Thursday, June 30, 2022

PHOTO DIARY #17/22

 Assalamualaikum semua,

Berjumpa lagi kita di segmen `photo diary` terasa kejap pulak dah sampai hari khamis. Tanpa berlengah lagi jom la kita layan cerita bergambar ya.

Hari sabtu jarang dapat sarapan dekat luar sebab Edy kerja, tapi sabtu lepas dia tak kerja apa lagi sarapan dekat luar lah terus tutup dapur hehehe

masih tak berani pakai pakai seluar jeans lagi

hari ahad ada kenduri kahwin anak pada akak cleaner pejabat, sedap semua menu nya

terima kasih akak jemput kami sekeluarga, semua bergambar belakang Aiyan nak nampak kecik kan heheheh

balik dari kenduri jenjalan ke Aeon Wangsamaju lepas tu balik singgah beli lokching

pokok mulberi bila kene cantas pendek memang dia akan mula berbuah banyak

Aiyan dengan seluar pendek pisang yang dapat dari makciknya di kampung

petik apa yang perlu di kebun tepi rumah

aku suka roti inti kelapa, tapi bila dapat inti kelapa putih melepak gini memang terbantut mood nak makan

tumpang bergambar dengan cermin besar bilik boss hehehhee

cantik tak butang kita yang baru tu?

kalau masuk kereta dia senyap je toleh belakang memang tengah lena lah 

kerepek sukun yang maktek bawa dari kampung

dari khamis lepas sampai minggu ni adik bongsu aku ada urusan di kampus, mesti mak aku rindu dia takde seminggu 

tepi laut di tambak Pontian

si Aisyah ni memang fotogenik dan fotogedik heheheh... cantik gambar ni aku suka
semalam maktek bagi rojak petis, sedapnya lahai

Wednesday, June 29, 2022

WW 3 BERADIK SIAM


Assalamualaikum semua,

Tiga beradik siam  yang ada dekat rumah, oh iya emaknya pun siam.


Ini abang ngah, Cik Teh anak batch pertama

dia tak suka aku ambil gambar atau video dia

Cik Bu ni batch pertama juga, tapi badan selim je muka memang siam sungguh

si Susu, batch terakhir paling bongsu lah ni paling nakal. Muka memang sombong dia tak suka kalau aku yang pegang dia, dia suka atok dia je

Tuesday, June 28, 2022

JOM KITA BERINAI...

 Assalamualaikum semua,

Aku perasan lepas keluar dari hospital bulan 4 haritu selain rambut aku yang banyak gugur kuku aku pun jadi rapuh. Tak pernah jadi macamni lepas tu makin teruk pulak jadinya. Selain cari suppliment aku cuba pakai inai daun kirim dekat maktek. Kat kampung memang ada pokok inai besar pokoknya. Harapnya akan pulihla masalah kuku rapuh ni.


ini daun inainya, bercinta betul nak asingkan daunnya tu

Dapat lah banyak ini


jari sebelah kiri masa ni belum teruk lagi tapi tepi-tepi kuku tu dia mula rapuh dah


jari belah kanan la paling teruk, paling tak tahan dok tertarik kat tudung lah telekung memang tak selesa

paling teruk ibu jari kanan


belah kiri aku pakai sendiri, jari belah kanan tu Edy yang pakaikan hahhahh comot

Lepas pakai sekali warna oren-oren

esoknya aku pakai lagi

nampakla pekat sikit, udah macam baru kawin lak pakai inai rupa gini

comot lah aku pakai lupa nak boh selotape hahahha... gasakla labu

Monday, June 27, 2022

KIRIMAN HARTA PALING BERHARGA

 Assalamualaikum semua,

Aku ada cerita kan yang maktek balik kampung sampai 2 minggu. Jumaat lepas dia balik sini dah dan ini hasil kiriman dari mak abah di kampung. Dia sampai dalam pukul 3 lebih aku suruh je dia letak depan rumah macam ni. 


aku mintak dia ambil anak pokok bunga kantan dekat rumah makcik aku

abah bagi nanas

macam-macam jenis makanan


satay dan lauk siap masak

daun inai

bunga kantan

rambutan

pelbagai jenis kerepek

rempeyek kacang tanah dan bilis

seluar pendek untuk Aiyan, ada banyak dalam 7 ke 8 helai

Thursday, June 23, 2022

PHOTO DIARY #16/22

 Assalamualaikum semua,

Sekejapan betul sudah khamis, esok jumaat memang dinanti-nantikan lah. Tak nak bebel panjang berjela, jom kita layan cerita bergambar.

hari tu masa Aiyan tak sihat ajak dia bergambar tapi tak ikhlas sangat gayanya

nampak acik nana nya makan megi dia pun nak jugak 

petang-petang kalau suruh dia main hp atas tilam, kalau senyap je lena lah tu

mihun goreng menu sarapan pagi ahad

ahad pagi tak sarapan dekat luar, jadi petang tu Edy ajak Aiyan ngeteh kat kedai mamak 

dah tak cukup ruang, tepi tingkap pun aku boh pasu tanaman... 

dia memang ada pelbagai gaya tidur bila balik dari taska ke rumah

tinggal 8 ekor je kucing dekat rumah ni

semalam sebelum tukar baju xtray, cermin ni besar sungguh kita ambil gambar dulu lah

rumput dah mula penuh subur hari-hari hujan kan

semalam Edy beli lokching, layan jugak la sebab sos nya sedap

gambar pagi tadi, sempat lagi tertidur sementara tunggu Edy sampai sebelum hantar ke sekolah

rebus kacang kuda dan bawak  ke pejabat, letak dekat pantry boleh makan ramai-ramai