Friday, May 29, 2020

MENU RAYA PERTAMA DAN KEDUA

Assalamualaikum semua,

Hari ini aku dah kerja, kiranya hari pertama selepas cuti raya. Tapi rasa macam tak lain je, almaklum raya kat bandar kan.  Aku nak kongsi dengan korang menu yang aku masak di pagi raya. Simple je sebab aku dan janji nak kongsi raya dengan maktek, so maktek bawak sebahagian lauk dan makan sama-sama kat rumah aku.

Sebelum tu aku tanya dah kat big boss nak suruh masak apa di pagi raya, yelah tak kan nak menu johor je kan. Dia kata suruh masak rendang daging, nasi impit, gulai ayam dan nasi minyak. Beres sebab semua tu menu yang mudah disediakan.

Sabtu tu aku dah rebus nasi impit, malam raya aku masak serunding kelapa dan rendang daging. Esok paginya masak nasi minyak tapi upgrade jadi nasi hujan panas, gulai ayam dan acar mentah. Sebab selalu mertua aku memang akan masak nasi minyak dan gulai ayam di pagi raya. 

Maktek bawa ayam masak merah dan sayur lodeh, tapi aku lupa nk ambil gambar semua.

kita bertemakan warna ungu ya... 

gulai ayam aku tapi tak dapat rasa macam gulai sama macam mertua masak sebab takde rempah gulai terengganu

nampak pewarna ada banyak kita pun tukar jadi nasi hujan panas lah



aiyan paling suka , dok la puji sedap nasi warna warni mama... 

masak lodeh maktek, ayam masak merah lupa lak nk ambil gambar

raya ke dua aku masak ayam kicap, ini paksu yang minta... menu kegemaran pagi raya di johor

sambal goreng paru, ini pun kegemaran kami adik beradik kat johor... 

Wednesday, May 27, 2020

GAMBAR RAYA KAMI, SYAWAL 2020

Assalamualaikum semua,

Kejap je rasa dah masuk raya ke4, dan aku hampir terlupa nak update blog. Sakan beraya hhahahh walaupun cuma di rumah.

Terima kasih kawan-kawan untuk semua ucapan hari raya. Aku nak kongsikan gambar raya kami di pagi raya. Dengar lagu raya sayu, malam raya dengar takbir lagi sayu tapi bertahan lagi tak nangis. Tapi bila pagi raya video call dengan mak dan abah, masa minta maaf tak boleh tahan bercucuran airmata.

Jomla kita tengok gambar raya kami 3 beradik

Tema kami tahun ini hijau emereld

Baju tema family maktek

Susah betul nak suruh bergambar tengok depan si aiyan ni

Gambar raya kami sekeluarga

No 1, no 3 dan no 5


Bila di ajak welfie baru ecah suka..sebab nampak muka dia

Si bongsu yang kene beraya di perantauan


Gini lah cara kami ambil gambar ramai2 heheheh... 
Kalau mama papa kerja paksu la yang tengokkan aiyan sementara belum boleh balik U

Geng kamceng nih... 
Gambar family kat kampung mak abah adik no 2 dan no 4

gambar raya diaorang dengan atuk dan nenek


Sunday, May 24, 2020

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN

Assalamualaikum semua kawan-kawan,

Ramadhan bakal beransur pergi,
Syawal menjelma di Aidilfitri,
Seikhlas hati menyusun jari,
Memohon maaf kekhilafan diri

Jambangan indah lagi berseri,
Menjadi hiasan di Aidilfitri,
Blog di tulis pengganti diri,
Tanda ingatan tidak lupa di hati

selamat berhari raya kawan-kawan, stay safe semua ya

Friday, May 22, 2020

RESEPI PULUT PANGGANG

Assalamualaikum semua,

Ini pertama kali aku cuba buat ni tau... nasibla menjadi, aku google resepi paling mudah lepas tu aku buat ikut gaya aku. Inti dia guna serunding kelapa biasa, atau korang boleh jugak guna serunding ikan atau apa je ye. Aku ni boh udang kering dalam serunding tu.

