Assalamualaikum semua,
Dah beberapa minggu aku punya perkongsian resepi asyik kelaut je. Maafkan lah diriku ya, jadi cuti lepas aku rajinkan diri cuba masak resepi yang tengah viral di Tiktok 'Crab Rangoon'. Tengok cara buatnya senang bahan pun mudah itu yang cuba tu dan memang hasilnya sedap sangat, wajib dicuba.
Bahan-bahan:
cream cheese 250g (ikut pada bahan boleh tambah lagi)
1 paket besar crabstik ( potong nipis)
1/2 biji bawang holland, dadu
1 sudu kecil atau lebih serbuk lada hitam
2 sudu mayonis
1 pokok daun bawang, hiris halus
sedikit garam
2 paket kulit wantan
Cara masak:
- Campurkan semua bahan dalam 1 mangkuk besar dan gaulkan hingga merata semua.
- Ambil sekeping kulit wantan letakkan sedikit inti di tengah, sapukan dengan air sekeliling dan katupkan. Bentuk ikut pada kreativiti masing-masing ya.
- Gorengkan dengan minyak panas dengan api sedang, masak hingga warna keemasan dan garing.
- Sedap di makan dengan sos cili thai.
* sebenarnya ada yang letak minyak bijan, dan beberapa bahan lain tapi aku guna cara paling ringkas. Terpulang kalau nak letak bahan lain ya.
mayonis dan bawang |
bahan utama nya ya |
aku letak serbuk lada hitam kasar dan halus |
gaulkan semuanya ya |
siap sudah inti kita |
boleh je pakai kulit wantan bentuk 4 segi, ada jugak yang guna kulit popia pun ok |
letak dekat tengah gini ya... sapu air keliling supaya nanti melekat elok semua |
macam-macam bentuk ada, janji melekat semua nya |
gorengkan ia dengan api sedang |
kalau goreng warna keemasan ke coklat sikut lagi sedap sebab ranggup |
lawankan dengan sos cili thai, memang ngam |
ber krim di sukai ramai kan , selamat mencuba tau |
Bestnyaaa...nanti dana share mana nak beli kulit dia tu erk...
ReplyDeletekulit wantan tu kebanyakan pasaraya ada jual kak, kalau pasaraya giant selalu ada kat bahagian tauhu yang bahagian sejuk
DeleteYeah...okey..nanti nak carikkkkkk
DeleteNak cuba buatlah nanti. Terima kasih untuk resepi.
ReplyDeletecuba wajib cuba sebab memang sedap
DeleteResepi viral ni, ramai giler dah mencubanya, Sis aja belum cuba hehehe
ReplyDeleteapa lagi kak, nanti buat kot hujung minggu tu
Deleteresepi viral ni. nampak sedap tapi saya tak buat lagi. malam tadi dok tenung tatura tu tapi blur nak ambik ke tak. ish.. tak ingat pula pasal resepi viral ni.
ReplyDeleteitulah dok la tengok kat tt pastu kat ig pun ramai dah kongsi itu yang terbuat kebetulan memang ada tatura kt rumah seketul
Deleteoh viral ye..tkde plak ternampak...sdap nmpknya tu
ReplyDeletebanyak di tiktok kak viral pasal crab rangoon ni
Deletetengah viral ni tapi kita tak buat lagi hehe
ReplyDeletetakpe nnti ada msa cuba buat tau
DeleteTentu sedap ni
ReplyDeletesedap wak buat minum petang, nanti minta mem buatkan wak belikan bahan
Deletekena cuba buat ni. anak2 suka makanan moden camni.
ReplyDeletekene cuba cikgu, nak buatnya pun mudah cuma tang nak letak kat wantan tu lah rajin sikit hehehe
Deletemesti sedap ni intinya pun macam2 n bersayur
ReplyDeleteiya betul sedap kak, sayur nya sejenis je kalau nak tambah lobak merah pun sedap
DeleteSedappnyaaa saya tengok! Goreng garing lagi rangup dan sedappp dimakan. Cicah sos pulak, lagi paduuu. Simple je nak buat, boleh trylah. Cuma risau bahagian nak balut inti tuuu, takut tak melekat >.<
ReplyDeletemudah dan ringkas sedap sudah tentu, gunakan air kt keliling tu untuk tampal inti tu dik, compom melekat
DeleteRasa baru 1st time dgr nama resepi ni..nampak mmg sedap boleh cuba try
ReplyDeleteNi viral di tiktok dr tahun lepas ke akhir tahun... itu yg cuba tu
DeleteSedapnya Dana!
ReplyDeleteKalau ada depan mata sekejap jew licin!
Ye kak, nanti cuba buat tengok Firdaus suka tak agaknya
DeleteWow..nampak sedap!
ReplyDeleteAkak tak pernah tau menu ni.
Dekat tiktok dan ig dah ramai yg cuba kak...
Deleteresepi viral
ReplyDeletetunggu reda akak nk try he hee
laa mudah je rupanya resepi ni. ngatkan susah! boleh cuba nnti time lapang2. tq
ReplyDeletePertama kali dengar crab rangoon. Kasihan tidak tah resipi tengah popular.
ReplyDelete1st time dgr. mcm dap...tq for sharing resepi..leh try gak ni...
