Tuesday, February 28, 2023

AKTIVITI WAJIB BALIK KAMPUNG, KE PASAR BENUT

 Assalamualaikum semua,

Lupa nak buat entri semalam,biasalah bila cuti ni kan. Hari ini pun masih cuti lagi tapi dah ada kat Ampang. 

Jumpa tapai ubi bungkus dengan daun pisang

Tapai pulut pulak

Kami berlima

Beli tudung

Kebab kegemaran adik-adik

Telur pindang pun ada

Jumpa akak ni jual nasi ambeng dengan talam RM20

Memang macam2 la kami beli


Sedap

Kebab ni pun sedap isi banyak

Friday, February 24, 2023

RESEPI SAMBAL TOMATO HIJAU

 Assalamualaikum semua,

Resepi ulangan cuma kali ini aku kisar bahan nya, yang sebelum ini aku tumbuk. Bila jumpa tomato hijau memang wajib masak sambal ini. Sedap tau, wajib dicuba.

Bahan-bahan:

8-10 biji tomato hijau, potong nipis

2 biji bwg besar, hiris nipis

3 biji bwg kecil + 2 biji bwg bsr, kisar

6-7 ulas bwg putih, kisar

30-40 biji cili api, kisar

sedikit udang kering dan bilis, kisar

2 sudu besar gula melaka

Air secukupnya

garam

Cara masak:

- Tumiskan bahan-bahan kisar hingga pecah minyak. Masukkan gula melaka lepastu masukkan hirisan tomato masak hingga tomato lembut .

- Masukkan hirisan bawang, masukkan air sedikit dan garam. Bila dah secukup rasa matikan api. 









Masak lama sikit untuk tomato empuk dan lembut


Dah siap

Lawankan dengan ayam goreng

Thursday, February 23, 2023

PHOTO DIARY #7/2023

 Assalamualaikum semua,

Hari ini bersiaran di Klinik Pakar HKL, bosan-bosan tunggu jumpa doktor kita buat entri la. Sebab selalunya kalau waktu temujanji pukul9, pukul 11 pagi pun belum tentu dapat jumpa doktor. Tak sabar nak balik kampung petang esok, moga perjalanan balik kampung kami berjalan dengan lancar dan selamat hendaknya.

Bunga kertas aku ni payah betul nak tengok berbunga

Pukul 8 ke 9 malam depa 2 beradik ni tidur dah, kang kul11 kul12 malam mula la main lari-lari

Kemas-kemas tudung lama, bawa ke kedai bagi kat adik jaga kedai... tudung nya masih elok lagi 

Waktu rehat tengahari aku memang akan tutup lampu bilik, duduk sorang je selalunya

Suka tengok pokok besar ni

Bunga orkid yang rajin berbunga


Mangkuk Aiyan, dia suka sebab ada gambar kucing

Baju ni aku beli untuk aku, tapi bila cuci dia jadi mengecut... muat la Aiyan pakai

Ini la bekal aku selain telur rebus untuk kudap kat pejabat

Adik kedai buatkan kopi ais, layan jugakla sikit tak berani nak minum banyak air manis ni

Kosong kan, memang biasa sangat tinggal aku sorang je kat pejabat ni

Boss dan pegawai kat pejabat ni, kalau melepak berborak suka sangat melepak depan meja aku...

Setelah beberapa hari tengahari tak makan nasi, semalam makan sama-sama dengan adik kedai

Datang awal, bawa Aiyan naik pejabat dulu sebelum hantar ke transit. 

Wednesday, February 22, 2023

POKOK MULBERI TEPI RUMAH

 Assalamualaikum semua,

Petua emak, kalau nak pokok mulberi berbuah lebat sentiasa pangkas batangnya bila lepas berbuah. Jadi selalu akan pangkas pendek pokoknya ni, itu yang baru-baru ini dia berbuah lebat. Setiap hari bila siram pokok aku mesti usha, baru ni nampak dah banyak yang merah, sabtu lepas tengok tak banyak yang hitam lagi masih merah. Semalam petang balik kerja tengok banyak dah hitam, cuba petik dapat la 2 biji je. Pastu suruh Edy petikkan lagi sebab dia tinggi dapatla banyak. Kalau tak habis kene makan burung atau tikus jelah jawabnya.

ini masa hari sabtu pagi



semalam petang

hitam dah wajib petik

disebabkan pendek aku dapat 2 biji je, petik dari tepi paking

Edy petikkan dapat la 1 mangkuk kecil

yang merah tu masam lagi, kalau nak buat jem sesuai la cuma itulah sikit sangat hahahah

Tuesday, February 21, 2023

JERUK BAWANG PUTIH

 Assalamualaikum semua,

Dulu aku tak pernah cuba tapi aku ni sejenis suka mencuba segala jenis makanan. Biasa kalau beli nasi kerabu mesti ada jeruk bawang putih ni, bila sekali cuba terus jatuh hati. Sebab rasa masam manis ranggup tu menggoda betul. Takde rasa bawang putih pun, memang sesuai sangat layan dengan nasi kerabu tau. Kalau jumpa jangan lupa cuba tau.

Aku layan je semua jenis makanan

best tau ranggup