Tuesday, January 31, 2023

ASAM ANGGUR

 Assalamualaikum semua,

Ya allah sibuk sangat pagi ini sampaikan terlupa nak upload entri ini. Korang suka tak asam anggur putih ni? Aduhai kecur pulak bila tengok ni, aritula dapat yang manis masam sedap betul. Sedar-sedar dah nak habis 1 plastik tu beli pulak sikit je, 200g je sekali hadap. Bila nak buat pesanan lagi udah habis stok pulak. Dulu masa sekolah rendah selain asam baldu, asam anggur ni suka makan. Bila makan bibir tu putih je pucat heheh.


gini lah rupa dia, kalau dapat yang gebus masam manis sedap betul

jumaat hari tu duduk melepak kt bilik sambil layan anggur ni jelah, waktu rehat memang tak kemana

Monday, January 30, 2023

CUBA MENJUAL AYAM BAKAR MAYONIS

 Assalamualaikum semua,

Selamat pagi semua, sebenarnya aku masih lagi rasa sedih, hiba semalam petang akaun google aku kena hack atau FB aku yang kena. Tiba-tiba je jadi gitu dan tak tau camne nak buat untuk dapatkan semula FB tu, dahla aku buat FB tu dari aku bujang, banyak sangat cerita dalam tu. 

Walaupun hati tengah sedih hidup kene teruskan juga kan. Hari ini aku nak cerita pasal minggu lepas aku dapat tempahan ayam bakar mayonis. Mulanya buat 3 ekor untuk hari khamis lepas tu ada lagi yang tempah 2 ekor untuk jumaat. Alhamdulillah dapat tempahan seekor untuk isnin dan aku buat juga jualan 1 bahagian kecil ayam, seekor ayam potong 4 jual di kedai Puspanita. Esok pun dah ada yang tempah, syukur moga akan terus dapat tempahan dan laku jualan aku tu. Aku pernah kongsikan resepinya dulu di blog, kot kalau ada yang nak cuba. klik sini .

tempahan pertama berdebar juga



3 ekor ayam

esoknya buat 2 ekor pulak



Ini hari ini punya

jual kat kedai seekor potong 4

Saturday, January 28, 2023

"Giveaway 23 Anniversary Ciknur and Husband

 Assalamualaikum semua,

Hari sabtu memang selalunya aku jarang buat entri, kecuali kalau ada Giveaway atau beberapa entri yang istimewa sikit. Kali ini aku join Giveaway dari cik Nur sempena ulang tahun perkahwinan yang ke 23 tahun.



Jom kita tengok syaratnya ya.

1.  Follow  blog "Dapur Cik Nur"
     Yg penting ada list kat blog korang.
2.  Buat entry bertajuk "Giveaway 23  Anniversary Ciknur and Husband"
3.  Sertakan sedikit ucapan indah ❤️✌️
4.  Tinggalkan link penyertaan di ruang komen.

itu je mudahh kan


Berlangsung pd 23hb jan sehingga 13 febuari 2023.
Tamat 13 februari ye

Buat akak Nur dan suami, dana doakan moga ikatan perkahwinan ini akan sentiasa dalam limpah rahmat Yang Maha Esa, moga kekal bahagia hingga ke syurga. Baca kisah masa bercinta tu gelak sendiri dana hhehehhe. 


Friday, January 27, 2023

RESEPI MASAK LEMAK LOKIO DENGAN UDANG , TAUHU TAUGE

 Assalamualaikum semua,

Lambat betul baru dapat kongsikan resepi lokio ini, hari tu masa maktek balik kampung Johor aku kirim dekat dia lokio ni teringin pulak. Kali ini aku masak lemak putih je, campur lak udang aduhai sedapnya. Cuma itulah lokionya pun halus-halus betul, biasa besar bijinya tu. Ada yang tak kenal ke lokio ni?

