Monday, October 19, 2020

BUNGA ROS JADI PEWANGI

 Assalamualaikum semua,

Buat masa ini alhamdulillah semua bunga ros aku masih sihat subur menghasilkan bunga. Sebelum ini cuma la petang hari dapatla jenguk pokok bunga. Belek-belek kejap, pesan pemilik nursery bila bunga ros dah layu dan kering, potong batangnya. 

Jadi dalam awal bulan tu, sambil belek bunga aku pun potong batang dia dan simpanla bunganya. Boh dalam bekas tambah air letak atas penapis air coway. Mana jenis yang wangi best harum.... 


Ini bunga yang kali pertama aku petik... bunga ini bau nya wangi

Ini takde bau tapi petik jugak

rOs kuning, ini pun takde bau wangi yang kuat

Wangi sangat dapur masa tu

Boh kat sini je selamat, letak atas meja habis lah tumpah dikerjakn anak kucing

ini pun antara bunga yang wangi... 

Minggu lepas pulak, dapat la 3 kuntum

Ini hasil hari sabtu baru ini, banyak bunga dapat

pInk gelap kanan sekali tu wangi sangat yang lain takde bau sangat

tErapi mata.... cantik 


Friday, October 16, 2020

RESEPI NASI BERIANI KARI DAGING ADABI

 Assalamualaikum semua,

Hari ini aku bersiaran dari pejabat, BDR 2 hari dah hari ini aku kerja di pejabat. Perjalanan ke pejabat pun lancar, jalan lenggang je pagi tadi. Aku keluar rumah jam 7.00 pagi, dalam 7.15 sampai pejabat dah. Tiada polis buat roadblock ke apa memang lancar walaupun aku dari selangor ke kuala lumpur.

Resepi ini dah viral dari masa musim PKP hari tu. Aku je yang terlambat nak mencuba hehehhe. Tapi biar lambat janji buat kan. Cumanya resepi asal menggunakan kari kambing adabi tapi memang cari sana sini takde jadi kita ganti dengan kari daging adabi.

Bahan-bahan:

1 tin kari daging adabi 

3 cawan beras basmathi 

4 cawan air

1 biji tomato potong dadu

1 biji bawang besar mayang halus

rempah 4 sekawan

3 sudu besar @ 1 senduk planta/ mentega

1/2 cawan susu cair

1/2 kiub ayam @ daging

2 helai daun pandan

1 batang akar ketumbar ( kalau takde takpe)

sedikit garam


Cara masak:

- Masukkan planta dan 4 sekawan tumiskan hingga naik bau lepas tu masukkan bawang merah, tomato dan daun pandan.

- Tumiskan hingga layu dan masukkan air, kari daging, kiub ayam dan susu cair gaulkan hingga rata 

- Masukkan beras dan sedikit garam gaulkan hingga sebati dan masakkan hingga masak, atau HP selama 7 minit

- Buka penutup, masukkan kismis dan kacang gajus serta daun ketumbar, gemburkan nasi

- Sedia di makan begitu sahaja atau dengan acar dan kuah kari

* Aku sarankan gunakan 2 tin kari supaya lebih banyak daging dan perasa dalam nasi beriani tu ya

ini bahan utamanya ya 

tumiskan hingga layu tau

tomato tu kene potong kecil lagi lain kali heheheh


masa ini bau dia semerbak harum

masukkan air, kari daging dan susu cair

masukkan beras dan gaulkan supaya rata dan sebati

lepas ni tutup dan masak seperti biasa, aku HP 7 minit

lega hasilnya cantik


boh gajus, kismis dan daun ketumbar

aku ada buat acar nenas sikit, makan gini je pun dah wallah

memang sedap nasi nya... kawan-kawan wajib cuba tau

Thursday, October 15, 2020

PHOTO DIARY #31/2020

 Assalamualaikum semua,

Hari ini masih bersiaran dari rumah, esok baru bersiaran di pejabat. Kelmarin hari selasa petang jalan jem sana sini ramai yang amik kesempatan balik ke kampung. Kenapalah tak duduk diam-diam di rumah, jangan sampak PKPB bersambung ada yang sibuk nak balik bandar tapi tak boleh.

Hari khamis seperti biasa, jom kita layan cerita bergambar.

Dia dan topi keledar baru nya... 

ahad lepas masa makan di kedai, sedap dia tidur... lena betul heheheh

Benda wajib untuk di usha, makanan anak-anak bulu's

Nakal budak 2 ekor ni suka panjat grill ni sampai ke atas... kadang boleh turun kadang tak, paling risau kalau turun bahagian luar

Pantang nampak berbunga petik letak kat dapur... wangi

Sudahnya sampai ke atas atoknya boh jaring, sebab cik tam dah banyak kali buat cubaan lari... sampai kat parking motor

Punyalah nak ruang tamu nampak luas, baju semua boh dalam bakul sebelum lipat tapi bahaya takut aku yang jadi malas nk lipat huhuhu

Layan makan nenas macam ni, boleh habis sebiji

Masih mengeluarkan hasil lagi... 

