Thursday, October 12, 2023

PHOTO DIARY #35/2023

 Assalamualaikum semua,

Minggu lepas tak sempat buat entri, hari ini lepas hilang penat mendaki tangga buat la entri. Boss takde ni jadi agak lapang la kerja, gini lah kerja setiausaha ni. Kalau ikutkan nak cuti tapi Aiyan lak sekolah jadi kerja jelah ye. Jom la kita layan cerita bergambar kawan-kawan ye.

masa balik kampung hari tu, sampai rumah je terus dia cari nasi ambeng... maktek mengandung dah 4 bulan lebih

mak ngah punya rak bunga, aku jeles wei

pokok beri hitam atau black berry katanya

pokok rasberry kalau tak silap

pokok anggur

isnin lepas masak nasi lemak sambal petai kat pejabat

sian kawan pejabat aku terperangkap dalam lif isnin, sampai hari ini masih tak dibaiki lagi

isnin dia tolong acik Wan punggah barang ke kedai, dapat upah jajan

ini upahnya


petang tidur kepenatan

teh tarikh ais... teringin pulak

petang selasa tu hujan lebat sungguh, sampai rumah dah reda dia pun lena kat belakang tu

kuku tu tercepit pintu kereta, nak tunjuk jari tu tersagat masa dok menyagat ubi kayu

dari isnin kene mendaki tangga 

baju batik hari ini, dari isnin malas nk pakai makeup, gasakla sana



mak nak sekodeng orang gali parit


pakcik dapat jumpa udang ni masa tengok orang gali parit, itu emak usha jugak

Wednesday, October 11, 2023

WW PETIK PETAI BELAKANG RUMAH

 Assalamualaikum semua,

Aktiviti wajib balik kampung pusing tengok hasil tepi rumah. Mak sangat tak sabar nk suh petik buah petai yang dia tanam pokoknya. Aku pun seronok dan teruja sebab rendah buahnya. Pokok petai yang masih belajar berbuah.



buahnya tak berapa rapat tapi dah tua, ini rendah boleh capai dengan tangan

abah petikkan 1 tangkai


ini hasil petai pokok depan rumah, buahnya rapat-rapat

Tuesday, October 10, 2023

BUAH CERI SURINAM ATAU CERMAI MERAH

 Assalamualaikum semua,

Rasanya pernah aku cerita pasal cer ini, tapi nak cerita lagi. Balik kampung baru ini dapat petik buah ceri surinam ni. Banyak juga buah yang dah masak. Aku suka rasanya masam manis dan ada bau mau jambu bertih. Aku rasa beli lebih 5 tahun dah, agak ambil masa nak berbuah tapi bila berbuah sentiasa ada walau tak banyak. 

Nama ceri surinam atau ada yang panggil cermai merah atau cermai belanda. 

mak kata pokoknya dulu abah pernah ter racun, emak ingat dah mati tapi hidup semula

daunnya tu bau macam jambu bertih tau



gini lah rupanya, cantik kan


rupa bijinya

yang masih hijau lagi

abah ada petik sikit dia simpan dalam peti

Monday, October 9, 2023

SELAMAT PENGANTIN BARU AIMAN DAN ISTERI

 Assalamualaikum semua,

Hari jumaat petang lepas Edy balik kerja kami balik ke kampung. Petang tu kan hujan jadi jalan memang la jem dari Kuala Lumpur menghala ke Seremban tu baru ok. Kami balik berenam, keluarga maktek pun tumpang kereta kami. Mudah sekali jalan je. Maaf la ye minggu lepas culas buat entri hehehhe. Berhenti rehat di R& R Ayer Keroh masa tu dah lapar makan sampai rumah kat kampung pukul 12.00 tengah malam. Mak takde tau sebab dia tidur rumah makcik yang nak buat kenduri tu. Adik-adik pun semua dah tidur sebab mereka penat rewang petang tu. Abah jelah yang tak tidur tunggu kami sampai sebab nak bukak kan pintu.

Esok pagi nya pukul 10.00 adik 3 orang tu dah pergi rewang, kami lepas zuhur baru gerak sebab abah ada kenduri lain kat kampung. Kat Johor abah kata dah setengah bulan tak hujan, dia punya bahang panas tu memang tak tahan. Membahang sangat berdebu sebab dah lama tak hujan. Tapi seronok dapat jumpa saudar mara sepupu sepapat semua. 

masa ni selfie jap sambil tunggu abah balik dari masjid

ringkas tapi sedap, pejeri nanas wajib ambil lebih

paksu sibuk rewang tapi sempat menghabiskan makanan atas meja kami


Kipas siling ni rendah seram je kene kepala paksu hahahh

yang duduk kat depan ni semua sepupu sepapat kami


yang kat tengah tu lah mak pak pengantin

sebelum balik masa ni tetamu pun dah tak ramai baru dapat bergambar dengan pengantin


nak ambil gambar atok dengan Ecah je tapi ternampak emak ngn makcik yg sibuk membawang



Wednesday, October 4, 2023

WW BILA TERINGIN SUBWAY

 Assalamualaikum semua,

Dulu masa mengandungkan Aiyan memang kegemaran aku sandwish Subway ni. Lepas tu memang dah jarang makan, lama dah la tak makan bertahun tetiba teringin lak. 27/9 dah makan pastu 2/10 makan lagi. 

amik roti hearty italian, double toast


sayur kene lebih

Tuesday, October 3, 2023

BUDAK MURAH REZEKI

 Assalamualaikum semua,

Budak ini tau memang ramai yang sayang dia, selalu sangat acik-acik belanja dia kalau jumpa kat kedai. Dalam seminggu tu banyak kali ada yang belanja, murah rezeki dia dan orang yang memberi. 

Yang dalam plastik tu ada acik tu belanja, duit RM10 tu pun ada acik lain yang bagi

bahagia kan jadi budak ini

Monday, October 2, 2023

KUCING TIDUR 18 KE 20 JAM SEHARI

 Assalamualaikum semua,

Ini lah kerja dia, tidur tidur dan tidur. Best kan jadi kucing.


muka marah kene kacau masa dia tidur


sapa la yang tak geram tgk dia tidur kan