Bahan-bahan:

1 ikat lokio, bersihkan

1 kotak kecil santan

4 ulas bawang putih, hiris

3 biji bawang merah kecil, hiris

1/2 inci halia, hiris nipis

1/2 batang lobak

1 mangkuk udang

1 mangkuk tauge

3 ketul tauhu

air secukupnya

garam

3-5 biji cili api

Sedikit minyak masak

Cara masak:

- Panaskan minyak, tumiskan bawang putih, bawang merah dan halia hingga layu

- Masukkan tauhu dan lokio tumiskan sekejap lepas tu masukkan udang, masakkan hingga udang berubah warna masukkan santan dan 1 cawan air.

- Tambahkan garam, akhir sekali masukkan tauge dan cili api bila dah secukup rasa matikan api siap. 

selalunya dapat lokio yang besar ini halus benar

bahan-bahan nya








cili api memang aku tak potong, biar bulat-bulat gitu je

aku ratah je ni sedap betul

halus sangat lokionya ni, tak berapa puas makan

Thursday, January 26, 2023

PHOTO DIARY #3/2023 TAMAN RIMBA KIARA

 Assalamualaikum semua,

Hari ini photo diary kita berkisahkan tentang jalan-jalan cuti CNY ke Taman Rimba Kiara pula. Aku google dan cari taman mana yang nampak menarik, nampak taman ini jadi kita pergi lah. Masa sampai dekat parking tu, ingatkan salah sebab dekat google gambar lain. Dari parking nampak macam lain, macam masuk dalam tu hutan, ah sudah. Tapi kami keluar je jalan sikit lepas tu baru jumpa sama macam dalam gambar di google. Cantik, luas tamannya, bersih juga sebab tak nampak ada sampah sarap merata. 

Masa ni kami lama juga kat parking, sebab nampak macam depan tu takde apa, tak nampak taman pun

Sejuk je kat sini tau, pokok tinggi-tinggi

ok terus nampak gambar pokok palma tinggi macam dalam google


ada kolam juga, ada teratai kuning yang ada banyak labi-labi

taman rimba dalam bandar kan

welfie, sian papa kepanasan sebab topi tak cukup, 1 lagi dalam kereta lain heheheh


mula-mula nampak seekor, lepas tu seekor lagi rasanya ada 5 ekor semuanya

tempat duduk memang banyak dekat sini


banyak pokok yang teduh



nak balik dah masa ni

tapi berhenti bergambar lagi

posing tengok pokok

Wednesday, January 25, 2023

WW JAJAN KACANG PIS

 Assalamualaikum semua,

Mana satu pilihan hati?

antara 3 jenis jajan kacang pis ni mana 1 pilihan hati?


Dulu suka jenis double decker ni tapi sekarang bentuk saiz makin kecil, rasanya agak kering sikit

jenama miaow2 ni sedap tapi makin kecik

jenama oriental ni paling gebus tau, suka yang ini

Tuesday, January 24, 2023

JENJALAN KE TAMAN METROPOLITAN KEPONG

 Assalamualaikum semua,

Maafla kawan-kawan aku ni sejenis bila cuti memang blog pun cuti sama heheheh. Semalam ingat nak buat entri tapi sampai ke petang tak dan udahnya arini buat juga entri. Cuti panjang ni tak ke mana, tak balik kampung atau bercuti sejenis malas hadap jem. 

Tapi ada jugakla berjalan dekat-dekat kat Kuala Lumpur atau Selangor. Lepas sarapan jalan la dekat-dekat cuci mata dan buat senaman kaki. Ahad hari tu lepas sarapan, Edy tanya nak pi mana, google taman yang ada tasik, jumpa la Taman Metropolitan Kepong terus la on.

Gambar pemulaan

Papa jalan bukan main laju sampai depan dah

Luas taman nya 

Aiyan nak main kat sini katanya

Nampak dah tasik, tapi kene jalan lagi nak tengok

Dah mula gerimis, nak jalan lagi tapi makin lebat

Berteduh kejap


Gerimis makin lebat jadi Edy kata jom balik takut hujan lebat lak, jauh juga nak ke kereta

Masa ni dah hujan tapi bergambar jugak

Pokok besar jadi hujan tp tak kene sangat

Hujan makin lebat akhirnya sampai ke kereta, basah juga la

Hadap la jem kejap sebelum sampai rumah