Assalamualaikum semua,
Bertemu semula kita di hari jumaat, hari ini jomla kita doa banyak-banyak moga masalah covid di negara kita akan segera pulih. Risau dengan kes 3 angka setiap hari.
Hari ini aku nak kongsi resepi makanan jawa, aku pernah kongsi dulu tahun 2013 tapi ini versi lain sikit. Sebenarnya ada pelbagai versi masak ungkep ini terpulang pada kawan-kawan nak cuba yang mana. Jom kita tengok resepi dan cara masaknya.
Selamat mencuba tau
Bahan-bahan:
6 ekor burung puyuh, belah 4 ( kalau guna ayam untuk setengah ekor
1 sudu besar jintan manis, kisar
1 sudu besar jintan putih, kisar
2 sudu besar biji ketumbar, kisar
6 ulas bawang putih, kisar
4 biji bawang besar, kisar
2 inci kunyit hidup, kisar
2 inci halia, kisar
1-2 sudu besar serbuk kari ayam adabi (kari apa pun boleh)
3 keping asam keping
garam secukupnya
air secukupnya
1 sudu besar minyak
daun kunyit atau daun kari atau daun limau purut
Cara masak:
- Tumiskan semua bahan kisar dengan api sedang hingga naik minyak
- Bila dah agak kering dan naik minyak masukkan serbuk kari yang di campur dengan air dan kacau bagi rata
- Bila dah kering bumbu masukkan burung puyuh dan daun kari, limau purut atau kunyit gaulkan bumbu dengan puyuh hingga rata dan tutupkan penutup kuali, gunakan api sedang masakkan untuk 15-20 minit
- Masukkan asam keping, kacau puyuh biar serata dah tutup untuk 10 minit lagi
- Akhir sekali bila dah nampak masak, masukkan garam dan rasa. Kacau sekejap dan boleh matikan api
![]() |
| ini dia puyuhnya... |
![]() |
| bahan utama ya |
![]() |
| tumiskan bahan ini hingga naik minyak, aku memang selalu kisar bahan bumbu dengan minyak masak... sebab tu tumis guna sikit je minyak |
![]() |
| serbuk kari gaul dengan air biarkan sekata dan tak berketul |
![]() |
| gaulkan rata sebelum kita tutupkan kuali dengan penutup |
![]() |
| jangan lupa gaulkan lagi bagi sekata masak semua... |
![]() |
| siap sudah ungkep puyuh kita |
![]() |
| aku suka masak berkuah sikit... |






















































