Friday, November 6, 2026

RESEPI CUCUR CRAB STIK SAYURAN

 Assalamualaikum semua,

Setelah lama takde kongsi resepi, akhirnya ada kerajinan jugak hahaha. Hari ini rilex sebab Aiyan tak sekolah, pagi tadi dia cirit, jadi tak payah sekolah la. Dapat mama rehat, kalau nak ke toilet mudah je kat rumah kan. Tadi pukul 10 tanya katanya perut dan ok. Oklah tu alhamdulillah. Jom kita tengok resepinya ya.

Bahan-bahan:

1 pek crabstik, potong sedang

1 batang carrot, potong panjang

1 mangkuk kobis cincang

4 biji cili api, cincang

sedikit garam

1 genggam kucai

Sedikit serbuk perisa ayam

4 cawan tepung gandum

Air secukupnya

Cara masak:

- Campurkan tepung gandum, carrot, kobis, crabstik, cili api, serbuk ayam dan garam. Gaulkan dengan air sedikit demi sedikit. Guna air sejuk je.

- Akhir sekali baru masukkan kucai. Bila minyak dah panas goreng kan lah cucur ni hingga ranggup dan garing.








1 comment:

  1. Wah! meriahnya. Memang buat jual ke? Kalau saya buat jemput2 letak bawang dengan cili kering je. Kalau ada masa beli lah taugeh atau kucai.

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...