Friday, February 28, 2020

RESEPI BIHUN PAMA

Assalamualaikum semua kawan-kawan,

Salam jumaat ya kawan-kawan, indah betul bila dah tiba pada hari jumaat. Masa terasa pantas berlalu, dari pagi membawa ke petang hehehehe.

Aku dari minggu lepas memang takde masak yang istimewa, mood masak  yang ringkas dan mudah je. Tapi aku nak kongsi dengan korang satu hidangan yang sangat mengamit nostalgia buat aku dan kawan-kawan masa di UiTM Jengka tahun 2000-2003 dulu.

Dulu masa kat hostel, rendam dengan air panas je, cepat lembut lagi layan dari maggi.  Masa aku post entry pasal mehun pama kat facebook ramai kawan-kawan masa kat Jengka yang respond, masing-masing teringat inilah benda wajib ada dalam simpanan selain maggi.

Bahan-bahan:

2 bungkus Bihun PAMA
2 biji telur
5 cawan air
2 biji cili api

Cara masak:

- Rebuskan air hingga mendidihkan, masukkan rempah bihun
- Masukkan telur dan bihun, api sedang dan jangan kacau sangat nanti telur pecah, masukkan cili api dan matikan api

memang mengamit nostalgia mihun pama ni

ini dia punya rempah ratus nya ya

aku suka kuah lebih, sedap hirup kuah sup nya 
dah siap... kalau ada sawi lagi sedap


Thursday, February 27, 2020

PHOTO DIARY #9/2019 CACAMARBA 1

Assalamualaikum semua kawan-kawan,

Photo diary kali ini, ada gambar berkaitan, ada gambar sendirian, jom la kita layan cerita bergambar ye kawan-kawan.  Aku ni kadang ambil gambar banyak tapi bila nak buat entry aku lupa gambar yang aku ambil lama aku dok guna gambar baru.

Faktor usia sungguhkan hehehe...


aku tunggu sebulan baru nampak dia bertunas gini, masa mula-mula tu ingatkan memang batang ni takkan bertunas

lepas seminggu dah besar gini rupa dia... 

lepas berumur 1 bulan 3 minggu, harapnya membesar dan berbuah lebat la mulberi ni

selama ni aku ingatkan yang putih tu jintan putih, yang hitam tu jintan manis rupanya silap da...
yang putih jintan manis, yang halus hitam jintan putih hehehhe

teringin layan aiskrim, yang matcha tu memang pekat rasanya... yang heart tu sedap juga

ada 4 ketul aiskrim dalam tu... sedap 

Edy makan seketul je, dia kata kuat sangat rasa teh hijau... aku lah habiskan

ini rupa biji cekur @kencur dan daunnya , aritu mak bagi bijinya terus aku tanam harapnya suburla

suruh Edy petikkan bunga kemboja depan rumah, bau wangi rupanya... bunga nya tahan juga

wangi lembut je... bunga yang masih berputik akan mekar juga tahan dalam 2minggu juga

kuntum terakhir... 
kuih cara berlauk yang mewah isi... aku suka

jumaat petang si aiyan dah habiskan siput yang aritu, dia sibuk suruh aku buat lagi... disebabkan bahan-bahan ada aku pun buat jelah... aku tambah hirisan daun sup

pukul11 malam jugak aku siap goreng... esok tak kerja kan 
dah tinggal separuh, si aiyan bukan main laju dia bedal...

Wednesday, February 26, 2020

BILA CIK PUTIH MERAJUK

Assalamualaikum semua kawan-kawan,

Sabtu lepas , balik dari putrajaya rasa penghawa dingin kereta macam tak rasa sejuk. Edy kata balik nanti dia bawak ke bengkel, untuk tengokkan penghawa dingin tu. Keadaan kereta agak panas dalam cuaca yang panas. Masa sampai dekat shell jalan ampang Edy perasan temperature kereta naik dah sampai H pun. Cepat-cepat berhenti kat shell dan matikan enjin tunggu sejuk kot akan turun temperature tu dan buka bonet. 

