Friday, March 31, 2023

RESEPI SAYUR LODEH SEDAP

 Assalamualaikum semua,

Raya lama lagi tapi aku dah masak lodeh ya, semalam petang punya menu berbuka. Hari tu dah buat nasi impit goreng kali ini buat lodeh pulak nak lawankan dengan nasi impit tu. Sekali bolehla sesiapa nak masak untuk raya nanti kan. Mudah je masak lodeh ni, mesti sedap punya. Jom aku kongsikan resepinya.

Bahan-bahan:

4 ulas bawang putih, kisar

3 biji bawang merah besar, kisar

2 sudu besar udang kering, kisar

2 batang serai, ketuk

2 paket tempe, potong dan goreng 

3 keping tauhu, potong dan goreng

1 biji kentang, potong memanjang dan goreng

5 batang kacang panjang, potong sedang

1/2 biji lobak merah, potong memanjang

4 keping kobis, potong nipis memanjang

1 keping tauhu kering, rendam dan potong kecil

sedikit suhun, rendam dan potong

1 kotak kecil santan

15 ekor udang saiz sedang

Air secukupnya

garam

Cara masak:

- Rebuskan bahan yang kita kisar dengan 2 cawan air dan serai hingga bumbu masak.

- Bila bumbu dan masak dan mendidih tambah lagi 1 cawan air dan masukkan sayur yang keras, lobak, kobis dan tauhu kering.

- Bila bahan tu nampak layu boleh masukkan udang, di ikuti dengan tempe, tauhu dan kentang masak lagi hingga nampak sebati semua. Masukkan santan , kacang panjang perasakan dengan garam dan suhun. Kacau sebentar hingga mendidih kecil dan bila secukup rasa boleh matikan api.










lawankan dengan sambal udang, aku tak masak sambal jadi beli je heheheh 

Thursday, March 30, 2023

PHOTO DIARY #12/2023

 Assalamualaikum semua,

Jom lah kita layan cerita bergambar ya, nak menulis panjang-panjang pun rasa malas bulan puasa ni. Pergi kerja pakai bedak dengan lipstik je, malas nak ber eye shadow apa bagai.


Menu berbuka hari pertama, spagheti goreng, murtabak dan tepung pelita

menu sahur pulak

jumaat tengahari tu aku datang kedai nak ambil duit jualan kene pau pulak dengan budak ini karipap sejuk beku dan biskut raya

menu berbuka hari ke dua, buat nasi goreng je tapi tambahan ayam goreng, karipap, roti john dan meatball. Ini Edy yang tak dapat tahan nafsu membeli di bazar

karipap comel ini maktek yang bagi

menu bersahur meriah sikit panaskan lauk hari sebelum tu sekali

menu berbuka hari ke 3, kuetiaw goreng dan popia sardin, popia sira jiran bagi 

masa sahur buat menu simple je bawang bilis kicap

menu berbuka hari ke4 nasi putih dengan kari kepala ikan hehehh 

puas hati dapat kepala ikan tu

kari kepala banyak lagi jadi kita berbuka dengan roti canai segera cicah kari kepala ikan 

menu berbuka hari ke enam, nasi impit goreng dah macam raya kan

hari tak hujan jadi banyak la sikit juadah nya

Edy beli murtabak singapura 

menu berbuka semalam, hari ke tujuh, nasi goreng lagi. 

Wednesday, March 29, 2023

WW SIJIL TARIKH LAHIR HIJRIAH


 Assalmualaikum semua,

Ini pejabat aku yang buatkan, mereka yang dari unit falak yang buatkan. Aiyan mengikut papanya bulan penuh bulat juga. Kami ambil gambar ni masa ikut buat cerapan di Gombak.






Untuk maktek dan keluarga pun ada

Tuesday, March 28, 2023

JALAN-JALAN CUCI MATA KE AEON ALPHA ANGLE DAN GIANT

 Assalamualaikum semua,

Hari ahad lepas hari minggu pertama di bulan puasa. Rancangan nya nak cari kepala ikan sebab teringin nak buat kari kepala ikan itu menuju ke Aeon Alpha Angle nasibla jumpa. Beli kelapa ikan je badannya tak beli sebab mahal hheehhe. Lepas tu ke Pasaraya Giant pulak cari bekalan ayam buat ayam bakar mayonis untuk jualan di kedai. Pergi pagi jadi tak sesak dan kami cuma pergi bahagian barang dapur je.

murah air kotak pokka ni, kalau kt Giant RM5.30 , terus beli 3 kotak

aneka pilihan ada kan geram

tinggal ini je kepala yang tinggal, kita beli semua la

ini tak beli mahei bebeno rasanya

nampak kedai roti LaBoheme sibuk si Aiyan nak singgah. Ini hasil pancingan dia

melayang Rm36 jugak kat sini

selalu kentang nya comot berdebu kali ini bukan main bersih geram tengok

Udang quick sale, harga jadi separuh dari jualan

beli 2 bekas bolehla buat campur-campur  

hujung minggu baru gerak si merah ni, luas sikit bonetnya

Monday, March 27, 2023

TELESKOP DAN ASET BAHAGIAN UKUR GEODETIK

 Assalamualaikum semua,

Aku jarang nak bercerita pasal kerja aku tapi kali ini rasa nak bercerita pulak. Bahagian+ lama aku dulu kerja utama kami adalah menghasilkan peta digital dan peta biasa. Apa yang ada dalam peta tu, rumah, jalan, sungai, segala bangunan ada dalam peta itu. Bahagian yang baru ini pula takde buat peta tapi mereka buat aktiviti lain antaranya.

1. Ukur Aras

2. Ukur Graviti

3. Cerapan Air Pasang Surut

4. Jaringan Global Navigation Satellite System (GNSS)

Masa terjadi tanah runtuh di Batang Kali , Bahagian aku turut serta sebab mereka ada alat yang digunakan untuk mengukur kompoisisi tanah. 

Tapi kali ini aku nak cerita pasal Seksyen Graviti dan Falak, sempena bulan ramadhan ni. Antara fungsi seksyen ini 

- Hitungan maklumat magnetik bagi kegunaan pemetaan

- Penyediaan data dan cerapan rukyah hilal

- Penyediaan data waktu solat

- Hitungan arah kiblat

- Hitungan dan cerapan fenomena astronomi seperti gerhana matahari dan gerhana bulan

- Penyediaan data hitungan waktu terbit dan terbenam matahari/bulan.

Beberapa minggu sebelum bulan puasa mereka dah buat latihan untuk gunakan teleskop mencerap anak bulan, bintang di langit. Ada juga aktiviti yang aku turut serta menyibuk sekali, bila lagi kan nak merasa guna teleskop yang ada tu.

ini alat yang di panggil GNSS

ini teleskop

ini pula alat pengukur 






mereka gunakan teleskop untuk tengok bulan dan bintang



bawak Aiyan juga untuk tengok