Thursday, March 21, 2024

PHOTO DIARY# 11/2024

 Assalamualaikum semua,

Tadi ada ceramah sempena Hari Juruukur Sedunia, pastu terlupa lak nak buat entri. Dah nak balik ni jom kita layan cerita bergambar.

apa yang pelik dengan baju dia?

petani berjaya

hari isnin hari semak buku perkhidmatan

menu berbuka kami yang selalunya ringkas je

dia ni baik tau, tak pernah kacau atau heran dengan makanan kita

buat bubur sumsum

semalam dia dapat bubur lambuk kat sekolah

dapat duit raya jugak

comelkan dua beradik ni

wajib la berswafoto kan kami ni

jarang-jarang tengok aku pakai tanda nama ni

Wednesday, March 20, 2024

Tuesday, March 19, 2024

GREENHOUSE MAKNGAH

 Assalamualaikum semua,

Balik kampung aritu sangat cemburu dengan greenhouse atau rumah hijau adik aku si Makngah tu. Seronok bercucuk tanam kat kampung ni yang ada tanah luas. Dari ada rak je sebelum ini dah bertambah besar,pokok pun dah ada memacam. 



memacam pokok orkid dia ada

jeles tengok tau

Monday, March 18, 2024

PERGI TAK KEMBALI

 Assalamualaikum semua,

Khamis 14/03/2024 pukul 4.00 petang telah kembali ke Penciptanya , Mohd Ajis bin Saman. Adik lelaki abah yang dah sakit sejak PKP 2020. Kami pun tak pasti apa punca penyakitkan tiba-tiba dia tak lalu makan, tak boleh bangun dan berjalan sendiri. Terlantar dari tahun 2021 di jaga oleh makcik aku. Beberapa minggu ni dia tak nak makan, itu bawak ke hospital tak lama tu meninggal. Antara pakcik yang rapat dengan aku, dari zaman aku kecik sampai dah besar panjang. Semoga rohnya dicucuri rahmat, AlFatihah buat pakcik ku.

sabtu baru dapat berkunjung ziarah dia


Thursday, March 14, 2024

PHOTO DIARY #10/2024

 Assalamualaikum semua,

Ya  Allah mengantuknya sekarang ni, baru pukul berapa dah menguap-nguap je. Teruk betul tahap mengantuknya tu, dok tak sabar menunggu hari jumaat tiba. Nak bangun lambat berehat dan bermalasan di rumah. Orang kalau yang kerja macam aku ni, memang perangai gini kot. Ke aku sorang yang perangai gini heheheh. Oklah jom kita layan cerita bergambar.

hari isnin buat majlis bacaan yassin, di jamu dengan nasi lemak dan pulut kuning

kawan pejabat yang ada ramai yang bercuti

menu bersahur hari pertama dan kedua... 


bunga kucai

menu berbuka hari pertama

Aiyan nak menu roti john

tembikai wajib ada

menu berbuka hari kedua

dia lah paling sibuk ke hulu ke hilir menunggu berbuka


Batik day

Wednesday, March 13, 2024

WW SEKOLAH BARU, SUASANA BARU

 Assalamualaikum semua,

Dulu sekolah dia, tak sampai 5 minit dah sampai dari pejabat ni. Sekarang ni lebih kurang 30 minit baru sampai. Dia gembira, kita pun gembira juga

ini gambar hari isnin sebab tu ada botol air

Tuesday, March 12, 2024

SELAMAT BERPUASA

 Assalamualaikum semua,

Selamat berpuasa semua kawan-kawan ya, hari ini sepagi tu mengantuk betul aku. Menguap-guap macam apa, sedangkan biasa je aku bangun pukul 3.30 atau 4 pagi setiap hari untuk masak. Tapi hari ini mungkin sebab sahur sekali kot dia punya mengantuk tu memang tak boleh bawak bincang. Menguap sampai meleleh-leleh air mata dia punya ngantuk tu.

masa ni masih ok lagi, dok layan bergambar hilangkan ngantuk

ikut je adik ni kan, layankan jelah kak long sorang ni kan