Dia belek-belek katanya air dah nak kering kat radiaotor, rupanya radiator cik putih dah pecah. Bila isi air dia akan mengalir keluar, memang takkan dapat sempat untuk sampai rumah. Lama jugakla kami duduk situ dalam panas, sampai Edy kata nk call orang takaful ikhlas untuk minta towing kereta sampai bengkel dekat rumah. Takaful ikhlas ada cover untuk towing percuma untuk 200km jadi gunakan perkhidmatan itu. Minta tolong adik ipar amik kami kat shell. Dekat 2 jam jugaklah kami kat situ dalam kepanasan tu. Memang dugaan betul lah. Macam tau je aku nak gaji minggu ni. Aduhai cik putih

Bukan sikit-sikit sampai atas dah dia punya naik, nasibla kami cepat sedar

kami guna khidmat towing takaful ikhlas yang dapat free 200km, dari shell ampang ke rumah lebih kurang 10km

kali ke dua cik putih naik towing ni, kali pertama tahun 2017
masa ni dah kat simpang nak masuk ukay perdana


masa ni towing dah sampai tengah tunggu adik ipar datang... saja je si Edy ambil gambar kami ber2 yang kepenatan masa ni
ini rupanya yang pecah tu... huhuhu nasibla kene masa ada Edy, kalau aku dengan AIyan je masa tu... mau nangis tepi jalan 
ini rupa radiator yang baru, aku baru kenal rupanya lepas dah bawak kereta 15tahun hhhahhahaha

Tuesday, February 25, 2020

JUMPA SEMULA SETELAH 17 TAHUN

Assalamualaikum semua kawan-kawan,

Selepas meraikan hari lahir Ecah kat tasik titiwangsa, kami ke Putrajaya, Presint 11 jumpa kawan lama masa kat Uitm Jengka dulu. Aku hantar kerepek peria kat dia. Sambil jumpa kawan lama aku nih. Setelah 17 tahun baru kami jumpa semula. Rancangnya nak jumpa kejap je, hantar barang dan balik tapi itulah borak punya borak lebih 2 jam jugaklah kat sana. 

Terubat rindu, sebelum ni kami cuma tanya khabar kat social media. Baru tahun lepas aku jumpa dia di whatsapp dan facebook.  Bila dapat jumpa depan-depan pelbagai jenis cerita keluar. Diana nama panggilan kawan aku ni. Kami sebilik masa semestar pertama, dia budak banking aku lak budak secretary. 

Jumpa tu kami lepak makan dulu, sebab sampai dah waktu makan tengahari

anak kami sebaya, lepak di perpustakaan presint 11

sama je pipi semua kan, termasuk pipi aku tapi tulah tak dapat masuk sekali dalam gambar lak hahaha
bijak anak dia ni, bagus sopan je budaknya... ramah macam mummynya

main berdua, si aiyan sukalah ada kawan main sama
mama yang comot dan aiyan... 

saiz lebih kurang sama je kami... anak-anak dah nak sama besar... dahla kawan aku tu comel je

yang tudung hitam sebelah aku tu la orangnya

Monday, February 24, 2020

SELAMAT HARI LAHIR KE 2 FARAH AISYAH

Assalamualaikkum semua kawan-kawan,

22hb februari 2020, hari lahir si comel Farah Aisyah yang ke 2 tahun. Bila tanya maktek katanya nak buat sambutan kecil-kecil kat tasik titiwangsa, nasibla juga sabtu tu Edy cuti tapi ahad dia kerja. Dapatla kami turut serta, tapi itulah pagi sabtu tu kan mendung je, nasib baik bagi kami tasik titiwangsa agak lenggang, parking pun banyak kosong.

Kami, aku Edy dan Aiyan sampai awal kat tasik dalam pukul9 lebih, kami cari port best dulu dan lepak sambil tunggu maktek. Aku cuma bawak pinggan, cawan, air mineral, buah dan kuih. Menu utama nasi lemak maktek yang bawa. Mehla kita tengok ragam masing-masing.

cop tempat dulu... laju je dua beranak ni

siap bawa payung lagi sebab takut hujan, nasibla gerimis halus je tapi sekejap je

sampai pun birthday girl dalam kul10 

sampai pun orang yang dirai

muka moody lagi masa tu, heheheh awal pagi dah kene bangun

dia antara yang seronok dapat sambut birthday

tengah pujuk adik Ecahnya

tunjuk buih supaya Ecah happy

menu ringkas kami... bawak muffin je ganti kek

ringkas tapi gembira semua kenyang

maktek dan family

my genduts

dah mula ok mood bila dapat makan apam polkadot warna warni

lepas dah makan, aku bawak Ecah jalan-jalan sementara yang lain makan

sibuk tunjuk kasut baru nya hehhehe

trademark dia, kemana-mana bertopi

dia suka tengok air pancut tu


dok main buih dengan Aiyan



bukan main gembira masa ini... 

cuaca baru nak mula panas dalam jam 11 pagi... kami pun beransur nak balik