Wednesday, May 31, 2023

WW BIHUN PAMA

 Assalamualaikum semua,

Bihun PaMa memang mengimbau nostalgia 20 tahun dulu masa belajar di Uitm Jengka, memang menu wajib dulu. Malam tadi Edy rendam dengan air panas, masa aku bukak tutup nya sedapnya bau mengimbau kenangan betul.

rendam dengan air panas je pun, sedap bau dia 

ini la Bihun pama nya

Monday, May 29, 2023

DUGAAN PEJABAT KAMI

 Assalamualaikum semua,

Maaf dah 2 minggu aku tak kongsi resepi dekat blog ini, minggu lepas ada gotong-royong itu yang tak sempat buat entri. Ini cerita 2 minggu lepas kejadian pada 19 Mei 2023 waktu maghrib lebih kurang. Masa tu sekitar Kuala Lumpur dan beberapa negeri hujan lebat berangin. Disebabkan hujan lebat dan angin kencang banyak kerosakan terjadi kat JUPEM terutama bangunan pejabat aku. Bumbung tingkat 8 terbang wei, habis semua mujurla ada 1 lapisan lagi kalau tak habis la bocor pejabat di tingkat 8. 

Maghrib tu ada pegawai yang lambat balik jadi dia la saksi kejadian ribut tu. Dia la yang naik ke bumbung tingkat 8 untuk ambil gambar dengan beberapa pengawal keselamatan. Memang dugaan sungguh buat pejabat kami tahun ini. Rasanya ada banyak tempat yang di landa ribut juga tapi rumah aku di Selangor tak ada angin ribut. Berangin kencang tapi hujan renyai je. 

bumbung yang jatuh menimpa tempat parking lori

bumbung tempat letak motor yang baru siap di pasang pun habis terbang

berangin sampai pintu kaca terbuka sendiri

gambar bumbung bangunan kami yang terbang, di ambil dari bangunan sebelah yang lebih tinggi



pegawai naik atas bumbung ambil gambar 
gambar keadaan bumbung bila dia gunakan flash baru nampak keadaanya


esok hari nya boss turun padang tengok keadaan pejabat

bumbung yang di terbangkan

sabtu 20hb ramai staf datang untuk isi dalam kotak segala aset  yang penting dan bungkus dalam plastik takut bumbung bocor

hari ahad 21 hb gunakan benda alah ini untuk turunkan apa yang rosak

keadaan bumbung tu dah kosong, belum di pasang bumbung yang baru lagi

Thursday, May 25, 2023

PHOTO DIARY #18/2023

 Assalamualaikum semua,

Bertemu lagi kita di hari khamis yang sejuk, yelah pagi tadi kan hujan.Tapi kan sekarang dah mula panas mesti tengahari nanti panas terik macam semalam. Pokok-pokok tanaman aku pun petang tu nampak dah layu dah, kesian betul kan. Oklah tak nak bebel panjang, mari kita layan cerita bergambar ya.

pokok daisy yang ambil dari kampung dah berbunga pun

sibuk makan rumput tapi kaki tu.... 

dok pijak anak pokok kita, geram tau

hari isnin dapat pesanan kek gula hangus

bawak ke kedai nasi impit goreng dengan tulang ayam mayo makan guna dulang dengan adik-adik kedai

makan satay yang acik iman dapat dari jamuan raya

adik- adik kedai yang memang rajin melayan Aiyan

isnin petang sampai rumah nampak rumput dah takde 

adik yang potong rumput yang bersihkan, selalu kalau kami ada kat rumah kami bagi duit lebih 

cermin depan lif ni memang tempat sesuai ambil gambar

sarapan aku pagi semalam


tengahari semalam Edy yang ambil dia balik sekolah, balik rumah terus dapat la dia makan tengahari kat kedai 


cuba menjual bubur kacang merah durian kat kedai 

 
semalam balik kerja tengok budak ni tengah tidur di temani cik Bu

Wednesday, May 24, 2023

WW JAMBU BERTIH PUTIH

 Assalamualaikum semua,

Haritu Edy bawak balik jambu bertih dari rumah boss dia, suka nya aku. Lama tak makan jambu ni wei. Bawak pi kedai makan cicah dengan gula kicap cili perkkkh memang mantap.




Tuesday, May 23, 2023

BILA DAH TERINGIN...

 Assalamualaikum semua,

Kisahnya begini, aku dari sebelum raya dah teringin nak buat kerepek pisang sendiri. Tapi asyik tak kesempatan nak ke pasar tani cari pisang tanduk muda. Minggu lepas gigihkan diri cari pisang kat pasar tani tapi takde yang mentah yang ada pun dah nak masak. Lepas dah pusing-pusing pasar cari dan tak jumpa aku beli juga lah 1 sisir pisang tanduk ni. Adik tu kata dah ank masak tapi sebab aku nampak hijau aku beli jugak la. Bila telefon emak, mak kata ok boleh buat kerepek cuma lama sikit la nak keringnya. 

Malam tu gigihla buat kerepek, memang betul pisang tu dah nak masak sebab senang kupas. Kita buat jugak lah tapi hasilnya bila nak garing tu rupa kerepek pisang tu jadi warna coklat gelap macam hangus. Tapi tak hangus dia da rasa manis-manis. Buat jugak lah 7 biji pisang dapat la 1 bekas tutup merah besar. Ingatkan Edy dengan Aiyan tak makan sebab warna dia tu, tapi rupanya tak sampai separuh dah di kerjakan. Sedap ranggup manis masin sikit, memang boleh cuba lagi.


memang dah masak sebab mudah je nak kupasnya



jadi rupa gini cuba la sekeping ok tak rasa hangus memang macamni

dapat banyak ini je, kira ok lah

Hari ahad dah banyak ni, buat sabtu malam... semalam tengok dah tinggal suku je 

Monday, May 22, 2023

JAMUAN RAYA JUPEM

 Assalmualaikum semua,

18 Mei 2023 jamuan raya JUPEM kira jabatan punya jamuan raya. Meriah la kiranya setiap bahagian ada kene sediakan gerai makanan pejabat aku dapat buat aiskrim. Disebabkan kami ada ramai staf lelaki jadi buat yang mudah-mudah je. Ada macam-macam juadah seperti ayam golek, kambing golek, satay, laksa, nasi dagang, soto, aneka air balang, roti john, takoyaki, apam balik, lemang rendang dan aneka kuih muih. Tapi sebabkan aku malas nak jalan-jalan aku amik pun sejenis dua je makanan yang ada. Jom la kita layan gambar yang ada ya. 

selfie sat pagi-pagi tu

pukul 10 baru aku turun pi belakang, bergambar dekat gerai orang lain


bergambar kat gerai pejabat lama

ini gerai kami yang ringkas je


ada juga aiskrim potong, aiskrim malaysia dan aiskrim batang

bergambar dengan boss sekali... mulanya nak selfie berdua tapi semua terus datang welfie sama

kawan pejabat lama datang ambil aiskrim kon bergambar jugak la

adik-adik kedai pun ada jugak tutup kedai pi cari makanan kat sini

aku cuma ambil nasi dagang dan ayam bakar, sedap kenyang

Edy ambil Aiyan balik sekolah pastu aku ajak sekali makan, walaupun Edy kata malu

Aiyan kata, bestla jamuan raya mama ni heehhehe

Boss aku dok layan aiskrim asam boi sorang-sorang

transit dia tu sebelah je, datang nak ambil aiskrim katanya


Boss dan gadis-gadis pejabat kami... patut ada sorang lagi tapi dia sibuk sikit 


ini pun baru separuh yang ada...