelikan buku kanak-kanak sebab tak jumpa majalah


Balik sekolah Edy ajak maktek jenguk aku 

Aiyan yang ambilkan gambar ni


Nampak sedap tapi tawar...tak rasa garam langsung

Edy selalu kongsi menu berbuka

Maktek belikan stoberi korea dekat rm30 sebekas tapi memang manis dan sedap

Edy tunjuk gambar pokok jambu bertih yang dia tanamkan


Semalam mereka datang jenguk lagi... mentang boleh merempit

Masa ni aku nak pergi dialisis

Maktek bagi juadaha berbuka, hampir setiap hari dia bagi menu berbuka masa aku di hopsital

Panaskan untuk