Thursday, March 6, 2025

PHOTO DIARY #06/2025

Assalamualaikum semua,

Selamat petang semua, curi masa kejap tadi pagi ada kerja. Jom kita layan cerita bergambar.

pokok ulam raja yang dah mula mengurus sebab dah keluar bunga

menu sahur pagi tadi, ada orang mintak dimasakkan ayam kicap

Menu berbuka semalam, spageti cabonara

rasanya 3 hari berturut siapkan tempahan popia carbonara

Setiap kali dialisis mesti disediakan selimut, sejuk gila dalam bilik itu tau

ringkas tapi menyelerakan tau

sedap bergedil jagung maktek bagi


Inti popia carbonara

Puasa kedua dia dapat donat dari cikgu kelas

meriah dengan lampu pelita baru


rajin bunga orkid ini berbunga sampai 4 tempat

beli pokok blueberi

tengah sibuk membaja rasa macam ada yang memerhati

sabtu lepas dia amik maklong kat hospital, ensem kan budak ni

Wednesday, March 5, 2025

TIDUR LAH WAHAI MATA

 Assalamualaikum semua,

Hari ini aku dialisis, mula buat pukul 8 pagi tadi, niatnya nak tidurla masa menunggu 4 jam selesai. Tapi mata ini degil takmo tidur. Dah tutup dengan tuala, berselubung dengan selimut pun takmo lelap. Jiran sebelah elok dah berdengkur. Dekat bilik dialisis ni sejuk, memang dia akan bagi selimut hospital tu.

 Harapnya tahanla sampai ke buka, puasa hari ini. Tadi akak jururawat pesan, kalau tak larat jangan puasa. Bila buat cuci darah ni mesin tu akan sedut air dalam badan kita beberapa kg. 


Sejuk betul dalam ni... ketor

Tuesday, March 4, 2025

SELAMAT BERPUASA KAWAN-KAWAN

 Assalamualaikum semua,

Bulan puasa tahun ini, cuaca tak menentu. Waktu tengahari petang panas terik tapi malam hujan lebat. Macam tahun-tahun lepas aku masak menu ringkas je, untuk berbuka dan sahur. Sebab yang nak makan 3 orang je, jadi masak seadanya je lah. Kalau ada banyak jenis memang tak termakan jawabnya.

Menu sahur hari pertama, masak tumis telur hancur dengan tauge dan tauhu

berbuka masak pengat keledek untuk bagi kat jiran-jiran

kuetiaw goreng

Aiyan request nak kebab juga

Sahur hari kedua, Edy suruh masak sardin je, jadi aku tambah telur mata untuk aku dan timun

Semalam Maktek bagi ayam bakar Cottage Bakery, jadi aku tambah nasi planta dan acar mentah. Roti telur 

Sahur setiap pagi memang aku sediakan air vico untuk Edy dan Aiyan, perangat menu berbuka dan tambah murtabak ayam

Monday, March 3, 2025

KAWAN-KAWAN PEMBERI SOKONGAN

 Assalamualaikum semua,

Untuk pengetahuan kawan-kawan minggu lepas aku dah mula kerja. Jalani jelah hidup ini kan, tapi 2kali seminggu aku kene cuci darah di HKL. Selalunya kawan pejabat suruh terus balik lepas buat dialisis, tak payah naik tangga ke tingkat 7. Tapi minggu depan aku akan masuk ke HKL lagi untuk pembedahan pasang tiub, harapnya kali ini berjaya lah. Terima kasih tak terhingga buat semua kawan pejabat, kawan-kawan di alam maya juga yang tak putus mengirimkan doa serta sokongan buat aku. Sesungguhnya semua itu sangat memberi makna pada aku, menyuntik semangat supaya aku terus kuat untuk teruskan hidup.


