Thursday, January 11, 2024

PHOTO DIARY #2/2024

 Assalamualaikum semua,

Maaf kawan-kawan hari ini lambat sikit , agak sibuk dari pagi bawak ke petang. Ini pun sambil aku layan boss aku membebel dari pukul 2.30 tadi. Takpe layankan jelah aku ni sambil layan dia berborak memang biasa sambil menaip. Oklah kawan-kawan jom kita layan cerita bergambar. 

roti kayangan ni rm6

ini paling rare roti telur air milo ais

si Aiyan memang biasa join adik-adik kedai makan

menu makan tengahari yang best, patin tempoyak

geng ajk kedai dan adik jaga kedai

balik dari sekolah mesti lapar

bunga orkid baru tu, tapi gaya ambil gambo tak menjadi

pagi tadi dapat tempahan mee goreng untuk 30 pek

makin bulat aku sekarang

paksu tunjuk gambar keluarga kat kampung makan nasi pakistan beramai-ramai

pagi tadi, tolong jaga kaunter kejap

filter-filter

Wednesday, January 10, 2024

WW TEMPE GORENG TEPUNG

 Assalamualaikum semua,

Menu baru yang aku hantar di Kedai Puspanita, tempe goreng tepung dan sambal kicap.


4-5 keping tempe dan sambal kicap


kudapan untuk minum petang dan sarapan semua sesuai, kadang buat sarapan juga

Tuesday, January 9, 2024

RAK UNTUK BUNGA ORKID

 Assalamualaikum semua,

Hari tu aku ada kongsi betapa serabutnya tengok bunga orkid yang ada depan rumah, ada yang digantung tapi tak banyak. Aku cari rak untuk letak bunga tu juga. Rak dah sampai tapi sayangnya tak cukup tinggi ruang nya, rupanya bunga orkid bila berbunga makan ruang jugak. Nampaknya kene gantung jugak la.

cik Bu buat inspection dulu

ahad petang tu kita pun susunla bunga dekat situ... 

Monday, January 8, 2024

YANG PALING HITAM

 Assalamualaikum semua,

Cerita minggu lepas, saja je aku geram dengan seorang akak kat kedai ni tangan dia putih gebu. Pastu sibuk la dok tengok tangan siapa paling hitam, pastu ajak kawan-kawan lain kat kedai. Aku paling hitam tau, hahahahha memang gelak besar.

Sekali semalam keluar pi eco aku letak tangan sebelah tangan Edy, ok kira aku putih lagi. hahahhaha perangai tak senonoh kan.

betapa hitamnya aku kan

ajak adik kedai lagi 2 orang, pun aku paling hitam

ini aku pun paling gelap, apa lah nasib

ini baru ok... 

masih dikira putih lagila aku ni sebab Edy gelap macam apa, asyik main panas je

Friday, January 5, 2024

RESEPI KARI SARDIN ADABI

 Assalamualaikum  semua,

Bertemu kita di hari jumaat yang indah,yelah indah esok lusa kan hujung minggu dah. Kita mulakan dengan resepi yang ringkas,mudah tapi semestinya sedap. Resepi kari sardin Adabi, jom tengok resepinya.

Bahan-bahan:

1 tin besar kari sardin Adabi

3 ulas bwg putih, ketuk

1 biji bawang besar, hiris nipis

4 biji cili api

1/2 biji tomato, hiris kasar

1/2  kotak kecil santan

Air secukupnya

Sedikit garam

Cara masak:

- Tumiskan bawang putih, bawang merah, cili api dan tomato hingga layu.

- Bila dah layu masukkan kari sardin, tambah sedikit air. Tambah santan.

- Tambah sedikit garam dan masak untuk 5 minit dan siap.

Sedap juga, tak payah boh santan pun dh elok




Elok pekat dah kari nya



Siap dah... 

Esoknya tu rajinkan diri buat kuntes untuk cicah...sedap

Thursday, January 4, 2024

PHOTO DIARY #1/2024

 Assalamualaikum semua,

Entri Photo Diary pertama di tahun 2024, himpunan cerita bergambar. Jom la kita tengok apa yang ada malas nak menulis panjang-panjang.

beli topi katak, comel kan

kuntes atau cucur kembong cicah kari sardin adabi

hari ahad lepas, teringin makan nasi kerabu... sedapnya bila lama tak makan

terbeli lagi bunga orkid

budak yang sibuk nak makan rumput, kene tunggu kalau dia lari naya kita

Isnin Edy ajak cari kasut sekolah budak ini

bawang merah harga mahal betul sebelum ni baru rm2 lebih sekilo

nanas dah berbuah, moga cepatla berbuah dah penat tunggu dia berbuah

dah makin penuh depan rumah dengan tanaman

selasa makan pulut durian


esosknya masak serawa durian pulak

batik day kita... 

Tuesday, January 2, 2024

SELAMAT DATANG 2024

 Assalamualaikum semua,

Rasa hari ini macam isnin pulak, almaklum baru naik kerja lepas cuti lama kan heheheh. Bermula la rutin seperti biasa  pagi hantar, petang ambil Aiyan kat sekolah hantar ke transit. Selamat tahun baru kawan-kawan, moga tahun ini lebih banyak yang baik yang indah terjadi pada kita. 

wajibla kene ada gambar tuan punya blog

suka betul baju kebaya warna ini, nampak ceria betul