Friday, August 14, 2026

RESEPI NUGGET AYAM HOMEMADE

 Assalamualaikum semua,

Rasanya tadi tengahari aku dah buat entri ni tapi apa lupa nak save ke dia hilang pulak semua ayat nya. Penat menaip lahai. Kawan-kawan doakan ya moga pertukaran aku ke KKR dapat dibatalkan. Banyak nak dibuat kalau kene tukar ni. Ini resepi nugget ayam homemade yang aku buat minggu lepas. Sedap juga tau.

Bahan-bahan:
 5 keping dada ayam
3 ulas bawang putih
1 biji bawang holland kecil
1 pokok kucai
1 batang lobak merah
3-4 sudu besar tepung ubi
3 biji telur
garam
serbuk lada kasar
Tepung bestari
Air sejuk

Cara Masak:
- Kisarkan bawang, dada ayam, lobak, kucai, serbuk lada merah dan telur hingga hancur, jangan halus sangat.
- Masukkan dalam besen, tambahkan garam dan tepung ubi gaul hingga sebati
- Masukkan dalam bekas dan kukus
- Bila dah sejuk potong ikut suka saiznya
- Bancuh tepung bestari dan air, biar pekat
- Celup dekat tepung dan goreng hingga masak, biar kuning keemasan baru garing dan sedap.








 











29 comments:

  1. Ai dah few times buat nugget ayam ni, tapi tak jadi. Maybe sebab tak kukus kot. Dia jadi lebik and tak boleh goreng. Rasa pun pelik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kene kukus dulu baru kita boleh potong dan celup tepung atau salut dengan breadcrumb.

      Delete
  2. Aiiiiih sedap nih kak. Kalau buat sendiri lebih sehat. Tak ada bahan2 pengawet, dan pasti nya tidak termasuk processed foods. 👍👍👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul tu... cuma kene rajinkan diri sikit je

      Delete
  3. Lagi sedap ni buat sendiri. Fresh semuanya. Semoga tak jadi tukar lah nanti. Susah juga tu banyak benda nak difikirkan kalau berpindah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin-amin., itulah kalau tukar banyak yang perlu di fikirkan

      Delete
  4. Sedap dan sihat buat sendiri kan

    ReplyDelete
  5. AIr tangan sendiri komfom mantap la....

    ReplyDelete
  6. Ok dah save menu ni, nanti boleh buat - lepas dah buat kena up dalam blog sebagai bukti.. hahaha..

    ReplyDelete
  7. Keraskan nuget itu sebelum goreng dengan tepung bistari ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. akhir sekali nak goreng dana celup kat tepung bestari, malas nak guna breadcrumb

      Delete
  8. Replies
    1. sekarang nugget 1 pek dah dekat Rm20 kalau yang mahal

      Delete
  9. Jimat buat sendiri kan..dada ayam yang duk kumpul2 tu elok buat nugget...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kak, memang puas hati betul-betul isi ayam je

      Delete
  10. nampak sangat berkhasiat..isi ayam di masak sangat sempurna.Alhamdulillah kan..

    ReplyDelete
  11. Nak kata Terima Kasih selalu klik blog saya ya ..

    ReplyDelete
  12. Sedapnya resipi nugget ayam homemade ni, nampak sihat siap ada lobak & kucai! Crispy luar, lembut dalam.

    ReplyDelete
  13. Rajin sungguh adindaku nan satu ini. Halalan toiyyiban! Terjamin berdih dan menyihatkan.

    ReplyDelete
  14. Okayy save, nak buat nanti.. macam tahu inti tapi resepi lain, arghh tak sabar, nak buat kasi cucu rasa

    ReplyDelete
  15. kalau rajin boleh letak adunan dalam silikon bekas ais yg boleh dikukus tu. lawa sekatalah bentuknya nanti

    ReplyDelete
  16. Cantik nyer kejadian nya ... Nampak pun sedapppp.. tapi itulah nak buatnya mmg tak tahu bila lah hihiiii ;D

    ReplyDelete
  17. Terima kasih atas perkongsiannya. Semoga bermanfaat untuk mereka yang nak cuba resepi ini.

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...