Kawan kedai yang pertama datang jenguk

ini memang kawan rapat di pejabat


balik sekolah Edy hantar sekali dua orang ni

ini pun kawan pejabat datang jenguk

Hari aku keluar , rabu mereka dua yang ambil

hari khamis esoknya kawan setiausaha tapi mereka dah pindah jabatan lain datang melawat

Jumaat pagi kawan pejabat jenguk

masa aku kat hospital mereka kerja luar, itu bila dah keluar mereka datang rumah

petang geng-geng kedai datang pulak... memang riuh rendah la masa tu

gambar minggu lepas bila kerja dah

Monday, February 24, 2025

BERMULA SEBUAH PERJALANAN BARU

 Assalamualaikum semua,

Terima kasih untuk semua ucapan, doa dan kata-kata semangat. Pembedahan yang sepatutnya 17 atau 20/2 ditunda ke 10/3. Pembedahan tidak dapat dibuat kerana kandungan darah aku yang bertoksik dan tak sesuai untuk dibedah. Aku perlu buat dialisis cuci darah selama 2 minggu selepas itu bila bacaan darah dah ok baru boleh dibuat pemdebahan. Tapi 5 hari jugak aku duduk dalam ward. 

Buat masa ini aku perlu buat dialisis menggunakan tiub kateter yang dipasang di leher. Buat dialisis darah selama 4 jam satu pengalaman baru buat aku. Rasa takut, sedih entahla semua ada. Aku tunjukkan sedikit gambar duduk dalam ward.

Masuk ward 15/2 terus dapat gelang mahal


Hari kedua dapat banyak ubatan


Petang ahad Edy datang bawak Aiyan

Orang kuat aku...

Sangat berselera makan menu hospital

Hari isnin petang masa edy datang jenguk, dia habiskan makanan

Hari selasa malam rabu, pertama kali cuci darah

Sejuk sangat dalam sini

Cuci darah kali kedua, sabtu lepas

Friday, February 14, 2025

DUGAANKU

 Assalamualaikum semua,

Sebenarnya aku takde kekuatan untuk menulis, bercerita tapi mana tahu ada doa dari kawan-kawan yang akan diangkat untuk Allah makbulkan. Doakan buat aku ya, semoga aku diberi kesembuhan, kekuatan dan kesabaran dalam menempuh dugaan hidup aku. Perit dan susah untuk aku bercerita panjang, tapi aku ringkaskan. Insyallah esok 15/2 aku akan masuk hospital untuk menjalani pembedahan pada 17/2 atau 20/2. Kawan-kawan, tolong doakan semoga semuanya berjaya dan berjalan lancar ya. Doakan aku ya, maafkan juga kalau ada kesilapan sepanjang kita berkawan. Mana lah tahu kalau pembedahan tu tak berjalan lancar, mungkin ini coretan terakhir ku. Mengenangkan seminggu duduk dalam ward aku dah mula rasa gundah gulana, dah seminggu juga aku tak selera makan. Makan cuma untuk alas perut. Emosi aku pun tak menentu, banyak kali aku rasa nak bunuh diri tapi mujurla ramai kawan-kawan yang beri sokongan. Akhir kata doakan yang terbaik buat aku ya. 

hari masa tahu kene masuk ward, puas nangis depan doktor

rutin menunggu untuk rawatan

Thursday, February 13, 2025

PHOTO DIARY #05/2025

 Assalamualaikum semua,

Maafkan diriku, sekarang mood nak buat entri agak ke laut. Otak pun kadang dah tepu tak tau nak menulis apa lagi agaknya. Setelah mencari dan mengutip semula kerajinan tu, jom kita layan cerita bergambar.

gambar pagi tadi... 

Kawan aku kene kerja luar, jadi kami teman la dia nak naik kereta tu hehehhe

nampak bulan tu cantik, tapi bila nak ambil gambar banyak sangat cahaya bulat-bulat

Dah lama tak buat apam gula hangus

nasi kerabu di hari cuti Thaipusam

geram dengan budak bulat depan tu

adik tunjuk gambar jenjalan dengan abah dan emak

murtabak daging, sedap jugak tapi itulah dapat la rasa sikit, Aiyan habiskan semua

si Aiyan yang beli, pahit gila tak tertelan aku

Tengok dia dah lagi tinggi dari aku

Semua mug dapat hadiah darlie hehehhe

kerepek pisang emak bagi, poskan itu yang banyak yang hancur