Assalamualaikum semua kawan-kawan,
Selepas meraikan hari lahir Ecah kat tasik titiwangsa, kami ke Putrajaya, Presint 11 jumpa kawan lama masa kat Uitm Jengka dulu. Aku hantar kerepek peria kat dia. Sambil jumpa kawan lama aku nih. Setelah 17 tahun baru kami jumpa semula. Rancangnya nak jumpa kejap je, hantar barang dan balik tapi itulah borak punya borak lebih 2 jam jugaklah kat sana.
Terubat rindu, sebelum ni kami cuma tanya khabar kat social media. Baru tahun lepas aku jumpa dia di whatsapp dan facebook. Bila dapat jumpa depan-depan pelbagai jenis cerita keluar. Diana nama panggilan kawan aku ni. Kami sebilik masa semestar pertama, dia budak banking aku lak budak secretary.
|
Jumpa tu kami lepak makan dulu, sebab sampai dah waktu makan tengahari |
|
anak kami sebaya, lepak di perpustakaan presint 11 |
|
sama je pipi semua kan, termasuk pipi aku tapi tulah tak dapat masuk sekali dalam gambar lak hahaha |
|
bijak anak dia ni, bagus sopan je budaknya... ramah macam mummynya |
|
main berdua, si aiyan sukalah ada kawan main sama |
|
mama yang comot dan aiyan... |
|
saiz lebih kurang sama je kami... anak-anak dah nak sama besar... dahla kawan aku tu comel je |
|
yang tudung hitam sebelah aku tu la orangnya |
bila lama tk jmpa kwn lama...mcm2 cite nk luahkan kn
ReplyDeletebetul tu kak, borak kat wassap tak sama dengan jumpa depan kan
Deleterindu lak kat kawan2 serumah masa student dulu
ReplyDeletetulah kan, lagi lah bila dah lama tak jumpa... memori masa dulu-dulu mesti teringat
DeleteJejak kasih. Ada menangis tak masa bertemu? Puas dapat borak lama-lama.
ReplyDeletetakde nangis, asik gelak adalah... pot pet pot pet je
DeleteDah macam adik beradik je semuanya... :)
ReplyDeleteitulah kakcik saiz sama je kan heheheh
DeleteMENGERAT UKHUWAH KASIH
ReplyDeletebetul tu kak, almaklum bertahun tak jumpa
DeleteAlhamdulillah. mesti happy gila
ReplyDeletehappy Ray, yelah berbelas tahun tak jumpa
DeleteSeronoknya dapat jumpa kawan lama. Rezeki juga tu.
ReplyDeletebetul tuh..... rezeki dapat jumpa kawan lama kan
Deletewaalaikumussalam. best nya jumpa kawan2 lama. rasa banyak sangat cerita yg nak dikongsikan ^_^
ReplyDeletebetul tu, cuma tulah masa dan keadaan tak mengizinkn nak berlama-lamaan
DeleteJumpa kawan lama mna boleh sekejap. Jumpa dua jam tu dikira ok
ReplyDeletetulah pasalnya, ada masa dah kesempatan kita akan jumpa lagi
DeleteSyok sungguh bila dapat jumpa semula kawan2 lama
ReplyDeletebetul tuh, terimbau kenangan lama
DeleteSemoga ukhuwah terus terjalin
ReplyDeleteinsyallah, amin wak
Deletehaah sama lah pipi diorang hihi
ReplyDeletetulah kan, pipi ssama kan hehehe
Deletekerlasss lepak kat perpustakaan...hahahha
ReplyDeletepasalnya suami kawan tu kerja kt library itu yang dengan kami-kami lepak sana hehehhehe
DeleteWah.. bestnya jumpa sahabat lama..
ReplyDeletememang seronok, lagi lah lama tak jumpa
Deletebestnya ada rezeki dapat jumpa balik. 17 tahun tu lama tu, bila jumpa balik mesti sembang panjang kan
ReplyDeletelama tu baru jumpa kembali. dah dengan hal memasing pun kan. nsb aku n bff masa sekolah dulu masih bff walaupun jauh. tetap sentiasa contact each other.
ReplyDeleteLamanya 17 tahun. Saya ada kawan 17 tahun sudah tapi paling lama x jumpa 5 bulan. hehe
ReplyDeletePermisi Ya Admin Numpang Promo | www.fanspoker.com | Agen Poker Online Di Indonesia |Player vs Player NO ROBOT!!! |
ReplyDeleteKesempatan Menang Lebih Besar,
|| WA : +855964283802 || LINE : +855964283802
jumpa kawan lama is the best lah, dana.
ReplyDeleteaida ni masih ada yg still tak jumpa face to face tau.
dok melaka sama2.
tapi dok aktif dlm wasap grup sekolah jer.
memasing busy.