Monday, October 31, 2022

RED PAMELO/ LIMAU BALI MERAH

Assalamualaikum semua,

Dalam 2 minggu lepas aku ada beli buah limau bali isi merah ni. Ini pembelian kali kedua sebab beli pertama kali tu isi dia memang elok, manis pulak. Jumpa dekat pasaraya Giant, ada isinya warna putih biasa dan merah, yang putih RM 12.90 dan merah RM14.90. 

Beli dah 2 minggu letak atas kabinet saja nak tengok kot Edy nak kopek tapi hampeh, semalam petang kopek lah kulitnya. Sambil layan drama korea, kopek kena kasi bersih tau, kalau kulit dalam yang putih tu ada memang tak termakan la. Bila dah kopek helok merah gini laju je Edy makan. Geram tul lah kadang bininya ni 😒


nanti nak cuba yang isi putih pulak

bungkusannya pun elok

dah 2 minggu pun masih elok lagi tak rosak


paling malas nak buang kulit dalam ni, 

gini jelah yang mampunya

yang makan pun aku dengan Edy je, sebiji ni habis terus semalam. Kalau tidak mana di pandangnya

Friday, October 28, 2022

RESEPI CENDAWAN TUMIS BAWANG PUTIH

 Assalamualaikum semua,

Hari ini aku masuk kerja, setelah berhari-hari tak kerja kan. Walaupun masih batuk lagi tapi beransur baik lah, cuma itulah kena mendaki tangga macam biasa lah. Hari ini aku nak kongsi resepi yang aku baru buat malam tadi. Dapat dari mana resepi ini? aku hentam sahaja, reka sendiri je. Tapi hasilnya memang sedap dan sebab tu aku kongsi dekat sini. Jom kita tengok apa bahan-bahannya.

Bahan-bahan:

2 paket cendawan enoki

1 mangkuk sedang cendawan tiram

6-8 ulas bawang putih, hiris nipis

1 batang cili hijau besar, potong bulat

1 batang cili api bangla, potong bulat

1 sudu kecil sos nampla (kalau takde takpe)

1 sudu besar sos tiram

sedikit kiub bilis atau ayam

sedikit minyak bijan

sedikit minyak untuk menumis

Cara masak:

- Tumiskan bawang putih dan cili api hingga layu dan naik bau nya, masukkan sedikit kiub bilis dan sos nampla. Gaulkan hingga sebati dan masukkan cendawan.

- Gaulkan cendawan dengan semua bahan lepas tu tutupkan kuali dengan penutup kejap. Cendawan tu akan mengeluarkan air sendiri, tambahkan sos tiram. Kacau lagi sikit hingga cendawan semua layu dan masak. Masukkan sedikit minyak bijan dan matikan api. Siap

Dia punya bau tu sedap sebab ada minyak bijan tu.



Kiub bilis dan sos nampla sikit, kalau takde sos nampla tukar dengan letak garam je sikit

masuk je semua cendawan

tak tambah air tapi air dari cendawan tu, dah layu kan siap

ratah je pun sedap tau.

aku lawankan dengan ayam goreng kunyit

Thursday, October 27, 2022

PHOTO DIARY #33/2022

 Assalamualikum semua,

Mari kita layan cerita bergambar jom.


Dia baru balik dari terapi audio nya tengok wayang

Banyak tempat yang kata kehabisan telur ,tapi alhamdulillah pasaraya dekat rumah masih ada bekalan lagi

Hari jumaat ada perjumpaan di sekolah Aiyan

Habis perjumpaan awal pukul 11.30 dah boleh balik

Tanam pokok bawang lagi untuk dapat daunnya

Budak yang baru suka makan nasi dagang

Sabtu petang mendung macam dah malam, layan netflix  lah apa lagi kan

Ahad sarapan dekat kedai mamak, aku suka dua kuih ni

Dekat giant mahal dekat aeon jugak murah 2pek RM15

Menu di hari ahad, ada ayam goreng tapi aku masak telur ikan masak lemak untuk aku

Hari isnin masak sarapan sandwish telur, 2 beranak tu sarapan dekat kedai

Cuaca setiap hari cerah tapi mendung petang selalunya hujan

Ubat batuk untuk 3 beranak... 

Wednesday, October 26, 2022

WW PENEMAN SETIA DIKALA BATUK

 Assalamualikum semua,

Maaf tak dapat BW lagi ke rumah kengkawan nanti kita datang melawat ya. Hari ini cuti lagi batuk masih berleluasa, walaupun dah beransur baik tapi masih buat dada perit bila batuk. Yang geramnya Edy yang punca dah makin elok tapi kita ni pulak yang lambat baik.

