Friday, May 9, 2025

RESEPI MEE BANDUNG

 Assalamualaikum semua,

Sudah dua minggu aku nak cerita pasal resepi mee bandung ni tapi asyik terlupa je. Resepi mee bandung ni aku belajar masa aku tingkatan dua dalam kelas Ekonomi Rumah Tangga. Memang tak boleh lupa la resepi ini memang bagi aku istimewa. Aku jarang sangat masak mee bandung ni tapi sesekali bila teringin rajinkan diri masak. Jom tengok resepinya.

Bahan-bahan:

5  ulas bawang putih, kisar

2 biji bawang holland, kisar

1 mangkuk kecil udang kering, kisar

3 sudu besar cili boh

1 biji tomato kisar,

2 cawan keledek lenyek

1 mangkuk kecil sos cili

1 cawan biskut meri kisar

air secukupnya

gula dan garam

daging lembu

udang

lobak merah

sawi

tauhu 

kek ikan

Telur

Mee kuning

Cara masak:

- Tumiskan bahan kisar dengan cili boh hingga pecah minyak bumbu nya.

- Bila dah pecah minyak tu, masukkan cili sos tambah air 1 cawan.

- Masukkan keledek yang kita dah lenyek , tambahkan air 2 cawan masukkan daging, lobak, udang kek ikan, tauhu goreng biarkan hingga masak.

- Masukkan biskut meri kisar yang kita dah tambah dengan 1 cawan air panas, gaulkan lagi dan tambahkan 1 cawan lagi air.

- Perasakan dengan gula dan garam, masa tengah mendidih pecahkan telur sebiji-sebiji.

- Akhir sekali masukkan sawi dan boleh matikan api. 

- Makan dengan mee kuning yang telah dicelur.















kalau nak cair boleh tambah air lagi ya

Thursday, May 8, 2025

PHOTO DIARY # 12/2025

 Assalamualaikum semua,

Pagi tadi kan aku ada dialisis, jadinya terlupa nak buat entri. Tadi mengantuk sangat tertidur jugak la aku sejam masa tengah dialisis tu heheheh. Hari ini pertama kali hari dialisis aku pakai baju kerja, siap dengan bermakeup lagi, pastu aku siap masuk pejabat lagi petang nya. Larat jugak aku naik pejabat rupanya walaupun pagi tu lepas buat dialisis. Kadang datang penat, memang rasa nak tidur je. Petang tadi hujan lebat betul dekat pejabat, harap petang pukul 4 dah berentilah hujannya. 

Nasi Line Clear, ada kawan pejabat belanja... tapi aku takmo kuah 

pengarah aku pergi menunaikah haji, dia tinggalkan kereta jawatan kat pejabat suruh aku panaskan enjin. 

pemandangan lepas balik dialisis, cantik cerah je langit masa ni pukul 11 pagi

jururawat dekat hd semua dok puji, lenkali pakai makeup dan baju cantik-cantik kak hehehhe

tempat duduk aku dekat dengan pintu masuk, pagi-pagi layan tv pastu mula la mengantuk

ini penimbang ya

bilik aku memang tempat bergosip pegawai dan bebudak pejabat suka melepak kat sini 

kawan sama-sama meniaga kat kedai puspanita

biasa kalau aku pergi dialisis memang tak 

balik sekolah memang baring dulu dia

kawan bagi comel kan

2 hari berturut makan mee jawa

ada tambah lampu jalan untuk keselamatan penduduk

menunaikan janji buat lontong darat lepas raya

jual juga sambal goreng

Wednesday, May 7, 2025

TERIMA KASIH WAK

 Assalamualaikum semua,

Aku sangat terharu, dapat kiriman buah limau sunkist dari kebun Wak Warisan Petani. Kawan-kawan ingat tak entri Wak mengenai tanaman limaunya yang besar dan lebat kat sini dan sini. Ada satu entri tu aku siap komen, teringin nak beli limau wak tu. Geram betul nengoknya. Minggu ni wak mintak alamat aku, ingatkan wak nak kirim kad jemputan hehehhe. Rupanya kelmarin sampai la kotak besar berisi buah limau ni. Masa nak bukak kotaknya, dah bau wangi limau tu. Mudah nak kopek tak susah macam limau bali, dan banyak jus nya. Patutla wak suka ambil jus nya layan dengan ais. Terima kasih banyak-banyak ye wak, moga makin melimpah ruah rezeki wak dan makin berbuah lebatla semua tanaman di dusun tu ya.

wak balut satu-satu buahnya

besar-besar buahnya





Banyak jus nya




bungkus beberapa biji bagi Maktek


Ini la yang aku komen tu

Monday, May 5, 2025

BUNGA ROS MINI

 Assalamualaikum semua,

Maafkan diriku minggu lepas banyak tenggelam dari muncul. Aku dah mula buat dialisis 3kali seminggu jadi masa menghadap pc memang agak terhad. Sekarang aku dah mula buat dialisis di Felda belakang pejabat. Syukur dapat buat dialisis di tempat yang dekat dengan tempat kerja tapi jauh sikit la dari rumah. 

Aku nak cerita pasal bunga ros mini, dah lama aku berkenan dengan bunganya. Makngah ada 2 pokok bunga ros mini ini. Aku suka tengok saiz bunganya yang comel dan kecil sangat tu. Geram betul tengok saiz dia yang nampak sangat comel tu. Baru- baru ini aku jumpa di shoppe jadi beli la sepokok, harga dalam RM27.00 sepasu. Bila sampai besar jugak pokoknya dan memang comel sangat bunganya.


elok di balut pasu pokoknya






perbandingan saiznya dengan bunga ros biasa kat rumah

Wednesday, April 30, 2025

WW ALAHAI ANAK OMAK

 Assalamualaikum semua,

Selama ini aku rasa Aiyan tu tinggi, yelah dia dah sama tinggi dengan aku. Tapi bila tengok gambar kelas dia, ternyata dia yang paling rendah. 😆😆😆

Gambar budak kelas Aiyan.


Monday, April 28, 2025

AKAK MISI DI HD SUBACUT HKL

 Assalamualaikum semua,

Sepanjang aku mula buat dialisis di HKL dari bulan februari. Ada seorang akak misi ini yang selalu jaga untuk aku buat dialisis. Kira dia yang uruskan mesin itulah. Kadang kalau dia cuti ada lah beberapa orang misi lain atau sister yang tolong buat. Semua misi, sister dan matron dekat unit Acut dan subacut HD memang baik. Ramah dan tak sombong, kita nak habiskan 4 jam dalam tu pun tak bosan. Selepas ini aku dah tukar tempat HD di Felda pulak. Harapnya semua dipermudahkan dan misi dekat situ pun baik macam di HKL.

Sabtu lepas hari terakhir aku HD di HKL, jadi aku masak nasi lemak untuk sarapan pagi mereka. Sedih jugak dah 2 bulan lebih dengan mereka. Nombor telefon memang dah ambil, siap dah cakap kalau ada masa nak ajak lepak sesama.

akak yang pakai sweater dah habis shif, nak balik dah tapi bila tengok akak baju biru tu seorang je dia tolong dulu apa yang patut


selfie dulu, bilik ni memang riuh kalau ada orang misi tu



Air kopi O dan biskut kream krakers 2 bungkus, ini sarapan yang disediakan... nanti mesti rindu

ini pulak biskut bekalan aku

nama nya kak Wan

ini kak Suria