Bahan-bahan:

3 cawan beras pulut ( rendam sekurangnya 2 jam)
1/2 cawan santan
2 sudu besar minyak masak
1 sudu kecil garam
2 sudu besar gula
daun pisang
serunding kelapa

Cara masak:

- Kukuskan beras pulut dalam dalam 1 bekas untuk 20 - 30 minit
- Dalam periuk lain, campurkan santan, minyak gula dan garam kacau hingga hancur gula garam boleh matikan api
- Bila beras pulut dah cukup di kukus, keluarkan dan gaulkan dengan santan yang kita dah campur dengan bahan lain. Gaulkan rata pulut dan santan tadi dan kukus lagi untuk 10 ke 15minit
- Bila dah agak sejuk boleh la bungkus pulut panggang, letak pulut dalam 2 ke 3 sudu dan ratakan pada daun pisang
- tambahkan seruding di tengahnya dan perlahan gulungkan hingga padat dan stapler tepi nya
- Bakar di pemanggang ajaib untuk beberapa minit dengan api kecil


ratakan dengan sudu plastik lebih mudah 

boh la serunding di tengah nya
biarla rupa gini pastu gulungkan dengan ketat dengan daun pisang
rupa entah macam apa

bakarlah lama sikit kalau yang suka garing sikit

bukan main besar gabak pulut panggang aku

ada jugak yang tak jadi hehehe... janji boleh ngap

kira ok lah, diaorang semua makan tanpa komen

dapat banyak jugaklah dengan 3 cawan tu... yelah dah aku buat versi besar gabak hehehe

Thursday, May 21, 2020

SEGMEN EXCHANGE BLOGLIST PKPB 2020 BY BLOG ADIANIEZ

Assalamualaikum semua,

Dalam tempoh PKPB ini dapat join segmen dari kak Aida, bila kat rumah susah nak update segmen dengan handphone. Disebabkan mudah boleh la kita join.
Mohla yang lain join sekali ye. Walaupun memang dah lama kita add blog kak Aida ni dalam bloglist kita.



Segmen Exchange Bloglist PKPB 2020 by Blog Adianiez

nak join sila klik sini

BILA KAU PENDEK DAN KATEK


Assalamualaikum semua,

Entry pagi ini kita lari sikit dari tema puasa dan raya, tema geram dan sakit hati je. Sejak PKP ini kerja rumah memang buat sama-sama, selalunya basuh baju, sidai angkat dan lipat baju adalah kerja Edy atau kadang paksu. Mereka memang tinggi, tinggi lagi dari aku. 

Cumanya bila basuh dan cuci kerja Edy tapi esoknya dia kerja aku pulak tak kerja, masa nak angkat baju sebab dah kering memang panas hati. Dia boleh gantung nun dekat bumbung tu. Manalah aku sampai, malas nak bawak kerusi nak ambil sebab sempit bahagian dapur tu. Aku jenjet, aku tarik tak boleh jugak sudahnya panggil paksu suruh ambilkan.

Bila aku bebel kata kenapa sidai tinggi-tinggi, terus dia kata bukan dia... bukan dia sidai, jadi sapa lagi kalau bukan si Edy. Saja je cari sebab kene bebel, sekian saja kisah pagi ini.

sidai kat belakang rumah tapi tinggi melangit gini

dah jenjet pun paras ini je yang sampai

paksu ambil selamba je, yelah sebab diaorang tinggi aku yang pendek ni sakit je hati

Wednesday, May 20, 2020

RESEPI CORNFLAKES MADU

Assalamualaikum semua,

Ini menu wajib buat setiap kali raya, selalunya aku tukang kacau bahan semua lepastu adik-adik yang akan setelkan semua kerja. Tapi bila beraya kat bandar teringin lah nak buat. Buat ber dua dengan paksu, pastu Edy kene tolong jaga oven.

