As salam semua kwn2,
Macam biasa segmen di hari jumaat, mari lah kita berkongsi resepi...
Kali ni aku nk share ngn korang cara aku bt karipap, cara buat dohnya pun simple n mudah sangat. AKu tak reti nk buat karipap pusar tu, aku suka yg senang n mudah kerja hehehhe...
Bahan2 untuk doh:
1 kg tepung gandum
3 senduk minyak panas
sedikit garam
air sejuk
daun sup yg di hiris halus
Cara buat doh:
- masukkan tepung gandum tu dalam 1 besen, lepas tu buat lubang kt bhg tengah n masukkan minyak panas, gaul2kan hingga sebati dengan tepung
- Bila dh rata minyak ngn tepung tu, masukkan garam dan air sedikit demi sedikit sambil uli doh tu
- Masukkan daun sup, Uli sampaikan doh tu tak melekat kt tangan dan boleh di bulatkan, jangan lembik sangat nnti melekat lak karipap tu ...
Bahan2 inti:
1 kg kentang- potong dadu
4 ulas bwg putih - blend/ tumbuk
2 biji bwg merah besar - blend/ tumbuk
segenggam ikan bilis- blend/ tumbuk
1/2 inci kunyit- blendh/ tumbuk
3-5 sudu besar serbuk kari
3-4 sudu gula
garam
minyak untuk menumis
air
daun sup
Cara masak:
- Tumiskan bahan2 blend atau tumbuk tu hingga naik bau ( selalu aku tumbuk je semua, tp kebetulan ada yg aku blend jd boleh je)
- Bila dh nampak kering bahan blend tu, masukkan serbuk kari dan tambah sedikit air
- Masukkan kentang, garam dan gula, kacau hingga sebati tambahkan sedikit air lagi dan tutupkan kuali dlm 10 ke 15 min hingga kentang empuk, api sederhana
- Bila inti dh nampak kering, kentang pun dh masak boleh masukkan daun sup yg dh di hiris halus.
- boleh sejukkan dalam pinggan sebelum kita jadikan karipap...
*inti tu boleh je kalau korang nk masukkan lauk apa2 mcm daging, ayam atau udang...
|
aku sua inti aku lembik2 mcmni... tak suka sgt yg nampak kering |
|
ni kelim sendiri, aku tak suka pakai cetak tu |
|
mlm tu grg kejap karipap tu utk buat frozen |
|
ini lah dia, rupa bila dh siap di grg utk sarapan pagi tu |