Teman setia

Tuesday, October 25, 2022

CIK TEH DAN LIPAS

 Assalamualaikum semua,

Maaf semalam bila dah cuti tu mulalah lupa buat entri. Hari ini memang cuti rehat lagi bersekali dengan memang badan tak sihat lagi batuk dan selsema. 

Edy la punca nya dia batuk sikit lepas tu jangkit kat aku, aku masih batuk teruk dia dah ok dah. Ubat dah makan sama je, seksa. Tak tau nak cerita apa kita cerita pasal Cik Teh dan lipas la,dia memang paling obses dengan benda terbang terutama lipas, cicak pun sama belalang pun dia bedal. Kalau dapat dekat dia memang lunyai lah. 




Lipas buat2 mati, dia tunggu gerak sikit je siap la dia ligan

Friday, October 21, 2022

RESEPI ROJAK PETIS JOHOR

 Assalamualaikum semua,

Hari ini aku cuti rehat, lif rosak lagi kebetulan pukul 10.00 pagi ada perjumpaan dengan cikgu kelas Aiyan jadi cuti jelah. Boss aku pun kata ok je, ada mesyuarata apa-apa kang aku emel jelah dekat dia.

Ini resepi berulang sebab pernah kongsikan dulu, tapi kita kongsikan lagi dengan bahan yang agak lain. Rojak kegemaran kami adik beradik dan rasanya ada dekat Johor je. Macam rojak buah tapi ada sayur ,nanti cuba tau.

Bahan-bahan:

2 batang timun, potong ikut suka

6-8 keping tauhu, goreng dan potong dadu

1 ikat kangkung, celur

1 biji nanas sedang, potong kecil

1 bungkus kacang tanah, goreng dan tumbuk 

1 botol petis@otak udang

5 sudu besar kicap manis

1 sudu besar asam jawa paste

2 sudu besar gula

20-30 biji cili api ,tumbuk

sedikit garam

*boleh tambah sayur tauge dan sengkuang juga, tapi aku lupa nak beli.

Cara masak: 

- Campurkan petis, asam jawa, cili tumbuk, gula, garam, separuh kacang tumbuk dan kicap kacau hingga sebati.

- Lepas tu masukkan nanas dan timun, gaul rata masukkan kangkung, kacang tumbuk sikit dan tauhu gaul rata lagi.

- Rasa lah kalau kurang masin tambah kicap, kurang masam tambah asam sikit lagi. Dia kena ada rasa masam masin manis lemak gitu.Taburkan baki kacang tumbuk lagi.

- Selalunya aku biarkan 20 minit dulu baru makan, biar sebati betul- betul. Selamat mencuba.




Masukkan ini dulu biar dia cepat berair



Aku paling suka dah simpan semalaman dalam peti, kuah dia makin banyak sedap hirup

Kalau buat ni wajib bagi maktek sebekas besar

Thursday, October 20, 2022

PHOTO DIARY #32/2022

 Assalamualaikum semua,

Maaf semua pagi ini tak sempat buat entri, aku ada temujanji dengan doktor pagi tadi jadi tak sempat buat entri. Kisah sedihnya lif pejabat aku rosak lagi, sebab ada kontraktor pejabat lain guna bawa muatan lebih. Hampeh betul.

Oklah kita teruskan jelah dengan kisah cerita bergambar ya.

goreng keropok ikan dengan keropok melinjau... penuh 1 tupperware besar 

maktek bagi kuih pau sambal minggu lepas

suka budak baju gaun biru tu dapat ke rumah maklong

maktek minta aku tolong jagakan Ecah, lepas tu dia belikan burger kambing dan fries untuk kami

sedap dan juicy burgernya

pokok bunga ros yang nyai bagi dari kampung

pokok bunga ros yang aku beli dari kampung aritu

sambal udang petai kegemaran Edy
s
sarapan nasi impit kuah kacang dan sate

keladi goreng

tempe goreng

nasi goreng cendawan

si cik Teh

suka main sorok-sorok bawah karpet

antara kuih kegemaran aku

jumpa dengan adik ni masa aku ke HKL, kenal masa aku masuk ward bulan 4 dia jaga emaknya, baik adik ni sampai sekarang masih lagi berhubung. Ini emaknya masuk ward lagi itu dapatla jumpa kejap dengan dia.