Bahan-bahan:

2 kotak besar cornflakes
1 botol madu giant
50gm mentega
sedikit bijan

Cara masak:

- Cairkan mentega dengan api kecil, masukkan madu tunggu hingga jadi pekat madu dan mentega itu.
- Bila dah pekat dan likat masukkan cornflakes tu gaulkan rata, tambah bijan sekali
- Letakkan campuran tadi ke talam dan bolehla isi dalam bekas kuih tu
- Bakar dalam suhu 150 selama 5-7 minit
- Sejuk simpan dalam bekas

cornflakes yang dah disaluti madu

paksu beria kata suruh buat malam, sebab sambil buat sambil dia ngap

gigih la 2 beradik ni kalau yang terlebih isi itu kerja paksu lah tu

awal-awal tu silap timing tergeseng la sikit, tapi rasa tetap sedap di makan

dapatlah 3  bekas nih, 1 bekas yang terhitam sikit hehehhe

Tuesday, May 19, 2020

SELAMAT HARI GURU

Assalamualaikum semua,

Terasa cepat betul ramadhan kali ini, dah masuk hari ke 26 lagi 4 hari lagi dah nak raya. Suasananya memang berbeza, selalu waktu ini baju semua dah kemas, biskut raya mood nak masak pun dah ke laut. Tapi ketentuan Allah takde siapa yang mampu menafikan, hadapi lah ujian ini dengan redha.

Kisahnya 16hb bersamaan sabtu, adalah hari guru. Kisahnya tengahari itu dalam kul 12 lebih aiyan tengah buat latihan BI, aku bukak runningman. Dia rilex jap sambil gelak layan runningman tapi tiba-tiba senyap, lah tertidur rupanya.

Pastu dalam kul 1.50 papa balik kata cikgu dia nak buat video call applikasi Google Meet, dahla dia tengah lena. Pukul 2 kejut jugaklah dia, suruh pi cuci muka semua pastu sian dia muka mamai ber video call. Awal-awal tu dia slow lagi lah, mamai kan tapi lepas dah beberapa minit tu ok lah. Lagi lah bila nampak kawan-kawan yang dah lama dia tak jumpa.

Lepas subuh tu dia tidur itu yang tengahari dia lena

2 orang cikgu dan 3 orang kawan dia je yang join yang lain tak dapat join

Lepas dia dah habis VC dan ucap selamat hari guru kat cikgunya dia pun buat kad ucapan

google mana yang mudah dan suruh dia tiru

dah siap, walaupun simple tapi oklah hasil kerja dia

suruh tambah lukis banyak lagi tepi-tepi tu tapi dia takmo... ini pun ok lah

Friday, May 15, 2020

RESEPI LAKSA KUAH LEMAK @KUAH PUTIH


Assalamualaikum semua,

Ini menu aku kelmarin,idea untuk masak dah hampir kehabisan. Nasibla terpandang laksa beras dalam kabinet terus minta Edy beli ikan dan bahan untuk buat laksa lemak ni. Aku ikut resepi mertua aku masak, sangat ringkas dan mudah, sedap pulak tu.

Bahan-bahan:

10 ekor ikan sardin@ikan selayang/ ikan kembung 
( rebus dengan asam keping dan garam hingga masak)
2 ulas bawang putih, kisar
3-4 biji bawang merah kecil, kisar
1 keping asam keping
sedikit serbuk lada hitam kasar
1 kotak kecil santan
air secukupnya
garam

Cara masak:

- Kisarkan isi ikan, bawang putih, bawang merah dengan 2 cawan air rebusan ikan, jangan kisar hancur sangat tau.
- Bila dah kisar, rebuskan dengan lebihan air rebusan ikan dan serbuk lada hitam, rebus lebih kurang 5 ke 10 minit dengan api sedang kecil.
- Selepas itu boleh masukkan asam keping, santan, air ikut pada suka nak pekat atau cair. Akhir sekali masukkan garam bila dah mendidih kecil boleh matikan api.

*Mertua selalu makan dengan ulaman kacang panjang di hiris halus, tauge, bunga kantan dan kobis tapi ikut suka korang nak makan dengan ulam apa.
*Mertua juga selalu makan dengan laksa beras tau mee lidi, aku memang tak rajin nak buat laksam.


rebus jangan lama-lama tau

proses ni la  yang paling mencabar, aku tak kisar asing pun tulangnya... idok rajin

aku suka guna serbuk lada hitam yang kasar rasa lebih kick

jenis halus lak mee laksa yang laki aku beli ni, tapi memang betul laksa beras

cara makan yang betul, makan dengan cili boh dan sedikit belacan

ini laksa kegemaran aku dah sekarang

nikmat betul layan laksa gini... puas hati bila masak sendiri