Assalamualaikum semua,
Hari ini orang Negeri Selangor cuti, tapi .... tengahari tadi masa nak ambil Aiyan jem teruk dekat keramat. Penat bila hadap jem selalu sangat ni.
![]() |
| nak lepaskan trafik light ni pun sampai 3 kali tukar merah baru lepas |
![]() |
Assalamualaikum semua,
Semalam pagi dari pukul 7 sampai la ke malam hujan renyai tak berhenti. Nasibla hari ini dah berhenti hujannya. Aku tak ingat bila aku beli payung lipat untuk Aiyan ni dan bila masa Edy letakan dalam beg Aiyan. Semalam petang masa ambil Aiyan, aku tunggu dekat pagar sekolah. Tup-tup nampak dia berjalan dengan kawan baiknya siap berpayung. Kami gelak sebab payung tu kecil kongsi berdua, dengan payung tu yang terkelepet lagi heheheh.
![]() |
| dia suka dapat bawak payung ni walaupun rupa gini dah payungnya |
Assalamualaikum semua,
Aku terjumpa resepi ini di FB, sebab cara buatnya mudah itu yang tergerak nak cuba masak. Aku suka jenis kek yang ringkas gini, bakat memang tak berapa apa sebab tu suka cuba yang mudah-mudah je. Jom tengok resepinya.
Bahan-bahan:
3 biji telur
Parutan kulit oren 1 sudu besar
2/3 cawan gula
1/4 cawan minyak
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1/4 cawan jus oren
sedikit garam
Cara masak:
- Dalam 1 mangkuk besar masukkan telur dan gula, gunakan mixer pukul hingga kembang.
- Bila dah kembang boleh masukkan kulit oren, masukkan minyak masak dan mix lagi.
- Masukkan tepung gandum dan serbuk penaik, kaub balik dengan spatula.
- Masukkan jus oren, kaub balik semua masukkan dalam loyang yang telah di gris dengan minyak.
- Panaskan oven dan masak di oven dengan suhu 180`c untuk 30 ke 40 minit.
Assalamualaikum semua,
Kuala lumpur dan Selangor sekarang ni musim sejuk, setiap hari hujan. Aku suka tak payah siram pokok bunga tapi rumput pun bukan main subur tumbuh. Tak payah baja dia dah cukup makan gitu. Jom kita layan cerita bergambar.
![]() |
| ada kawan pejabat balik dari bercutian dapatla keychain comel ni |
![]() |
| semalam kawan pejabat masak nasi goreng, jadi ini lah menu tengahari |
![]() |
| air lemon madu |
![]() |
| air kopi ais yang selalu bocor cawannya hahahha |
![]() |
| buat sandwish telur untuk sarapan semalam |
![]() |
| petang kalau tak hujan jenguk pokok orkid, sambil bebel bila la kamu nak berbunga |
![]() |
| nak tunggu dia keluarkan bunga lama betul tau |
![]() |
| tak macam bunga ros ni, mudah berbunga |
![]() |
| pantang bagi baja, gemok subuk betul pokok ulam raja ni |
![]() |
| tak ingat bila terakhir masa dia berbunga |
![]() |
| rasmikan kasut baru sebab kasut sebelum ni basah kene hujan |
![]() |
| sekarang kan musim hujan sejuk je, sedap dia tidur atas tilam... |
Assalamualaikum semua,
Aku ni kan memang pelanggan tetap EcoShop, selain borong jajan, pelbagai bahan masakan lain. Aku suka pelbagai beg eco yang ada berjenis bentuk, saiz, warna tapi harga tetap sama. Kadang tengok ini cantik, tengok itu cantik. Kerjanya beli beg je.
![]() |
| comelkan kucing |
![]() |
| beli sebab comel |
| memacam bentuk dan saiz, yang let`s go green itu aku beli 1 |
![]() |
| beli yang pink ni sebab comel |
![]() |
| saiz yang besar pun ada pelbagai rupa, geram tau |
Assalamualaikum semua,
Minggu lepas dari rabu sampai jumaat ada buat gotong royong kemas pejabat. Jadinya boss aku suruh kami masak sedap hari jumaat lepas gotong royong. Dia mintak masak gulai daging jadi kami tambah menu lain yang sesuai. Masak bersama-sama aku je tak masak, jadi tukang suruh je hehehhe. Kami masak nasi putih, daging gulai, ayam goreng kunyit, sayur kobis dan sambal belacan. Dapur tu budak-budak bawak mereka ada dapur portable guna bila mereka kerja luar.
![]() |
| Goreng ayam dekat luar |
![]() |
| suruh budak lelaki yang jaga, tapi itulah ayam nya mereka goreng garing sungguh |
![]() |
| aku tolong potong-potong je |
![]() |
| ini orang yang masak gulai, dia biasa masak kalau kerja luar |
![]() |
| Ini geng setup meja mengoreng |
![]() |
| Ini kat pantry bawah ada yang sediakan buah potong untuk rojak buah |
![]() |
| goreng sayur kobis |
![]() |
![]() |
| rojak buah ni sedap betul tau |
![]() |
| ikan bengkak... berebut |
![]() |
| daging gulai kawah |
![]() |
| budak lelaki yang pi solat jumaat kami baru makan, yang lagi 2 orang belah kiri tu kawan dari tingkat lain. |