ReplyDeleteuit first time juga tgk resepi ni. biasa bagi isi ayam dgn syr je pastu buat wantan sup. ni mesti nak try ni
ReplyDeleteSedapnya Dana oi mmg krup krap makannya
ReplyDeleteSelalu menu ni muncul kat tiktok... Nanti kalau ada kesempatan Cik TK lak nak cuba buat.
ReplyDeleteselalu nampak video kat TikTok tapi malas pulak nak buat
ReplyDelete▪ Muhammad Afif Akasha bin Maruan, 17tahun(2022). Kanser Limfoma Hodgkin tahap 2.
ReplyDeletePada Mac 2017, Afif waktu itu berumur 12tahun. Dia tiba-tiba mengalami bengkak di leher dan bawah ketiak. Dia dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah kemudian diminta menjalani pembedahan kecil untuk ambil tisu di leher, kemudian pada Jun 2017, dia disahkan mengidap Kanser Limfoma Hodgkin tahap 2. Dia menjalani kimo 12kali, selepas saja kimo, dia mengalami muntah, tak lalu makan,sakit badan,setiap jam kena urut. Kimo pertama dan kedua pun sama kesannya hingga tak sanggup nak teruskan kimo. Berat dia turun 2kg, semasa kimo. Datang kawan baik ibunya memperkenalkan Jutawan Herbs ,ibunya beli dan terus beri dia minum jus herba semasa rawatan hospital. Kimo ke 3 alhamdulillah dia ada selera makan, aktif balik seperti biasa, tak sakit badan lagi dan pada November 2017 iaitu kimo ke 6, berat badan Afif naik 5kg .Doktor sahkan tak ada lagi sel kanser dan sampai sekarang masih minum Herba Jutawan Herbs.
-------------------------------
▪Puan Arbaayah bt Hussin, 72tahun dari Taiping. Pada tahun 2013 ,dia diserang demam, bengkak kaki dan tidak sedarkan diri. Kemudian dia ditahan di wad Hospital Taiping dan doktor mengsyaki dia diserang kencing tikus. Tapi pada 2015 dia alami tanda yang sama dan doktor mengesahkan dia menghidap Sirosis hati tahap 3. Anaknya terjumpa blog Jutawan Herbs dan dia mula guna herba sejak 2019 sampai la sekarang. Mula-mula minum tak ada sebarang perubahan, tetapi 1 bulan lepas tu barulah dia perasan ,rasa seram sejuk dan takut nak mandi selama ni dah berkurang, sampai sekarang tak ada demam dah. Kesihatan bertambah baik.
▪Puan Siti Saharia, 44tahun. Kanser payudara tahap 2.
Pada bulan Ogos 2020, dia disahkan doktor menghidap kanser payudara tahap 2, selepas menjalani proses ultrasound dan biopsi. Dia melalui pembedahan mastectomy, kimo 6kali dan radioterapi 15kali. Dia kenal Jutawan Herbs dari kawan yang sakit kanser panyudara juga. Dia minum herba Jutawan Herbs pada 2020 semasa sedang kimo. Kalau dulu kesan sampingan semasa kimo sangat teruk dengan alahan, tak ada selera makan dan badan lemah. Tapi lepas minum Jus Jutawan Herbs semasa kimo, kesan sampingan sangat berkurang,mkn berselera, bertenaga dan siap boleh pandu kereta. Pendek kata boleh jalani hidup macam orang sihat. Dia tidak berharap rawatan moden saja, sampai sekarang dia terus ambil herba dan makin pulih.
-------------------------------
▪Puan Roziaton bt Mohd Kasini, asal dari Triang Pahang, Kanser Usus tahap 3.
Pada Julai 2016 ,doktor mengesahkan dia menghidap kanser usus tahap 3 dan perlu buat kimo 12x. Dia terus patah semangat kerana memikirkan anak-anak yang masih kecil. Tapi keluarganya membelikan Jus Jutawan Herbs untuk dia minum, ketahanan badannya menjadi kuat melawan kanser. Dia juga ada minum herba Jutawan Herbs dalam masa yang sama dia buat kimo. Kimo seperti biasa, tiada sakit badan,tiada demam dan lain-lain. Pada 2017 doktor sahkan dia bebas dari kanser dan hanya perlu ambil darah CEA setiap 6bulan sekali. Tak lama lepas tu doktor cakap dia hanya perlu datang ambil darah 1tahun sekali saja. Alhamdulillah dia pun dah sembuh kanser.
------------------------------
▪Puan Aida dari Pahang, anaknya mengidap Leukimia Acute Limphoblastik (ALL) .
Pada hujung tahun 2016, anaknya disahkan menghidap penyakit Leukimia Acute Limphoblastik (ALL). Dia terjumpa blog Jutawan Herbs dan memberi anaknya minum 2jenis herba dari Jutawan Herbs sebelum masuk ke hospital untuk kimo. Lepas 3tahun ,dia perasan anaknya makin cergas ,makan bertambah dan x lesu seperti sebelum minum Herba. Dia yakin Jus Jutawan Herbs banyak membantu anaknya makin sihat.
------------------------------
Call atau WhatsApp untuk order dan sebarang pertanyaan di nombor berikut :
En. Mohd Zuhairi Bin Noordin - 017468 7570