Wednesday, August 30, 2023

WW GANDUM VS BARLI

 Assalamualaikum semua,

Aku kan ada hantar pengat atau bubur manis ke kedai. Ada permintaan buat bubur gandum, baru jumpa di kedai. Kawan-kawan kenal tak rupa gandum? atau tertukar dengan barli?

kalau takde nama ni compom aku tak kenal

Tuesday, August 29, 2023

JUMPA SAYUR RARE

 Assalamualaikum semua,

Hari tu masa aku cabut rumput kat tepi rumah aku ternampak pokok ni kt dalam pasu bunga ros kat rak. Nak cabut tapi aku sayang sebab takut macam sayur yang biasa aku jumpa kat kampung. Lepas tu minggu lepas bila tengok semula dia dah besar dan memang sayur meranti. Aku terpaksa biarkan tunggu dia keluar biji benihnya, boleh tanam biar banyak. Rasanya entah burung ke serangga yang bawa benihnya kot. Sedap sayur ni cumanya kat Johor je ada kat KL dan Selangor memang tak pernah jumpa. 

Ini ada sikit penerangan pasal sayur meranti ini di sayur meranti

kecik lagi masa ni

makin besar


memang sah pokok meranti bila tengok bunga dia.

Monday, August 28, 2023

LEPAK BILIK MAMA

 Assalamualaikum semua,

Hari jumaat pagi taska transit Aiyan banjir, sebab ada paip pecah kat luar JUPEM. Air longkang naik sampai masuk ke taska, jadi semua yang hantar ke taska di minta ambil semula. Balik sekolah tu memang aku terus bawak naik pejabat la budak ni. Mujurla tuala baju semua ada dalam beg nya tu. 

balik sekolah je makan nasi lemak lapar katanya

sampai ke depan ni air naik nya

lepas mandi suruh dia buat kerja sikit

dia pakai blazer mamanya lepas tu tidur kat sofa.

Friday, August 25, 2023

RESEPI TUMIS KACANG PANJANG BERUDANG

 Assalamualaikum semua,

Ya Allah sibuk dari pagi waktu rehat baru ada masa untuk buat entri. Jom aku kongsikan resepi tumis kacang panjang dengan udang. Ringkas tapi pastinya sedap dan menyelerakan.

Bahan-bahan:

1 mangkuk udang

1 biji bawang merah, potong nipis

4 ulas bawang putih, ketuk

5 biji cili api, potong 2

12 batang kacang panjang, potong sedang

sedikit serbuk kunyit

garam

Cara masak:

- Gaulkan udang dengan sedikit garam dan serbuk kunyit

- Panaskan minyak masukkan udang goreng hingga udang separuh masak

- Masukkan bawang dan kacang panjang, gaul-gaul tutupkan kejap kuali dengan penutup. 

- Bila udang dah cukup masak tambah garam sikit dan matikan api./

Siap senang dan mudah









makan malam ringkas je ada lauk dan sayur dah

Thursday, August 24, 2023

PHOTO DIARY #30/2023

 Assalamualaikum semua,

Bertemu lagi kita di hari khamis yang sejuk ni, hari ini bermulalah hari wajib berbaju batik untuk semua kakitangan kerajaan kecuali badan beruniform. Mujurla aku memang ada dah baju bermotifkan batik malaysia, tak banyak tapi kira ada lah. Cumanya yang malas bila kena gosok baju tu, dahla aku banyak jenis kain kapas itu yang malasnya. Terbebel panjang lak, oklah jom layan cerita bergambar.

gambar dari tingkap tingkat 8 tapi sayang dah ditutup bahagian ini... cantik kalau dapa lepak kat tepi ni

kalau dah stokin hitam tapak kaki pun hitam jugak la kan

teringin layan kari kepala ikan... beli la 2 keping ikan merah dan 2 keping ikan kerapu

mencari asam pedas telur mayung, tapi sayang tak sedap asam pedasnya

kegemaran dia, croissant bila ke eco bakery

aku rajin semai pokok bunga ros kat bekas ni, ini antara yang hidup 

hari membaja selalunya sabtu atau ahad

ada pegawai pejabat ni kursus di langkawi, bagi coklat untuk kongsi dengan kawan pejabat


daun kesum dan kunyit ambil tepi rumah

dah berbunga orkid beli kat pasar tani

nama sama mawar tapi lain bentuk , warna dan bau

bila dia takde kawan di transit

baju batik kita hari ini

Wednesday, August 23, 2023

WW SAYUR DI ECO SHOP

 Assalamualaikum semua,

Eco Shop sekarang selain ada bakery ada jugak sayuran sekarang. Cuma tak semua kedai mungkin ada. Aku suka je beli sayur di Eco ni, sekali masak cukup dah.



sayuran yang ada, nampak segar kan semua

aku selalunya beli jugak sebab rasa berbaloi 

bendi nya masih elok walau dah seminggu beli, muda-muda

timun jepun mini pun ada, aku suka

Tuesday, August 22, 2023

HASIL KIRIMAN DENGAN ANAK-ANAK

 Assalamualaikum semua,

Maaf la lambat buat entri hari ni, sejuk betul kan pepagi lagi dah hujan ini pun mendung je. Aku sejak kat pejabat baru ini kawan-kawan pejabat rajin kerja luar sekitar Malaysia. Aku pulak tukang bookingkan tiket kapal terbang mereka jadi memang mereka akan tanya lah aku nak kirim apa-apa tak. Baru ini mereka seminggu ke Kota Kinabalu, apa lagi kirim bilis la dengan diaorang. Sebab aritu ada pegawai pejabat ni ke sana aku dah kirim udang kering.

Bilis siap kopek murah je selalu sekilo dapat rm35 gitu, kalau kat sini mau sekilo rm65.

nama tu mereka nak tulis Mama Dana 

kawan-kawan pejabat suka panggil aku mama sejak aku yang selalu masak kat pantri

ini aritu depa kerja luar kat Terengganu, kirim keropok lekor

ini kiriman ikan bilis 5kg semuanya

Monday, August 21, 2023

PELANCARAN SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN DAN HARI KEUSAHAWANAN

 Assalamualaikum semua,

Hari sabtu lepas sekolah Aiyan ada buat majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan dan Hari Keusahawanan, kalau ikutkan memang la mama nya malas nk ikut. Maklum hari sabtu ahad memang sangat dinantikan heheheh. Kami gerak awal macam nak pergi kerja tu, pukul 6.40 dah sampai parking depan sekolah. Masih lenggang lagi mujur kami awal tau. Tema PPKI abang askar, mujur la dapat jumpa seluar celoreng tu. Merata Edy pi cari seluar saiz dia sampai kat Plaza GM nun baru jumpa. Aiyan tentulah suka,siap dapat topi askar lagi kan. Aiyan dan kawan-kawan dapat tempat ketiga tau dalam perbarisan tu. 

sebelum di tampal daun

lepas di tambah daun-daun dan kene calit muka






Ikon hari kemerdekaan sekolah untuk tahun ini, encik Sazali Samad

dua hero 


tunggu papa beli burger

sibuk nak aiskrim dulu