Friday, January 24, 2025

RESEPI SOS BOLOGNESE MEATBALL

 Assalamualaikum semua,

Dari minggu lepas aku nak kongsikan resepi ini tapi minggu lepas sibuk sampai tak sempat buat entri. Kali ini percubaan aku buat sos bolognise sendiri, yelah selalu guna yang dalam tin je kan mudah. Tapi ini kebetulan masa tu ada banyak buah tomato kat rumah, jadi kita pun cuba lah masak sos bolognise homemade. Nasibla jadi sedap macam yang dalam tin tu. Jom kita tengok resepinya ya.

Bahan-bahan:

10 biji tomato ( potong sikit di hujung pastu rebus)

1 batang lobak merah -rebus

5-6 ulas bawang putih, cincang

1 biji bawang holland, potong dadu

2 sudu besar planta atau butter

1 kiub ayam

 Mix herbs

1 sudu kecil serbuk lada hitam kasar

1 tin sedang tomato puree

Air 2-3 cawan ikut pada pekat mana yang kita mahu

Bebola daging

Sosej

Gula & Garam

1 Biji cili api

Cara Masak:

- Tumiskan dengan planta dan sedikit minyak bawang merah, bawang putih hingga layu dan bertukar warna kekuningan.

- Boleh masukkan mix herbs dan serbuk lada hitam.

- Tomato rebus tadi, kita buang kulit luar dia, tambah lobak dan kisar dengan air tambahkan 2 -3 ulas bawang putih dan 1 biji cili api bangla.

- Masukkan tomato yang telah kita kisar dan tomato puree, tambahkan 2 cawan air.

- Biarkan kuah masak untuk 10-15 minit masukkan sosej dan bebola daging masak untuk 10 minit lagi biar bebola betul-betul masak.

- Masukkan kiub ayam atau kiub daging. Akhir sekali perasakan dengan gula dan garam.

- Masak biar pekat sikit boleh matikan api. Siap





masa ni warna nampak oren je kan

lepas masukkan tomato puree baru nampak merah gitu






Thursday, January 23, 2025

PHOTO DIARY #03/2025

 Assalamualaikum semua,

Hari ini dari pagi kesibukan setelkan kerja, kawan-kawan pejabat lak takde depa pi lawatan kat luar. Aku malas nak ikut, jadi duduk diam-diam kat pejabat setelkan kerja mana yang ada. Minggu depan geng perempuan cuti seminggu, aku sorang yang kerja hahahha kalau cuti pun mungkin jumaat je nanti 31hb. Oklah jom layan cerita bergambar.

nampak tu macam tahi lalat kan... nampak manis kan

ini bekas jerawat bila kita jari gatal, kius-kuis berdarahla ia

sekaya labu, sedap tapi manis betul

kengkawan sibuk lambai nak naik bas pi lawatan

kawan yang suka makan mee siput gaya macam makan nasi

campur sambal dua jenis pastu makan dengan sudu

jualan mee siput

ranggup semestinya

Sambut hari jadi budak yang paling bongsu, semalam


walaupun 4 pokok tapi rimbun kan

geram dengan pucuk ubi ni, siap dah berbunga dah

gigih bebudak pejabat tolong boss scan jari untuk buat visa haji

memacam gaya

aku cuma menyibuk je selit muka je

30minit jugak baru berjaya haaha

Wednesday, January 22, 2025

SHABUYAKI BY NIPPON SUSHI

 Assalamualaikum semua,

Ini cerita minggu lepas, walaupun awal tahun tapi dah payah kami nak keluar berlima. Bila ada peluang sebelum yang lagi 2 orang tu sibuk kita pergi makan sama-sama. Kali ini kami ke Shabuyaki. Aku ikut je mana-mana pun orite je aku ni. Kami pergi hari rabu jadi masa agak terbatas sikit, sebab hari jumaat tu 2 orang takde. Menarik jugak makanan kat situ, sedap dan memang boleh pergi lagi. 

wajibla ada gambar bila dalam kereta



sebab aku suka sushi, tapi ini kongsi dengan sorang lagi kawan


ada celup-celup dan grill


aku macam biasa jadi tukang ambil gambar je, mereka yang masak






mochi pun sedap

isi durian


dah jom balik

Monday, January 20, 2025

HAPPY BIRTHDAY PAPA BEAR

 Assalamualaikum semua,

18 Januari 2025 genapla usianya 44 tahun. Moga diberika kesihatan yang baik, dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki dan bahagia sentiasa bersama kami keluarga tercinta. Mujur la tahun ini tak lupa macam kejadian 2 tahun lepas heheheh. Bini nya malas masak jadi jom la ke Secret Recipe je. Mudah makanan sedap ada kek sekali. 

orang yang gembira dapat makan kat luar mestilah yang baju putih tu


birthday boy nak mee kari

fish and chips ni untuk aku kongsi dengan Aiyan juga


nak suruh senyum pun payah tau

dia makan spageti carbonara tapi dia pesan tinggal ikan mama untuk dia

lepas dah kenyang kita jalan-jalan ke bandar KL