Friday, July 29, 2022

RESEPI DAGING MASAK KICAP

 Assalamualaikum semua,

Hari ini aku nak kongsi resepi daging masak kicap cara dan gaya aku. Yelah setiap orang ada gaya dan cara sendiri, aku punya sudah semestinya yang paling mudah dan ringkas. 

Jom kita tengok resepinya.

Bahan-bahan: 

500gm daging lembu, potong nipis 

Rempah 4 sekawan

2 batang serai,ketuk

5 ulas bawang putih, hiris nipis

2 biji bawang merah besar hiris nipis

2 inci halia, hiris nipis

1 sudu besar serbuk lada hitam kasar

4 sudu besar kicap lemak manis

1 keping asam keping

1/2 cawan santan

Garam

Cara Masak: 

- Tumiskan rempah 4 sekawan dan serai, lepas tu masukkan semua bahan yang kita hiris. Masak hingga layu dan naik bau

- Bila dah layu semua bahan tumisan tu masukkan serbuk lada hitam , asam keping dan daging. Kacau hingga sebati dan tutup kuali dengan penutup untuk 10 ke 15 minit. 

- Bila daging dah nampak separuh masak, masukkan kicap dan sedikit air tutupkan lagi kuali dengan penutup untuk 10 minit. Lepas tu masukkan santan dan garam bila dah cukup rasa boleh matikan api. 

Siap








Thursday, July 28, 2022

PHOTO DIARY #21/22

 Assalamualaikum semua,

Sekejap pulak dah sampai khamis ya, terasa cepat hari berlalu. Hari ini kena jaga Aiyan di pejabat sebab dia batuk dan selsema. Nak hantar transit pun tak boleh bila selesema dan batuk jadi mama la kene berkorban. 

Takmo bebel panjang jomla kita layan cerita bergambar ya.

minggu lepas maktek dan Ecah datang rumah

Sebelum balik suruh la maktek petik ulam ke herba apa yang dia nak guna

Aku pakai chop kecik ni je untuk hancurkan bawang, dia takdelah halus kasar-kasar gitu

Bila teringin nak makan sarapan kuetiaw goreng, masak la sendiri kan .
 Ini menu sabtu lepas

pokok lavendar aku haritu mati tapi aku sempat la ambil sebatang cucuk dekat pasu bunga orkid, tak sangka hidup lah pulak

pokok kari belakang rumah yang makin membesar

walaupun kecil lagi pokok limau purut ni tapi sangat berguna.. banyak kali jugak bagi kawan pejabat daunnya tu

dah lama tak masak lempeng, bila jumpa orang jual laju je beli sedap pulak tu cicah dengan sambal tu

lepas siram pokok kita selfie la kejap, cuaca cantik masa ni

harga kepak bakar ni dah RM2.50 seketul

gambar semalam masa tengah tunggu doktor di Hospital Tuanku Azizah

bunga ros kampung yang tahan lasak, makngah yang bagi ni

sofa ni memang dah jadi tempat lepak mereka, aku bangun je nak masuk bilik terus semua melepak atas ni

semalam minta tolong maktek jagakan, masa ni tengah makan sup dengan nasi

maktek kirimkan gambar kartun yang Aiyan lukis

gambar hari ini, sampai je pejabat dalam pukul 7 pagi, terus makan mehun goreng.

Wednesday, July 27, 2022

WW CARI OBJEK TERSEMBUNYI

 Assalamualaikum semua,

Aku ada temu janji dengan pakar OnG pagi ini doakan semua berjalan lancar, baik-baik saja dan dapat balik awal.

Sila cari objek tersembunyi. 

Sila lah cari lah ya

Nampak tak objeknya

Tuesday, July 26, 2022

SI SUSU PUTUS CINTA

 Assalamualaikum semua,

Hari ini aku nak cerita pasal si Susu, dia tak sihat selsema sikit. Sebab tu beberapa hari ini melepek je dah macam orang putus cinta. Kelakar kadang tengok perangai dia ni tau, sekor-sekor perangai macam-macam. Mana yang jenis kuat merajuk, terlebih manja, kuat drama, kaki mintak makan memang buat hati bahagia.

melepek dekat kaki atok nya

lepas tu dia baring atas sofa, rupa macam orang putus cinta

fokus dekat mata tu

masa ambil gambar ni aku gelak pun dia buat muka macamni je

susu-susu

dia tak nak tengok muka aku sebab aku tengah gelakkan dia

Monday, July 25, 2022

HARI SUKAN DAN MASKOT HARIMAU COMEL

 Assalamualaikum semua,

Ya Allah, dari pagi sibuk sampaikan terlupa nak siapkan entri yang aku tengah karang pagi tadi. Gini lah kerja setiausaha ni ada kala bila sibuk memang tak sempat nak buat entri tapi bila dah lapang kadang sampai tersenguk-senguk. 

Semalam ada Hari Sukan sekolah Aiyan dan dia ikut dalam perbarisan. Cikgu pilih dia jadi maskot, kene pakai konstum harimau. Nasibla mudah nak cari maskotnya, bila dia dah pakai ramai yang puji betapa comelnya harimau ni. Yelah dengan pipi dia yang bulat, sampaikan cikgu kelas dia pun geram cubit pipi dia kiri kanan. hahahah

Hari ini sekolah dia cuti, cuti peristiwa kan sebab semalam hari sukan. Hari aku hantar Aiyan ke rumah maktek sebab dia selsema dan batuk sikit. Jom lah kita tengok gambar maskot harimau comel tu ya.

dalam pukul 7.30 pagi sampai terus siapkan dia pakai kostum ni

ambil gambar dekat, tapi harimau ni muka dia kelakar sikit la heheheh 

dari belakang

kostum ni memang besar dan longgar tapi sebab dah takde kira boleh la janji muat dekat dia


siap sedia beratur untuk perbarisan


rumah merah tema lady bird

rumah biru burung kakak tua

rumah kuning pun harimau juga

sambil tunggu amanat dari Guru besar dan pengerusi PIBG

habis perbarisan kami terus balik sebab ada mesyuarat penduduk pulak


video perbarisan

Friday, July 22, 2022

BERJALAN DENGAN MAK MENTUA

 Assalamualaikum semua,

Maaf ye kawan-kawan hari ini aku tak kongsikan resepi. Dah lama tak masak menu yang pelbagai, nanti aku kumpul semula kalau ada resepi terbaru ya. Hari ini aku nak cerita pasal jalan dengan mak mentua masa di kampung. Dua hari berturut berjalan beli belanja dapur dengan mak mentua. Maklum dah lama kami tak balik kampung kan.

masa ni kami ke Eco, Paka

ini hasil borongan kami, mak mentua punya bakul lain

masa ni Aiyan moody sebab dia cari tokminya takde, yelah mak mentua aku tu kalau pergi Eco memang selalu kene sorok hantu haahahha

hasil borongan di Eco, dalam RM 115 tak silap hahahha

sakan berborak dua beranak ni, cerita pasal orang kampung nya



Suruh ambil gambar dengan mak mentua, tapi itulah gaya masih tak sedia lagi

aku tengah bebel dia ambil gambar... sabor jelah aku

ambil udang celup tepung jugak, tapi kurang serdak tepung nya

lepas makan Aiyan dengan mak mentua tak nak jalan ke tepi pantai,  aku lah bergambar sensorang

masa ni angin kuat betul... malam tu hujan ribut 

Aiyan takde dapat la welfie berdua je

esok nya berjalan lagi ke Mesra Mall pulak...