Monday, August 24, 2026

PUTU BAMBU WORLD

 Assalamualaikum semua,

Sekarang banyak kios putu bambu world ada dekat Petron, banyak tempat dah aku jumpa. Putu bambu ni pulak kegemaran aku. Jumaat aritu singgah Petron bukan nak isi minyak tapi nak beli putu bambu heheheh. Beli putu bambu original dan durian ( durian ini macam cream dia boh atas tu je). Lepas tu ada pulak biskut bangkit juga. Aku suka putu bambo world ni warna hijau dan dia punya gula melaka dia banyak. Dapat pulak masih panas-panas uih memang syok.







19 comments:

  1. kegemaran anak no 2 .. asal nampak jer mmg kena cukai dengan dia hahaha.. btw sedap putu bambu ni.. selalu nampak di RNR

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekarang dekat petron pun dah banyak ada... heheh mudah nak jumpa

      Delete
  2. Waalaikumsalam! Putu bambu panas memang soul food betul, lagi-lagi gula melaka melimpah hijau camtu. Pernah cuba perisa lain tak selain durian tu? Worth trying ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perisa coklat, strawberi pun sedap.... cuma keju je tak pernah cuba

      Delete
  3. Woih! Ada lagi World ni eh? Tahan lama!

    ReplyDelete
  4. sedap putu bambu, saya pun suka.. lebih-lebih lagi yang masih mengekalkan ketradisonalannya..

    ReplyDelete
  5. Suka juga putu bambu World. Di sini nasib baik ada jual.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sejak dah ada jual di petron mudah nak jumpa dah

      Delete
  6. Dah lama tak makan putu bambu world.

    ReplyDelete
  7. Oo baru makan haritu masa ontheway ke Melaka.. makan dalam kereta, layan betul panas-panas

    ReplyDelete
  8. Memang sedap makan panas-panas. Ohh macam tu pulak kalau isi durian dia letak atas je ek.

    ReplyDelete
  9. Sedap makan panas2 putu bambu ni kan

    ReplyDelete
  10. Pernah rasa sekali duluuuu...tapi macam biasa sangat jek...tapi bila tengok entri Dana ni eh lain kali nak beli lah hahaha

    ReplyDelete
  11. Kalau balik Selangor, selalu beli putu bambu world ni.

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...