Ini lah kerja diaorang, suka panjat atoknya lagi-lagi bila balik kerja

Buat sepah kat depan pintu lak, tak puas hati tak dapat main kat luar

penat berlari sana sini, buat sepah tidurla...aman kejap


Wednesday, October 14, 2020

TERIMA KASIH MAMA YAN

 Assalamualaikum semua,

Hari ini pejabat kami dah mula BDR(bekerja dari rumah) , aku BDR hari ini dan esok lusa baru ke pejabat. Syukur boss aku sangat jaga kebajikan kakitangan terutama di musim covid ini. 

Seronok betul rasanya bila dapat hadiah dari kawan blogger. Walaupun berkawan di alam maya tapi rasa macam dekat je. Baru - baru ini aku ada dapat hadiah dari blogger Azian Khalil, mama yan tu. 

Dapat pouch beg comel, dapat pen dan barang makeup

Terima kasih sangat mama yan

Mentangla dia tahu aku suka pakai makeup... tak sabar nak pakai



Tuesday, October 13, 2020

KAWAN POSITIF COVID19


 Assalamualaikum semua,

Semalam 1 bahagian aku kecoh dari pagi bawak ke petang. Bila mana seorang kakitangan di bahagian kami positif covid19. Pagi semalam dia disahkan positif, masalahnya minggu lepas dia kerja walaupun dah rasa tak sihat. 

Kami walaupun tiada kontak terus dengan dia tetap kene tempias. Sebab dia ada naik ke bahagian pentadbiran kami untuk ambil fail cuti. Pejabat dia dibangunan lain. Semalam kami tak dibenarkan keluar ke mana-mana hingga pegawai KKM datang. Pukul 3.30 petang mereka sampai lepas soal siasat dan perbincangan, semua kakitangan yang 1 bangunan dengan dia diwajibkan lakukan swab test dan kuarantin selama 14hari.

Kami yang tiada kontak terus dengan dia, perlu buat sanitasi di pejabat. Kami dikira sebagai kumpulan C manakala kawan kontak rapat kumpulan B. Moga semua kawan kumpulan B tu negatif. Kawan yang kontak rapat dengan dia, yang 1 bilik dan kawan yang selalu minum bersama dengan dia sanggup tak balik ke rumah risaukan ahli keluarga. Mereka tidur di pejabat sebab pagi ini akan buat swab test di klinik kesihatan.

Esok bermula PKPB di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya hingga 27 oktober. Aku dah mula pening memikirkan nanti macamne nk urus Aiyan. Sekolah dan taska tutup. 

maksud kontak rapat yang perlu kita fahami 
kredit, mingguan wanita



makan biskut cicah kopi O untuk alas perut semalam, bila tak dibolehkan keluar dari pejabat
masa ini orang KKM yang pakai vest tu tengah bagi taklimat... 

beli lah dettol ni untuk sanitasi bilik sendiri... 

Monday, October 12, 2020

MOLEK CAFE, JALAN IPOH

 Assalamualaikum semua,

Selasa lepas aku dan Edy kan cuti rehat ada temujanji mata Aiyan. Habis temujanji Aiyan pukul 11.30 pagi, kami dah sampai HKL dari pukul 6.50 pagi sebab masa temujanji dia 7.30 pagi. Edy ajak pergi lunch kat sini, katanya ini cafe ayah kepada kawan dia. Selalu meriah petang hingga malam tapi waktu tengah hari pun buka. Jadi kami cubalah ke sini.

Cafe ini berkonsepkan santai dan elemen pantai timur atau banyak juadah terengganu. Kami ambil set makan tengah hari nasi dengan lauk masak lemak salai dan ambil sotong dan udang celup tepung. Makanan nya sedap juga bagi aku, aku suka sotong dan udang celup tepungnya, fresh lagi dan ranggup.

Ini alamat  cafenya kalau kawan-kawan nak cuba:

Molek Cafe

27, Jalan Bachang, Jalan Ipoh

51200 Kuala Lumpur

isnin- ahad

10 pagi hingga 12 tengah malam


aku lupa nak ambil gambar cafe dari luar, tapi tertarik dengan pokok kacang panjang yang dia tanam gini

antara menu yang ada


aku ambil air lemon asam boi, milo ais Aiyan dan teh ais Edy

nasi lemak untuk Aiyan

set  untuk nasi memang diberi sambal, timun dan ikan kering
masak lemak itik salai untuk aku... 


ini itik salai aku, RM12 untuk set ini


Edy punya masak lemak daging salai

udang celup tepung, ada orang offer kita pun ok jelah


aku dengan Aiyan suka dia punya kerak-kerak tu... sedap makan dengan nasi hehehe

sotong celup tepung... sedap ranggup

udang memang fresh, puas hati

ada akok juga, besar-besar

ini yang pandan... sedap, lemak tak manis sangat

gebus dan lembut

ini akok yang original
lagi sedap yang original